sekarang macam nak try macam-macam, termasukla makanan yang dulu aku rasa aku TAKKAN makan.
NATTOU.
Nattou ialah kacang soya yang diperap.(untuk lebih informasi sila google sendiri plis) . Nattou dah dimakan di Jepun lebih dari 1000 tahun, disebabkan ia kacang soya, khasiatnya takyah cakap la, mesti la kaya dengan protein. sangat bagus untuk kesihatan i tell you. cuma rupa dan bau dia yang buat orang susah nak makan. tapi takyah la cium2 dekat2, makan saja.
jadi hari selasa lepas, aku first time nak try makan nattou ni. nak gak rasa macam mana.boleh jawab dengan pengalaman sendiri bila orang tanya. taktau la camna tetiba aku boleh rasa nak makan nattou ni. agaknya asyik tengok kakak kat hostel ni, tiap2 hari makan nattou kot. ;p
so, untuk kesan psikologi, pilih packaging paling comel skali kat supa tu. kadang-kadang kena menghakimi buku dari luarannya jugak.
sebelum melihat isinya, lihatlah kecomelan watak disney ini
haa ni la nattou.
campur shouyu (japanese soy sauce) dan kacau sampai bercampur macam ni.
amacam? haha. lendir yang agak menggelikan.
tapi nak jugak try, so makan dengan nasik macam japanese selalu makan masa breakfast.
esoknya pulak, buat goreng tepung. masukkan nattou tu dalam freezer pastu goreng.
rasa sebijik macam tempe goreng tu. ye la dah memang sama kan asal usul dia.
buat juadah berbuka puasa dengan puding roti ni.
kesimpulannya, rasa nattou untuk aku tak la seteruk rupa dia. nak kata sedap, biasa2 je kot. boleh je makan. baru first time makan kan. kalau nanti malas sangat nak masak, tapi nak makan jugak, tapi nak diet jugak, makan je nattou ni.
lately semua entry bercirikan makanan. tak masuk lagi la orang belanja makan buffet, BBQ rusa semua lagi. haha. pasni agaknya blog peribadi bertukar menjadi blog makanan. -_-
ok, hari jumaat ni final exam. aja aja fighting!

0 komen:
Post a Comment