hari ni pun sama saja. layan internet sampai taktau nak tengok apa. nak tengok movies macam takdak hati nak tengok pulak. padahal dalam harddisk sebut je, cita korea, cita jepun, cita omputih ,cita melayu, anime, semua ada. banyak je yang dok menanti giliran nak kena tengok. tapi tu la, tak rasa nak tengok. buat sudoku je.
petang pulak pi jogging la konon2. tapi lebih kepada berjalan la kot. haha.lama dah meninggalkan benda ni, nak start tak bleh hageshi sangat, nanti kalau penat sangat first day kang tak istiqamah pulak. huhu. menyampah aa lagi nak diet lagi rasa nak makan. aiyooo camna ni. tak balik malaysia cuti ni kang aa...tapi2.. nak balik jugak. harus jadikan inspirasi nak kurus. chaiyok2!
tak boleh la tiap-tiap minggu kalau dok umah camni je..sebab dah lama cuti kot. ingat tahun last kat jepun ni, boleh la aku memanfaatkan weekend meng-explore benda-benda baru. tapi bila dok sorang-sorang ni, macam tak best lak. rasa nak buat benda-benda yang mencabar sikit,yang memorable..sebab mendatar je aku rasa life aku la ni.
nak pi ambik-ambik gambar pulak, kamera pulak prob. dslr punya memory card tertinggal rumah aisha last week. digital kamera pulak, charger hilang entah ke mana. haih2. patah kaki lagi nak berjalan. huhu.
kalau dah start masuk studio nanti, mesti aku dok teringat2 cuti weekend yang hima macam sekarang. mesti asyik nak cuti je. tak balance, kalau cuti tu,tak buat apa-apa. kalau dah time peak nanti, ada la hati nak buat macam-macam. tu la manusia macam tak penah cukup apa yang ada. insaf sekejap.
astagfirullah.
“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, iaitu
masa muda engkau sebelum datangnya hari tua,
masa sehat engkau sebelum dilanda sakit,
masa kaya engkau sebelum masa miskinmu,
masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk,
danmasa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian.”
(Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.)
*muhasabah diri*

0 komen:
Post a Comment