Pages

Friday, August 20, 2010

menu berbuka

salam ramadhan buat semua. amacam dah 10 hari puasa? ada bagus? memandangkan esok sudah mau pulang ke tanah air,so saja nak meletakkan gambar2 makanan, sorry kalau tetiba terjadi lapaq tengah2 panas berpuasa ni.




1 Ramadhan.

Alhamdulillah dapat berbuka beramai-ramai. sebab ada germ senpai ngan wife dia tumpang rumah dan ajak jugak kak ina dan anak-anak.takde la ramai sangat pun sebenarnya, tapi kira ok la dari berbuka sorang2 :)

menu: ayam masak merah+sayur campur+lasagna.

2 Ramadhan.

Alhamdulillah. rezeki bulan puasa. kak ina pulak panggil berbuka di rumah dia.

spaghetti + nasi goreng.
3 Ramadhan. Berbuka sorang-sorang.

beli buah banyak2 + makan spegetti yang tapau semalam.
makan honeydew, prune ngan bluberi ni satu pinggan pun dah kenyang :D

sebenarnya kak ina tu hari-hari ajak bukak posa ngan dia, lagipun husband dia gi conference so takdak umah..tapi kalau hari-hari makan kat umah orang segan la pulak kan..dah tu kalau berbuka ramai-ramai makan dengan banyak. hehe.

4 Ramadhan, pun berbuka sorang.

bihun tomyam.

(guna suun je sebenarnya tapi nak gak cakap bihun tomyam);p

5 Ramadhan.

Chicken Chop sos berempah

-------------------------------------------------------------------------------------

dah-dah la tu gambar makanan ye. tiap-tiap hari ada je ambik gambar makanan. tapi malasla nak upload sini banyak.

tadi pagi buat cinnamon roll atas permintaan si dia. first time ni. apa tah rasa dia tawakkal je la..nanti bukak posa kita rasa.hehe.

sekarang tengah lepak-lepak sebelum bertolak ke osaka. sebenarnya plan nak gerak tengahari jugak..tapi bila dah sampai tengahari panas pulak,dah tu dok memikirkan kena usung luggage ngan backpack tu macam malas2 je nak pi. so ambik tren yang pukul 4 sampai sana pukul 6.50 camtu.bagi sampai elok la time pas buka puasa. hari ni berbuka 6:38pm kot. boleh la berbuka my first cinnamon roll home made ;p.

esok dah boleh berbuka di Malaysia..bestnya, tapi best2 pun nervous jugak kot. kenapa ya? ;)

ok, selamat berbuka dan berpuasa untuk kawan-kawan ye.

salam balik malaysia. :)


Saturday, August 14, 2010

Salam Ramadhan 1431

"Jika datang (bulan) Ramadhan, maka akan terbuka pintu syurga, tertutup pintu neraka dan syaitan-syaitan akan dibelenggu/dirantai"
(Hadis riwayat Muslim)

Kepada keluarga dan sahabat handai yang disayangi,
Selamat Menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan.
Semoga kita diberi kekuatan dan kesihatan yang sepanjang bulan yang penuh barakah ini
supaya dapat meningkatkan ibadah.

Saturday, August 7, 2010

bertabah!

sangat perlukan semangat untuk memecut membuat model-model untuk final project yang tergendala tu. gila malas nak buat, dah start cuma baru di tahap start2 enjin je. kena submit selasa ni sebab pameran architecture tu start selasa ni. perlu memecut gear 5 terus ni.

selasa ni jugak kena bertugas di reception pameran tu. takpa la bertugas awal-awal lepas tu boleh bersuka-suka.


lagi 4 hari bulan Ramadhan datang lagi, yeay!
lagi 14 hari mahu pulang ke tanah air jugak, yeay!

sangat tidak sabar okeh!

--> tengok kawan-kawan sebok dok buat preparation nak naik pelamin lepas raya ni, aku pun rasa macam nak kawen sekarang jugak! kekasih, mari membina masjid jom! ;p