Pages

Saturday, April 24, 2010

Hargai Alam Sekitar (sambungan..)

kelmarin macam cakap nak sambung pasal Earth Day tu kan, tapi macam takde apa2 sampai sekarang. ye la, bumi kita sekarang dah makin sakit, makin tenat. kalau kita tak rawat, sapa lagi kan.

bukan kena buat yang susah2, setakat kitar semula tu boleh je kot kan? tapi tu la benda-benda ni kena ada kesedaran. nak start bukan senang. tapi macam kat Jepun ni sebab sistem buang sampah yang boleh dikatakan strict jugak, memang automatik ter ikut je la. sejak dok rumah baru ni pun, aku memang biasakan diri asingkan ikut jenis sampah.plastik, barang2 boleh bakar, tin2, botol2. pastu hari kutip sampah dia pulak ada jadual. memang akan sampai mengikut jadual. contohnya, hari isnin barang2 plastik, hari selasa & jumaat burnable garbage, hari rabu barang-barang yang boleh recycle. camtu la ada jadual setiap bulan.
yang lecehnya bab buang barang elektrik ,kena bayar tuu...kalau curi2 buang kat sekolah ke apa boleh la, tapi tu pun orang cakap ada cctv. huhu.

satu hal pasal orang jepun yang aku respect memang rajin mengutip sampah. ;) kalau tengok pagi-pagi, orang2 yang keja pejabat/ restoran akan kutip sampah gunakan penyepit di depan pejabat/tempat diorang bekerja. memang sangat kagum, pakai2 suit smart2 pi kutip sampah pulak. even ada satu puntung rokok je pun. taktau la itu polisi tempat kerja ke apa, tapi aku tetap rasa benda tu sangat bagus. sendiri punya tempat sendiri jaga la kan.
Say NO to plastic bag. kalau bershopping, guna la eco-bag. shopping bag la. kat jepun dah lama jugak praktikkan benda ni. kalau nak jugak beg plastik kena bayar 5 yen. eh...nak ke bayar 5 yen untuk beg plastik, tak kuasa i.memang sentiasa ada dalam beg kalau pegi mana2 sebab university memang bagi free sorang satu beg yang boleh lipat2,senang la nak bawak kan. kalau terlupa jugak/tak cukup beg ,selalunya ambik kotak je kat supermarket tu untuk letak barang-barang sebab memang dah disediakan kat situ. memang supermarket semua dah tak guna plastic bag.
koperasi dan convenience store kat university pun memang dah tak guna. kalau setakat nak beli satu dua barang tu takyah la mengada2 nak guna plastic bag. kat Malaysia pun dah start jugak rasanya. masa balik penang raya tahun lepas, dah start hari isnin ialah hari tanpa beg plastik. kalau nak jugak,20 sen. mahai!!! tapi ok la tu start jugak la dari takdak langsung. at least orang boleh jugak ada kesedaran kot. tapi rasanya kalau pi pasar malam /pasar ramadhan sekali pegi taktau la brapa beg plastik bawak balik kan. huhu. tak cool ah guna beg plastik. tak cun.

masa pegi okinawa hari tu, sempat ke tempat akuarium, tak masuk pun akuarium besar tu. tapi luar dia pun dah macam-macam ada. ada dia tunjukkan penyu buang air, keluar plastic bag. dalam perut pun banyak plastik. sedih sangat. dia tunjukkan betapa tercemarnya laut2 kat bumi ni. lagipun tak bagus la guna plastic bag ni, sebab plastic bag ni ambik masa berpuluh tahun nak reput.
gmbar:google

banyak lagi boleh buat sebenarnya. kurangkan penggunaan alat elektrik, tanam banyak2 pokok hijau, kurangkan naik kenderaan bermotor kalau setakat nak pi kedai runcit dekat umah, kayuh basikal je la, tak pon jalan kaki kan boleh buat keja 2 in 1, jimat masa berjalan sambil bersenam. (kat jepun boleh la cakap, balik malaysia ada aku buat ? huhu).

fikir la macam mana anak-anak kita bakal hidup nanti kalau kita terus-terusan tak sedar...

0 komen: