Pages

Sunday, February 28, 2010

2nd last spring break.InsyaAllah.

serius mahu pergi:

+ snowboarding (tah bila tah dapat pi)
+ ichigo gari -strawberry picking.
(Mie tachi cam nak buat next week tapi aku takdak pulak nextweek) zannen :(

memang la banyak benda nak buat, tapi ni list yang teringin sekarang.
banyak2 sangat kang jadi angan2 je pulak. huhu.

Okonomiyaki nyum nyum




True Idol




Firman Allah bermaksud:

# Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).
- (Surah al-Ahzab, ayat 21)


# Dan bahawa sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang sangat mulia.
- (Surah al-Qalam, ayat 4)


Selawat dan salam untuk junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

SALAM MAULIDUR RASUL =)

Saturday, February 27, 2010

aktiviti makan dan makan

cuti ni macam takdak aktiviti lain selain makan. pastu entry kat blog ni takdak menda lain selain berkisar tentang makanan. heheh

ini entry makanan lebih kurang seminggu.

hari selasa lepas makan sushi.

hari Rabu pulak, makan Maguro yang sedap tu. pastu tamak, makan sampai sengkak. konon2 tamau makan nasik tapi tengah2 makan rasa nak order nasik, pi order mini karage don. yang ada maguro goreng tepung. padahal kalau order nasik kosong 100yen pun ok. tu la tamak haloba, tapi makan karaage tu seketul je.seb baik boleh tapau bawak balik.hehe.

tapi hari khamis posa sebab dah makan tak hingat punya malam tu. boleh la, karaage yang tapau semalam buat berbuka.

macam insap la hari-hari makan luar, boleh lari azam nak berjimat-cermat ni dan azam nak kuruih jugak. kononnya.
Hari Jumaat pulak rajin nak masak. disebabkan dah beberapa bulan tak masak ayam,(tak masak, bukan tak makan. hehe). sanggup tu kayuh basikal baru pi beli ayam.hehe. ni la hasilnya yang tak mengecewakan langsung. resipi cam biasa la amik tenet je. sebab macam semangat nak masak ayam kan, malam tu sebelum tidoq lagi dah cari nak masak apa. haha. Ayam asam cili api namanya. plus sayur la kalau tak,tak balance diet.heh.

Hari ni, Sabtu konon2 nak diet ah, buat KERABU AYAM. meratah saja sebab aku memang suka kerabu. sebab dia rasa masam-masam.

TAPI,

sekarang nampaknya tak jadi la diet untuk hari ni sebab ada orang ajak pi makan Okonomiyaki la pulak malam ni. aiyoooo. T____T memang tak boleh dielakkan la. (ceh, alasan.padahal kalau takmau pi pun takdak sapa marah.hahaha) camna nak kuruih niiiiii.

selagi tak kuruih aku takmau kawin. eh. melalut pulak.

Tuesday, February 23, 2010

6 tahun

22 Februari, cukup 6 tahun ayah tinggalkan dunia fana ni.

Al-Fatihah untuk ayah.

Semoga Allah tempatkan ayah dikalangan orang yang soleh dan mendapat rahmatNya.


aku rindu. enough said.

Saturday, February 20, 2010

spring break

bila dah habis exam, cuti la pulak.nak cari duit jugak, tapi nak jalan jugak. haih2. nafsu ni semua ni. tapi tu la kan, peluang bukan selalu datang. mungkin jalan-jalan dulu. pastu baito. ok kot. heheh.

tapi nak cuti betul2 pun tak buleh jugak sebab aku dah dapat final year project dan ada benda nak kena hantar awal bulan 4 nanti. still takdak idea nak buat apa..ye la, selalu nya sensei yang bagi kadai, kita buat je. tapi kali ni, kadai kena buat sendiri. pastu ada happyou kadai, lepas sensei tentukan lulus/gagal, baru boleh start design ke apa.

dahtu tahun ni first time dateline diawalkan. ada lebih kurang 2 bulan je kot. sebab bulan 4 tu saja, betulkan kadai. kena hantar 26 Julai. memangla nampak lama. tapi bila buat tu, orang yang buat je tau betapa sekejapnya time tu. pastu exhibition final year project ni dibuat bulan 8. awal dari selalunya yang buat hujung bulan 9. sensei cakap, "okla kan, ada natsu yasumi (summer holiday)lama". bila dengan briefing dia, rasa macam tak confident je nak buat. tapi bila difikirkan aku kena gak grad tahun depan, kena la jugak yakinkan diri. erm....

korekara, gambarou ne..

-->tapi sekarang cuti dulu.hehe
-->esok nak gi Kyoto tengok exhibition final year project.
harap2 dapat memberi suntikan idea. =)

Monday, February 15, 2010

Qoutes for today. Exam mode =)

80% of the final exam will be based on the one lecture you missed and the one book you didn’t read.

If you are given an open-book exam, you will forget your book.

Final Exams, that's what they said last year
-Loesjes kid brother

hehe. semua exam pun dipanggil final exam kan? tapi entah berapa final exam yang kita dah ambik pun tak terkira.heh.

3 more to go! go go go!

Sunday, February 14, 2010

ayah


suddenly, i miss my ayah sooo much..

*nangis*

Al-Fatihah.
semoga ayah tenang di sana.

*nangis lagi*
T__T

Saturday, February 13, 2010

missing

Absence make the heart grow fonder

-Thomas Haynes Bayly,Writer,England 1844



Friday, February 12, 2010

Final Exam is in front of the door

esok secara rasmi start la final exam untuk semester ni.


untuk berjaya, berusaha + berdoa +bertawakkal
.

tapi mesti la berusaha dan berdoa bersungguh-sungguh dulu. tak boleh bertawakkal sebelum usaha.itu macam salah konsep. mintak pada Allah supaya diterangkan hati, dikuatkan akal fikiran, tak mudah lupa, yakin diri, hilang rasa was-was yg datang dari syaitan tu, kurang perasaaan berdebar-debar..

cakap pasal berdebar-debar ni, aku macam nak share satu doa ni yang dulu aku terjumpa masa tengah cuak2 nak buat presentation dulu. pertolongan dari Allah.

doa ni aku rasa untuk berdebar-debar yang macam tak sedap hati, hati tak keruan..tapi apa salahnya kita aplikasikan dalam situasi kita ni kan.
bagus untuk amalan kita sebenarnya. untuk sesapa yang tengah nak final happyou tu, mungkin membantu. InsyaAllah ,dengan izinNya.

sebenarnya aku dah hilang fokus, tengah sakit perut. sungguh tak cool bila PMS time nak start exam ni.sebab tu tetiba aku macam tertulis kat sini.tapi tak pa, sakit2 ni kalau dilayan dia menjadi mengada-ngada.(aku je la kot)

ok, renung-renungkan dan selamat beramal. =)

Wednesday, February 10, 2010

makizushi

salam.

mari menambah entry pasal makanan. haha. akibat kemalasan, tapi nak makan jugak.
so semalam, buat la makizushi ni. makizushi ni rolled sushi, dibalut dengan seaweed.
sebab tak payah nak pi dapoq nak masak2.tapi aku tak guna pun buluh penggulung sushi tu pun, just gulung terus ja, nasib baik menjadi. hehe. tapi dalamnya cuma timun dan furikake. tak menarik langsung.
tapi ok la, setakat nak makan sendiri, apa nak kisah ;) .
pastu aku tak malu nak tayang kat sini hasil yang comot dan hodoh ni.
tapi alhamdulillah, rezeki....
pastu satu roll mana cukup, amik nasik bulat kecik2 golek dalam furikake. senang boleh terus ngap. dah cukup rasa sebab furikake aku beli ada perisa ikan, telur, sayur etc. so, all in 1 la kiranya ni. ;p
ok tu saja penambahan terhadap entry makanan. dah nak jadi blog makanan, resipi je takdak nak cukupkan syarat.


nurliyana: aku nak exam jumaat ni. yeay!! (??) .mari menunaikan tanggungjawab!

--> feel good dapat bercakap ngan aisha chan. =) hilang tensi jap untuk hari ni. tenkiu dear! genki de ne..

Monday, February 8, 2010

Nattou

sekarang macam nak try macam-macam, termasukla makanan yang dulu aku rasa aku TAKKAN makan.
NATTOU.

Nattou ialah kacang soya yang diperap.(untuk lebih informasi sila google sendiri plis) . Nattou dah dimakan di Jepun lebih dari 1000 tahun, disebabkan ia kacang soya, khasiatnya takyah cakap la, mesti la kaya dengan protein. sangat bagus untuk kesihatan i tell you. cuma rupa dan bau dia yang buat orang susah nak makan. tapi takyah la cium2 dekat2, makan saja.

jadi hari selasa lepas, aku first time nak try makan nattou ni. nak gak rasa macam mana.boleh jawab dengan pengalaman sendiri bila orang tanya. taktau la camna tetiba aku boleh rasa nak makan nattou ni. agaknya asyik tengok kakak kat hostel ni, tiap2 hari makan nattou kot. ;p

so, untuk kesan psikologi, pilih packaging paling comel skali kat supa tu. kadang-kadang kena menghakimi buku dari luarannya jugak.

sebelum melihat isinya, lihatlah kecomelan watak disney ini


haa ni la nattou.
campur shouyu (japanese soy sauce) dan kacau sampai bercampur macam ni.
amacam? haha. lendir yang agak menggelikan.

tapi nak jugak try, so makan dengan nasik macam japanese selalu makan masa breakfast.
esoknya pulak, buat goreng tepung. masukkan nattou tu dalam freezer pastu goreng.
rasa sebijik macam tempe goreng tu. ye la dah memang sama kan asal usul dia.

buat juadah berbuka puasa dengan puding roti ni.

kesimpulannya, rasa nattou untuk aku tak la seteruk rupa dia. nak kata sedap, biasa2 je kot. boleh je makan. baru first time makan kan. kalau nanti malas sangat nak masak, tapi nak makan jugak, tapi nak diet jugak, makan je nattou ni.

lately semua entry bercirikan makanan. tak masuk lagi la orang belanja makan buffet, BBQ rusa semua lagi. haha. pasni agaknya blog peribadi bertukar menjadi blog makanan. -_-

ok, hari jumaat ni final exam. aja aja fighting!

Monday, February 1, 2010

Nasi Lemak

nasik lemak untuk berbuka hari ni.
dah lama nak buat tapi tak terbuat-buat.
pastu kehabisan beras sejak sekian lama.
so, hari ni beli beras, terus buat nasik lemak.
dah dapat scholar kan, takkan nak makan megi lagi kot.
makan la makanan berkhasiat dan penuh lemak ni.

papadom tu goreng jugak sebab siang tadi upload gambar makan kat IndoMura tu,
so macam tergugat.rupanya tinggal 2 keping je.

indianfoods

dah 4 tahun bermastautin kat Mie, ni baru first time pi makan kat kedai ni.
takpe la, xde orang nak bawak pi kan.
so, alang2 dah keluar, aku ngan kak baity pun pi la berusaha cari jalan pi kedai ni. ;)
cam biasa kalau pi kedai india, mesti ada kari +nan
tandoori +kabab
nan cheese yang besar macam piza saiz L tapi 500yen je
jangan dilupa PAPADOM. tak feel india aa x makan. haha

ini share 2 orang makan sampai kenyang gile.
Deluxe course dia mmg banyak. nampak sikit, tapi bila makan kenyang gila.
ada lagi gambar satu roti nan biasa, salad,chicken soup & dessert lupa nak amik gambar.

hari ni puasa tapi macam saja nak upload gambar makanan lazat,
cuba menguji kesabaran la kononnya.