Pages

Showing posts with label memories. Show all posts
Showing posts with label memories. Show all posts

Monday, January 5, 2009

Lembaran baru

Salam tahun baru again to all.

5 Januari 2009
9 Muharram 1430H

let's talk about tahun baru. slalunya la org akan tanya apa azam tahun ni? knapa ye? rasanya x perlu tunggu setiap tahun baru nak buat azam baru, hari lain pun boleh. tapi x salah pun, sangat lah digalakkan untuk lebih bersemangat menghadapi hari yang mendatang.jangan la sebab orang lain ada azam baru, kita pun nak ada gak. trend la katakan. huhu.aik terasa?opss!!..ahaha.

cumanya, kalau berazam, jangan la sampai melampau2, biar lah padan dengan diri dan usaha. cuba untuk capai target tu in time, by the end of this year. jangan pula hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam. belum sampai tgh tahun, azam ke mana, apa ke mana. huhu.
*sory terceramah plak*

for me, thn ni xde specific resolutions, hanya mahu menjadi yang terbaik dari segala segi. yup, dr segala segi mental dan fizikal.(akademik,agama,perangai,hubungan sesama insan etc) dan ada target tertentu tapi semua itu masih perancangan dan dlm usaha.
mesti kau kata,tipikal je ayat. semua orang berharap dirinya jadi lebih baik dr sebelum nya.
ya aku tau yg tu, tapi usaha ke arah itu yang penting sebenarnya, dan setiap orang punya cara tersendiri.
dan yang penting jugak kna ingat bukan semua yang kita nak kita bleh dapat, tapi tetap kena berusaha ke arah dapatkannya. yang lain di luar bidang kuasa kita. bila dah berusaha, tawakkal dan doa kepadaNya paling utama...

SAYONARA 2008 & YOUKOSO 2009

tahun 2008 kini hanya sejarah. banyak benda berlaku.masam manis pahit semua nya ada. yang manis2 biarla jadi memori indah dan berkekalan. yang pahit2 itu kena jadikan pengajaran, ataupun dilupuskan terus dr kotak ingatan. =)

Masam manis 2008
  • the memorable Kyushu Trip in Spring with ida, adila, mimi, dayah,amir,amirul.
  • berhari raya bersama beloved family
  • live in a hectic life until October 2008. let's forget all the miserable past time. but, not totally forgive. betul kata orang, bila sekali terluka, parutnya kekal sampai bila2...
  • New 'life' since October.
  • bad achievement in academic. =(
  • my beloved family datang Japan
x banyak rasanya perkara2 besar yang jadik dlm my life thn lepas. mungkin bagi sesetengah rakan yang sudah diikat /membina masjid. pastinya tahun lepas membawa perubahan tersangat besar. tp bukan aku lah. masih awal untuk itu, mungkin. tahun baru 2009 ini jugak, dikhabarkan beberapa orang lagi sahabat se batch akan berubah status. tahniah ya kawan-kawan. semoga dapat membuat persiapan serapi mungkin mental dan fizikal. sangat jeles ok! hahaha xpe, nnt tiba jua waktuku itu. insyaAllah.=D

dah hampir tgh mlm, selsema jadik teruk la plak. (-_-!) better pen-off now.

semoga segala perancangan dan matlamat mendapat keredhaan ALLAH SWT.

jya ne.

oyasumi.

Wednesday, October 29, 2008

NAGOYA

Semalam kuar jalan2 Nagoya ngan Aisha berdua-duaan. luckily both of us xde lecture smlm so just grab the chance to jalan2 amik gambar je kat Nagoya tu. pegi Wildflower Garden, n Oasis 21 je. naseb x baik sebab ms weekdays xde boat dr Meiko ke Wildflower Garden tu,so punah lah harapan nak nek boat dr situ.tp pegi gak la naik bas yang amik masa dlm 30minit dr Kanayama Eki.Garden tu xde la besar pun tp kitorang lama gak kt situ amik2 gambar. Taman tu cam taman hantu la plak (sebab ada theme Halloween sampai weekend ni :p),so byk la patung2 halloween ngan pumpkin kt taman yg banyak bunga-bungaan yg comel tu.
thanx aisha for the pics
Ingat nk gi Nagoya Castle (名古屋城)gak,tp dah tutup plak..nk amik gambar dr luar pun x nampak castle nya.Tapi yg bestnya kawasan kat Nagoya Castle bangunan nya cantik2.cam bandar klasik gitu! suka2!

Bila dah ptg sket, gi lepak2 kat Oasis 21, design yg futuristik bg aku..cantik sebab amik gambar dr situ dapat background Nagoya TV Tower. cam kat Eiffel kata aisha.wakaka.xpela x sampai Paris pun kita amik pic kt cni je la :ptanoshikatta! =D

isha chan otsukaresama deshita. Arigatou ne! (^_^)

owh lupe nk ckp, ku xtau plak Italia Mura kat minato tu dah tutup..huhu sungguh lah ketinggalan ketapi aku ni. rupanya dah kuar kat brita kan.(nmpak sgt x penah peduli pun apa yg jadik kt nihon ni). mmg la p italia mura tu x termasuk dlm plan smlm, tapi apesal dia dah tutup??!!! waaa sedihnya sbb aku x p lagik naik boat ala2 Venice kat situ. sgt lah sedih =( .
nak bancrupt pun len kali tunggu la aku p dulu.huh.

for more pics.klik sini

....
..
.

Tuesday, October 21, 2008

THANX FOR THE MEMORIES

entry luahan hati yg poyo sket hr ni. haha. ;p

I still remember the days we once had
You used to be everything to me
But now it just a history
i tried hard forgetting all about you
but i always end up crying

what i can say anymore
maybe just a big thanx
for the sweet-things you've said
for the romantic things you did
(i still remember a dozen of red roses you gave me)
for being a good friend of mine
for all the happiness you brought to my life
wondering why i can love you so deeply
but it not returned back to me
i hope i can fully forget all the bittersweet things
but sometimes i think that
we can just put aside the feeling while the memories remain

'Our love' becomes a learning experience for me
we can't change the past, just learn from it
i don't wanna cry anymore
it's time for a really-goodbye to you
Just hope that you'll be happy with the way you chose
Hoping that u'll be a better person,
learning how to appreaciate others

And now, maybe i should say thanks to you for leaving me
because i've met someone much better,
the doctor for my heartbroken sickness,
someone who loves me more than you do
So if you read this, please pray for my happiness

once again,
THANX FOR THE MEMORIES

peace!!
(^_^)v


p/s: sila abaikan kesalahan tatabahasa =p
penat dah den pk. lama gile. ZzZz

(updated 5:45pm)

Friday, August 29, 2008

SUMMER holiday - Sarawak

jalan kt umah panjang
this is Serikin
I admire this Hilton Hotel. nampak cam sekeping je kan? Pasar Satok

@Kuching Waterfront view

Wednesday, August 27, 2008

SUMMER holiday - KL

CONGRATULATIONS to my sweet cousin, Kak Elly for the convocation @ IIUM.Kak Elly la cucu tok meliah yg 1st grad. hehe. she's a year older than me n now doing her master in economics in UM. owh,kat IIUM dapat gak jumpa cik Yanz yg dah hampir 5 tahun x jumpak, last jumpak pun masa amik Hari ni gak my batchmate Razuan n Nurrina's wedding. sorry i couldn't make it. but insyaAllah i'll go to their reception @penang this 30/08.
with the cousins, dayah,syafa n kak elly

24/08,pergi UM b4 gi Zailani&El's wedding. we had our breakfast@ silarasa while waiting for ida,mimi n aisha. tghr kitorang(me wit effa,ida,hudda,husna,nadia,mimi,aisha) pergi la wedding zailani dgn alliya(El) kat Taman Tasik Permaisuri,Cheras. dalam hujan2 lebatnya pegi sampai sana dah pkl 3 lebih.after mkn ngan amik2 gambar, terus blk UM sebab hujan yg x bleh gi memana. yg paling sedihnya, trip to Redang terpaksa dibatalkan sebab cuaca hujan petang2. kalo gi pun, mesti petang asek terperap kat bilik je, x ke rugi..so, wat plan lain..
Pengantin yang sama cantik sama padan, bagai pinang dibelah 2. =)

disebabkan trip ke redang cancelled, hari ni 25/08 kitorang gi shopping2 kat Jalan Tunku abdul rahman,Masjid Jamek,Sogo. sangatlah rambang mata bila tgk brg2..tp xde la byk pon membeli..just 2 blouse ngan 2 selendang.kuar pon dah petang, so xde la lama sgt kuar..mlm tu gi karaoke kat Redbox Ria kat sogo tu. amik pakej party tu bleh la dlm rm35 per person. siap ada makan2 buffet gi.apa lagik, makan la ngan sepuasnya..siap ada sebijik kek lagik,tp x termakan,just bwk balik bawak bekal untuk esok je. really enjoy that moment.dah lama x rasa camni. =)

Hari Selasa 26/08, after check out rumah universiti tu,kitorang ber5 (me,ida,husna,nadia,mimi)gi Hutan Lipur Sg Gabai,Hulu Langat ngan keta mimi. sampai2 je, makan2, hujan lak turun ngan lebatnya. tapi kitorang tetap gak mandi. had a really gud time wit them.bestnya sbb dah lama x mandi air terjun. sayangnya gambar x byk,sempat amik masa memula sampai je,sebab hujan dah turun. =(

petang tu, terus blk penang, amik bus pkl 6pm,sampai pkl 1005pm turun kt tol juru. hayakunai? =p


Thanx to Ida,Nadia,Effa,Mimi,Aisha,Hudda,Husna, u really made my holiday =D

Congratulations again to the newly wed couple,Nurrina&Razuan, Zailani&Alliyya, enjoy your marriage life,semoga bahagia hingga ke anak cucu.

Friday, August 22, 2008

SUMMER holiday - girl's out day

yesterday, i met the old beloved frenz Shazatul Shazmin(atun) n Najwa at sunway carnivall, seberang jaya. it was my first time went there bcoz it's a new shopping complex at that area n i lurve it! =D

both of them were my dormmate back in SOKSEK for 5 years. we even in the same class for 3 years, form1-3. Atun,who's our head girl is a doctor-to-be doing her degree in Universitas Brawijaya,Indonesia and Najwa is a student of University of Electro-Communications,Tokyo in the electric and electronic faculty.
Atun will go back to Indonesia dis sunday bcoz her class will start on monday. and najwa just came back fr nihon last monday...and surprisingly, her younger sister will getting married tomorrow. hoho. (najwa mesti ala2 tercabar ni adik langkah bendul. =p)

we just spent time shopping n eating @ pizza. i got myself a new heel and a sandal plus some elianto make up. i brought the camera but unfortunately the battery was flat. huh. my bad=((.
i should check it first.luckily my 2 sweet frens brought their cameras=D.i'll grab the pictures from them later. owh,forgot to say, we also met rahimi and belon who's dating their gf.

hope i hv the chance to meet my gurls, really miss them damn much. wut about 'berbuka puasa beramai2? ' bleh la 'pow' sesapa yg dah keja. hahaha.

---anis, zai ,nadia or whoever yg dah keja tu, take note k!!! huhu

this evening ill go to KL to attend my cousin's convocation @ UIA wit my senpai.

p/s: owh, i said that ill jot down about the trip to sarawak...tp mls la plak..

Tuesday, August 19, 2008

SUMMER 2008

salam

otsukaress..

Just come back form Sarawak last nite. i'll write about it later la...

but here i'll list my things-to-do this august..

  • tomorrow, will go to Pekan Rabu and balik kampung
  • 21/08- sunway carnivall with Shazatul (Atun)
  • 23/08-Kak Elly's graduation @ IIUM & Nurrina's wedding @ Skudai
  • 24/08-El's Wedding @ Tasik Permaisuri Cheras
  • 25/08-27/08 - Redang Island with beloved frenz
  • 30/08- Razuan &Nurrina's Wedding @Penang

x sabarnyaa!!esp for the trip to Redang!! =p

i've been fully booked for this august. but i dont have any plans yet in Spetember. hehe puasa je la dok diam2 kt umah. bleh? hihi. so,if u got any plans or reunion ,just ring me anytime! =)

-->>looking forward the right time to meet up wit the soksek's gurls.

Thursday, August 7, 2008

summer holiday

yea yea yea! EXAM. finally it's over.**big grin**hehehe. means dah start summer holiday! =p
x sabar sgt nk tunggu lusa..balik my home sweet home. hehe jgn jeles! aku tau wannur mesti jeles ni. ahaha.dah terbayang-bayang char kuey tiaw, satay, abc,kfc segala, yg paling penting buah-buahan tempatan yg tgh musim skang. (harap2 ada lagik).waa nak makan durian, rambutan, manggis. yummy yummy.

erm..summer kali ni len sket sebab abes exam je terus balik..x de nak jalan2 nippon dulu. xpela lagipun fulus x mengizinkan. pasni cuti2 malaysia lak.. yeahaaa!!

(updated)

wait..

i have 1 jikken report to b submit by tomorrow. huwaa.. patutnya kna hantar hr ni, tp x siap gak. kna la hntar sok gak, sbb sok je ada kt sini. xpela. mlm2 kang. nk rest jap.huhu. lapar ni tp dah xde menda apa nk masak dah. peti ais dah kosong. =_=.

Wednesday, January 23, 2008

kenangan

teringat my days back in soksek. best sangat! teringat kawan2, cikgu2, aspuri, masjid almustaqim, dewan makan dan semua la. soksek la tempat aku belajar bgn pagi,Q untuk mandi, solat berjemaah tiap2 waktu kat surau, basuh baju sendiri,gosok baju sendiri pendek kata soksek la tempat aku mula berdikari. memula masuk form 1 mmg la homesick, tapi lama2, dah terbiasa walaupun tiap2 minggu sampai la form 5 kalau family aku x datang, aku outing balik rumah je.=p.

tapi skang aku teringat benda2 yang aku penah buat kat soksek dulu, dan xde peluang nak buat masa skang nih. kat soksek tiap2 minggu akan ada pasar malam, pastu kelas2/persatuan2 akan amik chance ni untuk bukak gerai nak cari duit lebih. kelas aku pun slalu join bukak gerai nih.jual la roti hotdog/sardin, popia,murtabak megi,bihun sup, air.. erm,natsukashi na =)
tapi join adventures activities adalah benda yang aku susah nak lupa, sebab skang ni x leh wat! masa dengan krs, slalu join camping, treasure hunt, hiking, abseiling, kayaking..suma la. best sangat. dan aku sangat rs nak wat suma2 tu skang. my frens yg study kat malaysia mesti best sbb mesti byk program camnih untuk join.x bleh lupa jugak pegi Pulau Aman berkayak dan dok kat hostel kat situ.tu waktu form 1,form 2 slalu wat. hihi

masa form 3 program perkampungan ilmu (ppi) diubah konsep, bila nak dekat2 pmr tu konon2 cikgu2 nak kasik kitorang release tension, kitorang pegi Bukit Merah laketown resort. best gak sbb x yah blaja pun, nama je perkampungan ilmu. haha ada la sket masa untuk ceramah2 motivasi tp lebih kepada aktiviti fizikal yg menguji semangat persahabatan, uji minda. enjoy la=) tapi sbnrnya kalau ikutkan baik wat pas pmr sbb org masa tu cuak nk exam, tapi ye la.. batch aku ni terkena tahun cikgu2 wat eksperimen. ye la, dianggap x berkesan, untuk batch tahun depan, ditukar mcm sebelum tu, wat bengkel2 subjek..xpe la, nasib aku ngan kwn2 aku jadik eksperimen. nak x nak terpaksa la ikut. huhu.

Lps PMR tu,biasa la pihak skola wat mcm2 aktiviti untuk kitorang, kena kerjakan tanah kelab pertanian tu ngan tanam apa tah..x ingat dah, pastu ada la pertandingan macam2. pastu kelas aku yg disayangi 3 intelek that time, wat camping ke Teluk Batik, Perak 3 hr 2 malam kalo x salah. best! dah la gi ngan clasmate 3 thn berturut2 dr form 1.tu la fes n last aku gi teluk batik setakat nih. camping tepi pantai, masak sendiri,mandi laut, pastu malam2 gi lepak tepi pantai ngan membe2.hehe. ada gak satu pengalaman 'berkenalan' ngan 2 pakcik n abang nelayan kot, pastu dia bakar ikan,bg kitorang, makan2, cite2 sket. pastu balik je kat tpt kitorang camping, aku yg kena marah konon2 aku la kepala bwk member2 aku lepak2, sembang ngan org x knal. haha yeah dat time i was the asst. monitor. haha lawak lak bila ingat2 balik. pastu bila balik je soksek, org lain tengah sibuk wat dewan untuk majlis penutup program pas pmr, pastu masa tu gak ada hockey usm open, so bebudak sbp len tumpang tdo kat soksek la memandangkan soksek la satu2 nya sbp kat penang masa tu. dan malam tu gak jadik malam yang paling aku x bleh lupa, aku jumpak 'dia' untuk pertama kalinya. owh i really can't forget that time.

masa form 4 adalah tahun yang paling bizi aku rasa.ye la, menjadi kebiasaan, form 4 la yg handle persatuan/ocassion2 yg diadakan kat skolah. dengan persatuan sejarah, briged seni, krs. jadik bertambah sibuk ngan tugas2 prefect itu. kena wat majlis hari guru, hari raya, farewell dinner, macam2 hari lagik la. pastu in da same time, ngan briged seni, kena siapkan pentas ngan decorate dewan. x lupa, aktiviti sempena sahabat2 yg masuk masa form4(orientasi la)..hiking gi Bukit Mertajam lagik, n buat aktiviti kat pusat kokurikulum kt blakang skolah tu. ye la untuk knal2 kawan baru, tolong2 apa yg patut, sbb ada yg baru fes time masuk asrama =)
Masa form 4 gak, kitorang berjaya wat malam kemerdekaan anjuran persatuan sejarah. dianggap berjaya la bg aku sebab mendapat pujian cikgu2, ye la majoriti ahlinya bdk satu batch, yang siapkan pentas pun kitorang jugak. puas hati la bila usaha berbaloi.

Masa form 4 gak pegi Pulau Perhentian under prefect sambil singgah2 di sbp(smach ngan scipp) kt kelantan. time ni dapat chance snorkelling kat pulau perhentian tu. dapat tgk coral yg cantik2! subhanallah, DIA jadikan hidupan dasar laut sangat cantik. dapat snorkelling mmg best sangat sambil bg makan ikan, letak roti je ikan datang, hohoho teringat2 ikan mkn kt tangan. best sangat dlm air sampai x sedar terhanyut jauh dari member2, dahla x pandai berenang lak tu, haha last2 ustaz yg tarik aku balik. seb baik x lemas ke apa.
pastu kursus kepimpinan pengawas kitorang wat kat Pantai Merdeka. pastu Pulau Tali Kail, Tasik Banding. pun best! sebab dapat kayak, spend time ngan kawan2, dapat makan ikan toman besar2.Tasik Banding tu agak scary la, ye la b4 kitorang gi tu, ada berita orang mati lemas kat situ sebab bot rosak ke apa.dah la tasik banding tu terletak dlm hutan belum yang tebal tu.tp tu suma x patahkan semangat kitorang. ira2 je nak gi. bukan slalu dpt keluar dr penjara soksek. hehe.

Masa form 4 ni boleh dikatakan byk la ilmu dan pengalaman yang dapat. dapat tau gak cara bekerja ngan orang, tolerate ngan orang,lain orang lain ragam nya,dpt tau camna susahnya nak anjurkan sesuatu. ha, ada satu yg aku x bleh lupa gak, kena denda ngan cik latifah berdiri kat luar dorm tu sebab bising lps lights off.dah la dorm prefect. lagik aa kena marah. aku kna sorang2 lak tu, malu gila..dorm sebelah study room, orang yang turun stay up masa tu suma tgk semacam je. huwaaa malu gilak! scary seyh teacher tu. huhu

masa form 5 lak, biasa ar tahun fighto untuk SPM. awal2 tahun bulan 3, ikut koperasi gi KL, masa tu ada chance gi skola dia. so aku gi la, scr kebetulan ganti sorang member yg x jadik pegi. tu je chance leh jumpak. huhu.walaupun form 5,tapi kena gak wat keja lain,cam handle HKSBP zon utara yg wat kat skolah aku masa tu. n dia datang gak masa tu. bukan sbg peserta tp sbb nk jumpak aku. nk jumpak pon kena sorok2 sbb masa tu x bleh kapel kat skola. dibanteras habis2an. ala, jumpak sat je pun, tu pun ada sorang prefect (laki) ni marah gila ngan aku sbb dia kata aku ni prefect, kena la jaga,tunjuk contoh sbb skolah amanahkan soh tgk org yg kapel2 ni dok dating2 kt skola.hoho x pasal2 dpt ceramah free. ala, aku bukan watpa pun, jumpa kt tpt ramai org pun kena ushar smcm. pk2 cam jahat gak aku. haish. mintak maaf aa bro, bukan sesaja, setahun skali pun susah nak jumpak.study masa tu lak, xyah kata la, cuak gila, mana x nya, tgh tahun pun dok failed add math gi. mmg risau, pastu trial ke apa tah, dah dekat2 spm br rs cam pulun betui2.

tahun ni kena gi ppi lagik, tapi kali ni kat Harvard Suasana Golf Resort yang menyeramkan tu. tempat tu kat Bidong Kedah. takut, mau x nya kampung gila, pastu tpt tu kat ladang kelapa sawit ke ldg getah. macam2 benda yang jadik. aii seram lak bila ingat2. kat situ, terisi la ngan study group, teknik2 jwb soklan, ngan aktiviti fizikal. yang aktiviti fizikal tu la yg best tu. hehe biasa la wat program yang memupuk semangat berkumpulan. rindu nya !

masa spm kena masa bulan puasa, sedih sangat sbb bebudak ni dok pasang lagu raya la plak kt bilik gerakan tu.tp, dapat gi pasar ramadhan alma berjalan kaki kat blakang tu.
Masa abes spm tu, suma pakat2 nak balik sedih sangat2..ye la,memang rasa sayu sgt sebab bila kuar skola, masing2 akan bawak haluan sendiri, masuk u x sama, teringat2 lagik saat tunggu kawan2 yang jauh balik dulu. sayang sangat ngan semua budak batch aku, esp yg girls sebab semua rapat antara satu sama lain. bila dah kuar ni, ada yg x penah jumpak since kuar skola pun ada..

rindu semua sahabat,teman seperjuangan 9903..rindu nak jumpak balik, esp the girls..

zai,nana,anis, nadia, farah,nadirah,shahz,amal,umi,najwa, niza,fairuz, safra,yanz,ida,fatin,ain,ayu, iznie,ijat,atun,mad,aimi,emmy,dayah,jaja,izyan, kechik,che pa,salwa,sit,sya,fani,nora,
ila,ilya,shak,farhana,nadz,aina,mai,alifah,intan,wan,fizah..semua la.

damn miss them! soo much.
dengar kata bln 8 maybe ada reunion, insyaAllah kalau sempat aku nk join la kali ni, mesti leh jumpak ramai orang. tu pon kalau ramai bdk pompuan gi la.

aku rindu. aku rindu tu semua. rasa cam nak balik zaman sekolah. nak duduk lagik ngan kawan2..tapi tu semua kenangan. kenangan terindah zaman persekolahan. =)