Pages

Wednesday, June 30, 2010

end of june

dah habis setengah tahun dah 2010.

aaaaa~jikan tte hayai mon da ne.....

Tuesday, June 29, 2010

28 days left

tolak hari yang dah malam ni, tinggal 27 hari.
langkah+ syarat pertama yang bakal menentukan pulang dengan bergaya ke tak tahun depan.



yosh! mari bangun dari kejatuhan emosi ;|

Monday, June 28, 2010

Darah dan Personaliti

ini copy & paste :) untuk dikongsi.warna lain-lain sebab dari sumber yang lain-lain.

Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kamu mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kamu sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di
dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Ingin berkongsi rahsia mengenainya?DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu.Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan.
Kamu bijak bergaul dengan individu disekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan mu.Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat.
Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.

DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu.
Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara.Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri.
Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu adalah individu yang bijak bersosial.Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekaligus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri.
Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.
Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun.
Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat.
Selain itu kamu juga terlalu seriusdalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri.
Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidaK dikuasai dengan tekanan.

DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini.
Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu.Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri.
Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.


GOLONGAN DARAH A
Biasanya orang yang serius dan penyabar,orangnya tegas dan dapat dipercaya, berfikir secara menyeluruh, konsisten, keras kepala.Orang golongan darah A ini biasanya suka menyendiri kerana memiliki idealisme .

GOLONGAN DARAH B
Biasanya berkarakter ingin tahu, memilik banyak ketertarikan di pelbagai bidang, semangat biasanya cepat naik tetapi juga cepat padam, selalu ingin menjadi orang yang superior dan diperhatikan dari orang lain.

GOLONGAN DARAH O
Orang ini biasanya memiliki sifat sosial yang cukup tinggi, mudah bersosialisasi dengan orang lain, pintar menutupi sesuatu, biasanya orang ini terlihat tidak pernah memiliki masalah, orang ini biasanya sabar dan baik hati.

GOLONGAN DARAH AB
Biasanya memiliki perasaan yang sensitif, memiliki perhatian terhadap sesamanya, jiwa sosial yang tinggi, terkadang suka memaksakan diri sendiri dalam mencapai sesuatu,orang yang memiliki golongan darah AB biasanya berfikir serius dalam menghadapi permasalahan

KUMPULAN DARAH ‘O’
Ini adalah jenis pemimpin. Saat melihat sesuatu yg diinginkan, org dgn kumpulan darah ini akan berusaha mencapainya. Anda juga termasuk trend-sitter, setia, punya daya juang tinggi dan percaya diri yg kukuh. Kelemahan anda adalah mudah cemburu, agak sombong dan cenderung amat kompetetif.

KUMPULAN DARAH ‘A’
Anda suka keselarasan, kedamaian dan organisasi. Boleh bekerjasama dgn baik dgn org lain, peka, sabar dan penuh perhatian. Namun kelemahan anda adalah tidak boleh melakukan sesuatu dgn santai dan cenderung keras kepala.

KUMPULAN DARAH ‘B’
Anda punya tabiat keras dan individualis, suka terus-terang tanpa memikirkan org lain dan melakukan segala sesuatu dgn cara sendiri. Namun anda juga kreatif & fleksibel & boleh beradaptasi dgn mudah terhadap situasi. Namun kelemahan yg anda miliki adalah cenderung terlalu mandiri, yg boleh merugikan.

KUMPULAN DARAH ‘AB’
Dingin dan terkawal, makanya tak menghairankan teman menjadikan anda sebagai tpt berkongsi cerita, terutama urusan perasaan dan hati. Anda dilahirkan utk menghibur org lain secara semulajadi. Namun sayangnya anda cenderung moody dan sukar membuat keputusan, kadang-kadang boleh menyakiti hati orang lain.

itu dari hasil kajian yang ada sekarang. ada la yang betul, ada la yang tak betul. kebetulan saja kot. takyah percaya la. suka2 bolehla. :)

kalau pandai, cuba teka aku darah apa? hahaha. orang yang taktau jenis darah aku dan pernah kenal aku boleh teka kot sebab kalau tengok macam yang tertulis ni, macam obvious jugak.;p huuu. tapi... bukan semua betul ok!!! haha

camera oh camera

time2 ni jugak la terasa gatal nak try something yang lain, yang baru untuk diri sendiri.
dah lama jatuh chenta tapi tak berpeluang lagi nak ada.
tapi sekarang bukan masa yang sesuai.
bunyi macam nak beli kamera baru la tu kan.. hehe.
kalau bab bermimpi dan menambah wishlist memang la number uno ;p .
tapi tak kira satu hari akan ku beli jugak.
yang mana satu pihan hati, kamu tunggu dan lihat saja. :D




Saturday, June 26, 2010

okane oh okane

donia donia donia.. semuanya duit.

pening ah bulan ni...duit bulan 7 yang dapat last week dah bayar duit tiket flight. malangnya sekarang belum bulan 7 lagi pun... nampak gaya ada la phone kena potong nanti..

aku dok pikir gak ni sebab bulan 7 ni jugak kena hantar final project..semua tu pakai duit yg banyak! huwaa..belajar architecture ni memang perlukan banyak gila pengorbanan duit. tanya je la sapa-sapa pun. sabar je la. takpa , kejayaan memerlukan pengorbanan kan. :) senyum senyum. hehe.

nasib baik bukan habis duit ke benda-benda mengarut kan, so no regret la. cuma sakit sikit la bulan ni...tapi bersyukur la dengan apa yang ada kan... :)


.......secara tiba-tiba aku teringat last week pi hantar kamera pegi repair. T_____T .bertambah lagi list kena keluar.isk2 sabaq2.

rezeki itu dari Allah, milik Allah semata-mata. pandai-pandailah kita gunakan sebaiknya.

Friday, June 25, 2010

facebook oh facebook

mungkin kamu dah pernah baca,tapi tak salah kalau baca lagi. agak panjang, tapi perlu jugak baca. sekadar tazkirah untuk kita(tazkirah untuk diri sendiri jugak la ni).sebagai manusia, selalu kita lupa dan leka. aku copy dari ustaz zaharuddin punya artikel. renung-renungkan dan selamat beramal.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .

3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.

Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan taggingkepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.

Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rakan lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.

KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

3 Mei 2010

Thursday, June 24, 2010

sushi sushi sushi

hari ni dah pergi menyelesaikan masalah laptop yang x boleh baca nihonggo ni.. yang menyebabkan kesukaran nak buat kerja. kelmarin kawan aku dah try buatkan tapi tak berjaya, tanya faizi pun dia macam tak sure. so tak boleh tunggu lama2, bangun je terus ke kedai cina PC Station depan university tu. dia godek2 tak sampai setengah jam, semua masalah pun selesai, boleh menaip nihonggo terus lagi. (sebelum ni nak type nihonggo guna keyboard asing,walaupun dah tukar regional language tu ke nihonggo). service kurang setengah jam tu kena bayar 2000yen. mahai. tapi tu la sekarang orang bisnes dengan kepakaran je. huhu

lepas tu pi bank transfer duit ke Malaysia Airlines. dapat2 duit terus habis. nampak gaya kena ikat perut la sikit bulan ni. kena berpuasa rejab bersambung syaaban la tu. haha. tu la susah jugak dah takdak kad kredit untuk bab-bab beli tiket ni. sapa soh nak balik sangat kan. padan muka.

pastu terus gi lunch sushi dengan kak ina & kak nur di Sushiro. dah dari hari tu dok rasa nak makan sushi...sebab last makan dengan aisha bulan 3 hari tu kot. hehe. dulu kalau nak makan sushi, tepon je kak baity ajak makan. sekarang ni dah xdak teman.so kalau nak ajak kakak2 ni , boleh ajak waktu lunch je la masa anak2 depa ni pi sekolah. ok la tu kan ada gak orang nak teman. dulu ada sushi yang dekat boleh la nak pi sorang2 naik beskal. sekarang macam malas je nak pi jauh2 nak naik basikal kan. ;p

comot.parut chicken 'pop' di sana sini. =(

Wednesday, June 23, 2010

tiket tiket tiket

Malaysia AirlinesMalaysia Airlines
SAT 21AUG 10    
MALAYSIA AIRLINE SYSTEM BERHAD  053  H AIRCRAFT-330 /  NONSTOP / MEAL          
DEPART: KANSAI-OSAKA, JAPAN                   1100          
ARRIVE: KUALA LUMPUR, MALAYSIA                1640   
TERMINAL:   M           *** CONFIRMED   ***      

MALAYSIA AIRLINE SYSTEM BERHAD  1166 Y AIRCRAFT-B737 / NONSTOP / REFRESH.      
DEPART: KUALA LUMPUR, MALAYSIA                2115   TERMINAL:   M        
ARRIVE: PENANG, MALAYSIA                      2205          
 *** CONFIRMED   ***  

ok, seperti di atas, aku dah book tiket flight untuk pulang ke tanah air minggu lepas. tapi belum bayar. boleh bayar sebelum 31 Julai, tapi harga ni sampai esok saja. tu pun dah 82550 yen. -_-. kalau lusa, harga dah naik. takdak pilihan kena bayar esok jugak. tunggu scholar masuk tengahari insyaAllah. terus la kena bayar. memang terus pokai la. nak bayar sewa rumah pun tak lepas ni.

huwaaaaa... harga tiket 82.5k yen.cuba kira berapa tinggal untuk aku.huhu.dah la sejak masuk rumah ni banyak bil kena bayar, bil gas yang tinggi melambung-lambung tu.sejak tengah bulan lepas dah mandi air sejuk, no more air panas melainkan kalau terpaksa ja. semua gara-gara bil gas yang tinggi gila. T_T aku rasa ada penganiayaaan di situ. kalau tak paip bocor, mesti meter tu rosak.

Tuesday, June 22, 2010

Ocha kai (Tea Ceremony)

walaupun tengah sibuk, tapi aku seboleh mungkin nak gunakan masa senggang dengan belajar/ buat benda-benda baru memandangkan ini tahun terakhir kan.

So , Rabu lepas 16/6 aku join Ocha Kai (Tea Ceremony) yang dibuka untuk pelajar asing 10 orang je, Rabu ketiga setiap bulan. baru je start kot ni. dia buat waktu lunch hour,so ok je nak join. pukul 12:10- 12:50. lunch pun disediakan onigiri sorang 2 bijik. makan dulu sebelum start ochakai ni. (tapi malangnya benda ni habis pukul 1 pm, akibatnya aku terpaksa pecut pi kelas pulak,lewat la jadinya...)
yang dalam gambar tu sebenarnya staff2 CIER (Center of International Education and Research). diorang cakap diorang pun nak try sebab tak pernah buat lagi. yang lelaki ni sensei kat dai. masa memula jumpak, macam pernah jumpa je pakcik ni..lepas dia perkenalkan diri baru aku tau rupa-rupanya dia sensei Math (Senkei Daisuu) masa 2nd year dulu. ;p
Tea Ceremony ni upacara minum teh secara tradisional Jepun la. kan Jepun sinonim dengan Green Tea. actually it`s not really a tea party but more to art la. lebih kurang seni meminum teh. kot. hehe. agak protokol.
bahan yang diperlukan:

chawan(mangkuk kecik) untuk minum teh, buluh pengacau tu, kertas, sweets(manis-manisan).

chawan bukan cawan cup tu, tapi bowl untuk minum teh.

cara-caranya :

1. letakkan 1 setengah sudu kecil serbuk teh dalam chawan.
2. ambil sweet. teh selalunya pahit so sweet perlu untuk buat pemanis mulut makan sebelum minum. nak letak kertas tu pun ada caranya. kertas yang dilipat tu, bukaan nya kena kearah luar. (ke arah tetamu)
3. masukkan air sikit dalam chawan
4. pegang dengan tangan kiri, condongkan chawan ke kanan.
5. kacau dengan buluh pengacau tu sampai berbuih.
6. angkat chawan. pusing 90 darjah (2 kali) untuk perempuan. untuk lelaki terus 180 darjah.
7. duduk berdepan dengan tetamu. dan letakkan teh depan tetamu.
8. tetamu tu pulak, kena cakap 'itadakimasu'. (saya terima)
9. minum dengan hirup 3 setengah kali. setengah yang terakhir tu perlu di slurp kan. (bagi bunyi sikit la tanda teh tu sedap).
10. lepas minum teh, lap tempat yang minum tu dengan ibu jari kanan, pusing 90 darjah 2 kali balik sebelum letak.
11. angkat chawan tu dan membelek2 + memuji kecantikan chawan.

macam tu la secara ringkasnya. kiranya kita buat teh untuk tetamu, bukan untuk diri sendiri. banyak step dan protokol..pusing chawan 90 darjah 2 kali tu sebabnya, setiap chawan teh tu ada designnya,(eg: bunga) dan bunga tu mengadap kita yang buat teh tu, dan bila nak bagi kepada tetamu, haruslah bunga tu mengadap tetamu. memberi yang cantik la maksudnya.
pastu sweet dia memang manis gila kot.

erm..bila ingat-ingat balik macam pernah jugak kot try masa katei houmon kat Malaysia dulu. tapi buat yang simple je rasanya.hehe.


Friday, June 18, 2010

HUJAN

ini bukan cerita pagi yang gelap kini sudah terang, macam Noh Hujan tu nyanyi ye.
ini pasal hujan hari ni yang lebat sangat. hari ni bangun pagi pastu gi meeting kat CIER(ok, saya sekarang wakil pelajar malaysia di Mie University ini) haruslah berdedikasi pergi meeting setiap bulan (tapi bulan ni dah 2 kali dah :p ) tengah2 hujan lebat tu. tapi disebabkan ada zemi pukul 1 nanti, niat di hati nak gi lepak studio je la sementara tunggu kelas.(buat keja tertimbun tu la). tapi sampai di studio semua tempat gelap tanda takdak orang. sapa nak datang tengah2 hujan lebat ni melainkan ada kelas kan? tp dia booth aku rupanya ada sorang budak,dia dok guna laptop so tak bukak lampu.

rainy day picture Pictures, Images and Photos

tapi, aku macam nak meroyan jap bila tengok tingkap terbuka, dan tempat aku tepi tingkap. cuba bayangkan barang aku semua basah. aku memang kalut la check tengok drawing aku basah ke tak. nasib baik sebelum balik semalam dah tutup drawing tu dengan model yang aku buat tu. model tu memang basah la, tapi disebabkan model tipu2 so tak kesah sangat. haih. cuba bayangkan drawing aku tu kalau basah. memang menangis tak berlagu kot. habih hilang mood nak buat kerja. lagipun baju basah2 camna nak melukis kan.meja pun basah. T_T.
tapi sebenarnya aku bengang jugak dengan budak yang ada kat situ tu, dia tak perasan ka yang tingkap tu terbuka, takkan tak rasa langsung angin masuk ka apa. tak reti nak tolong tutup ke apa. memang aku menunjukkan kebengangan menghempas barang sambil mengelap meja tadi dan membuat muka bengis. arghhhhh!!!!! sabaq je la.

tapi aku bersyukur sebab sekurang-kurangnya lukisan aku terselamat. lega sikit. pastu pi la lepak2 rumah kak ina mengeringkan baju sebelum start zemi sebab dah taknak dok studio tu, duduk tak boleh buat keja pun dah semua basah kan. tengok gaya macam nak hujan lagi lebat je. cam biasa la hujan ni sedap aa lepak2 dalam bilik kan. tapi tu la...ah, takpa la, buat keja zemi punya je la. (sedapkan hati).

ok.bye.

Tuesday, June 15, 2010

cuti sekolah = kenduri kahwin

Macam biasalah kan, asal cuti sekolah, kenduri kahwin bersusun-susun. tapi tu la, masih tak berkesempatan nak gi makan nasik minyak kawan-kawan lagi. memang musim kot ni, cuti sekolah ni memang kalau tak dengar kawan ni kawin, kawan tu mesti bertunang. pendek kata, memang ada sajalah update kat facebook tu gambar-gambar majlis kahwin/tunang :) umur 24 kena kahwin eh. dari kawan masa zaman2 comot2 dulu, kawan sekolah menengah, dan saudara mara jugak ada saja yang kenduri. tak dapat pi, wakilkan mak saja lah.

gambar2 semua ni diambik dari facebook. halal eh. :p
ini yati, kenduri 5 Jun hari tu. Yati ni kawan aku dari kecik. selang berapa rumah je pun. yati sangat lemah lembut & soft-spoken :) dah selamat dah sorang kawan aku ni...dia nikah 2 minggu sebelum tu, so ni gambar majlis kenduri belah perempuan.
pastu 6 Jun pulak, kawan dari kecik merangkap jiran aku pulak naik pelamin. dulu dok sebelah rumah, tapi sekarang dah pindah, selang 3-4 rumah je pun. memang dekat la. Nanie (aku panggil dia Diknie,walaupun sama umur, tahla napa ;p) ni sekarang nurse di IJN. mak cakap, diknie tu memang sesuai la jadi nurse, lembut, cermat (obviously aku takboleh.huhu). ralat jugak tak dapat tengok dia kenduri. she was gorgeous on her day. luckily ada kawan-kawan yang baik hati nak upload gambar untuk tatapan ku:)

Ini Sabtu lepas 12 Jun. both bride and groom ni ex-schoolmate masa kat SOKSEK dulu. tempat kenduri tak jauh pun sebab dia dok Tasek Gelugoq jugak. satu pekan, lain kampung je ngan aku. :D. depa ni 'kawan' sejak masuk UiTM. alhamdulillah dah terbina jugak satu lagi masjid setelah beberapa tahun menyulam kasih. (ayat tak bleh blah ;p ) .
11 June jugak sepupu mak akad nikah. sepupu mak ni muda lagi la, tua sikit je pun dari aku kot. hehe. pengantin perempuannya orang Melaka, so memang semua family dari perlis ber rombongan la pi Melaka Jumaat hari tu. mak & makcik pakcik semua panggil dia 'Dik Mi' so kami sepupu2 pun ikut panggil dikmi dari dulu lagi. huhu. aku baru tau pas dia kawen ni depa cakap patutnya kena panggil paktam,kalau ikut pangkat. hehe. baru ku tau aku ada 'paktam'. :p
12 Jun - ni pulak gambar adik + sepupu2 masa hari kenduri. segak kan pengantin? :) Sabtu ni resepsi belah lelaki pulak.

tengok, penuh kan weekend cuti sekolah dengan kenduri kawen? Apa-apapun,
Tahniah & Selamat Pengantin Baru,
semoga diberkati Allah dan kekal bahagia ke akhirnya.

p/s: rasa nak kawin jugak bila tengok gambar2 orang naik pelamin ni. boleh tak? hih

Sunday, June 13, 2010

lamalah sudah..

lamalah jugak tidak mengupdate. sedikit update peristiwa yang berlaku sebelum ni.mari melihat gambar :)

Lunch MAFF 31 Mei 2010
aku join MAFF (Multicultural Association For Fun ;p) lunch kat restaurant Pure Na. ni kelab untuk foreigner students buat aktiviti ngan nihonjin la. luckily kena bayar 600yen saja. sangat lah berbaloi join lunch ni sebab makan kat sini secara buffet dan berasaskan sayur.so banyak la boleh makan. sebelum ni penah pi sekali je dinner kat sini tu pun sebab orang belanja. harga mau 2000yen jugak sebenarnya. kalau nak pi sendiri macam tak la.hehe.seronok dapat kawan2 baru :)
dengan Mamoko
with Miho
Thailand,Nippon,Malaysia

Bellcity,Suzuka 3 Jun 2010 khamis
bawak kakak yang dari Singapore ni jalan-jalan gi Suzuka. pi Bellcity la, tempat lepak-lepak masa dulu. tapi sekarang tempat lepak baru- dalam rumah. :p. sian kakak ni dok sorang-sorang masa husband dia pi keja, so aku freekan hari ku. lagipun dia datang sekejap je, apa salahnya tolong tunjuk jalan kan.
sempat jugak berpurikurayang paling best sekali, dapat tart nanas dari dia. macam tau2 je ni favourite cookies.
memang tak boleh miss setiap kali raya.

kalau mak dah taklarat nak buat kuih raya sebab dah banyak buat untuk bisnes raya macam hari tu,aku sanggup buat sorang2 tart nanas gulung tu. pastu simpan konon2 nak bawak balik nihon, tapi mana tahan kalau depan mata. haha. (kisah raya lepas) ;p

Makanan

ni lunch semalam kot. konon2 menu sihat.
tapi semangat diet tu dirosakkan oleh takoyaki cheese mentaiko untuk dinner.
haha. cepat sangat tergoda,masalah betul. gila sedap. alhamdulillah. first time makan terus mendapat tempat di hati. :) gambar ni taktau napa,bila upload kat sini tetiba dia menegak.biarlah.
pastu hari ni pun rosak lagi. makan makanan berciri tahap gula yang tinggi. tapi puas hati sebab dpt makan brownies + choco purin. memang dah gila cokelat,tak bleh buat apa la.
tengahari tadi sebenarnya nak pi hospital tapi tutup pulak. aku dah check dah kat internet ni dia cakap bukak ja hari ni, sekali pi meredah hujan nak skuter tu jauh2, tutup pulak. sebab tu singgah makan kat Denny's makan udon ngan brownies ni.

tapi bukan semua cerita gumbira. ada jugak yang tidak.

taktau sebab apa tanganku sekarang kena macam ni... T_T. ni pun dalam gambar ok sikit kot.
sebenarnya sejak winter hari tu lagi,dan asalnya kecik je tapi sekarang macam merebak. pastu last week aku tengok macam dah nak baik sangat dah.pastu khamis lepas dia jadi balik merah2 camni. gatal okeh. aku suspect ringworm/dermatophysis . aku baca kat mana tah, dia kalau jadi musim sejuk, masa musim panas memang akan jadi teruk. :(

hari tu masa winter kan mandi air panas, pastu syok dok lama2 pulak kan masa mandi..patutnya tak boleh. mana la aku tau kan. takkan musim sejuk nak mandi air sejuk pulak. ermm.
memang aku perasan start spring break hari tu dia merebak.

dah jumpak dah doktor sekali, tapi macam takde kesan. tadi tu ingat nak gi kat klinik kulit terus. tapi zannen, tutup pulak. esok kena gi sekali lagi la nampaknya.

ok,bye.

Friday, June 4, 2010

Lifeline for Gaza

rasa insaf bila mengenang saudara2 kita di Palestine sana, dugaan yang teramat besar, they're dying to live.. apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan dugaan kita. kecik sangat kalau dibanding mereka, tapi mudah melatah, mengada-ngada. T_T. begitu jugak dengan aktivis2 islam yang berjuang mempertahankan palestin dari tangan rejim Zionis yang sangat zalim dan tak berperikemanusiaan. aku kira mereka orang-orang yang terpilih. dipilih oleh Allah untuk berjuang di jalan-Nya. Tapi kita di sini juga mesti berjuang, mungkin bukan secara fizikal tapi doa tu kan senjata orang Islam. memang kita tiada pengharapan lain selain Allah.
Ya Tuhan kami,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang2 leher musuh-musuh kami,
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,
Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,
Pecah- belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka,
Goncangkan pendirian mereka,
Dan hantarkanlah anjing-anjing KAMU kepada mereka,
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,
Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum,
Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka,
Ya Allah,Ya Allah,Ya Allah,
Wahai Tuhan Yang Menurunkan Kitab,
Wahai Tuhan Yang Menggerakkan Awan,
Wahai Tuhan Yang Menewaskan Bala Tentera Al-Ahzab,
Kalahkan Mereka,
Kalahkan Mereka,
Kalahkan Mereka,
Dan Menangkan Kami Keatas Mereka,
Amin...

untuk update:
Lifeline for Gaza
Palestinkini

Wednesday, June 2, 2010

sutoressu?

i'm tired being here in japan. kadang2 rasa macam 'mou ii' dengan jepun, when it comes to study-things, and annoying people around me. bukan semua la, banyak lagi yang baik. lately banyak orang yang baru kenal baik2. cuma, tu lah. ntah la kan. aku suka duduk sini, kalau boleh nak duduk lama lagi. tapi untuk sambung study kat sini, macam tak la kot. untuk kerja apatah lagi. kalau teman suami bekerja suka la. eh?. susah jugak nak cakap dengan tulisan. rasa nak habiskan degree cepat-cepat, boleh balik duduk bawah ketiak mak.

but hey, it doesn't mean that i'm giving up or whatever things-like-that, because i know i already went through tough things for almost 4 & half years. there's like another one step left to get the degree. i'll make sure i get it. just have to work harder, and keep praying .

mou sukoshi da yo! gambarou !