Pages

Sunday, May 30, 2010

sun-ny sun-day

hari ni konon2 bangun pagi nak gi jogging la, need to shred off many kilos. but somehow macam mana tah tak ter pi. bangun subuh, pastu lepak2 tengok pc, tengok2 JWCAD yg aku baru install tu. (macam mana nak guna pun taktau, camna nak nak buat seizu pun tahla..) pastu dalam pukul 11 camtu baru start kemas2 rumah, dah lama jugak tak mengemas betul. hari cerah, bagus.

pastu petang disebabkan rasa bersalah tak pi jogging pagi2 tadi.. aku pun gagahkan diri keluar. ingatkan nak keluar lewat2 petang sikit, tapi tengok hari macam nak hujan pulak, so dalam 4.15 tu pun keluar beriadah. pusing la jauh jugak balik lalu tepi laut, angin kuat gila kot...ombak pun macam nak mengganas je. macam biasa la kat situ petang-petang ni banyak orang main kite-surfing dan yatch . tapi banyak dah naik ke darat pun, adala beberapa orang lagi dok main. ada jugak yang BBQ, tapi tengok macam susah je sebab angin kuat gila nak letak alas pun susah. sama la macam BBQ kami last week tu. ;p

gmbar:google

pastu otw balik nak tak nak kena lalu kat masjid, sebab kalau patah balik lalu ikut yang jalan masa memula pergi dah jauh, dah genkai kot :( kalau boleh malas la kan nak joging area masjid tu macam segan la sikit satgi orang nak pi solat kat masjid nampak. heh. nak beli ayam tapi duit tak bawak pulak, so balik dulu la nak ambik duit kan. tengah2 jalan terjumpak satu pasang suami isteri orang melayu dari singapore dan ada sorang nihonjin tengah jalan nak pi masjid. sempat la cakap2 sikit, sekarang kat Mie macam sabishi kan, so bila jumpak orang baru macam hepi lah. hehe. tapi pastu balik amik duit, cakap kakak tu, satgi jumpak balik la kat masjid, saya nak gi beli barang japgi.

bila dah on the way nak gi kedai halal kat masjid tu, terserempak pulak dengan nihonjin yang teman orang singapore tadi tu. sembang2 la, makcik tu pandai cakap english. pastu bila dia tau aku ni budak Mie Dai, terus dia nak cakap nihonggo. hehe. dia orang osaka, tapi datang rumah anak dia budak Mie Dai, so dia ajak gi rumah dia. nak sembang-sembang. aku pun sebab tak buat apa ok kan saja la. sebab dia pun nampak baik je. tapi aku cakap dia selepas aku gi beli barang dengan jumpa orang singapore tadi tu balik la. sampai masjid kakak tu ada dalam masjid, baru pas asar kot, so gi sembang2 sikit la. dia datang sebulan je ikut husband keja kat suzuka dan baru je sampai lastweek.

lepas tu aku pun pi la umah makcik nihonjin tadi tu. ada anak dia ,Ami Chan jugak bawak boyfriend datang jumpa mak. hehe. anak dia manager yakyuu (baseball) kat Mie Dai, boyfriend dia baseball player, kakkoi jugak dalam pakaian baseball nya. tapi muda okeh, baru 19 tahun,layak buat adik2 je ;p boyfriend si Ami tu boleh pulak cakap tadi nampak aku dok jalan2 kat tepi padang baseball. ye la masjid kan sebelah padang baseball, time tu pulak memang ada tournament kat situ. memang mentayang muka la hari nih. huuu

best jugak makcik ni ngan anak dia Ami chan ni. very friendly. dia cakap memang ryugakusei (foreign student) selalu datang rumah dia. ala2 homestay la, tapi bukan la homestay pun, yang datang tu macam kenalan anak dia yang pernah join exchange student kat korea, norway..banyak kali la datang , dia pun dah sediakan satu bilik untuk tujuan ryugakusei datang ni. dia cakap dia suka nak kenal orang dari banyak negara sebab boleh tau banyak benda. so bagus la. untuk dia. untuk aku jugak.

nak dekat pukul 8 aku pun balik sebab belum maghrib lagi. pastu dinner makan capati beli kat masjid tadi. dan lepas tu aku menulis ini. aku pun taktau kenapa nak tulih panjang2 ni. dah 1030, aku masih belum mandi... tapi belum exercise jugak! aiyoo penatnya nak buat, tapi shouganai ne... erm..

so, ini sahaja ceritera hari ini,. hari ber kouryuu. esok pun akan berkouryuu . esok Mie Dai cuti so MAFF (Multicultural Association For Fun :p ) buat lunch. si Alicia (budak chinese malaysia tu ajak aku pi jugak lunch tu) walaupun aku bukan MAFF member pun, just join gitu je. Alicia tu pun aku baru kenal 2 minggu lepas kat CIER, tetiba budak ryou lama kenalkan aku yang dia dari Malaysia. erm, kan dah cakap sekarang musim aku ber kouryuu kot menambah kawan.

last2, tak hujan pun. gelap + angin memang macam nak hujan. bila malam bulan pun tak nampak. hujam malam ni kot.

Esok, Mie Daigaku Kinen Bi (Mie University Memorial Day) cuti oh! :D yea!

ok, mari bersenam.

vampire

baru habih khatam satu season vampire diaries dalam 4 ke 5 hari tah.
cepat kot aku rasa, buang masa depan pc renzoku. T_T
tapi.. fuh, best gila, pelakon kakkoi, cantik dan mantap gila.*drooling*

ok, sekarang mau tidoq pulak



motif entry?
ubat sebelum tidoq la. heh.

Saturday, May 29, 2010

sick of pretending

lumrah manusia kan. orang selalu tengok dari luar, orang tak pernah nak paham apa kita rasa, orang jarang hargai apa kita dah buat. kadang-kadang, aku penat nak berpura-pura. bukan nak jadi hipokrit, tapi lebih kepada takdak perasaan kot. berpura-pura takdak perasaan padahal aku ni sorang yang penuh emosi. penat. serius penat. tapi kalau cepat sangat emosi, nanti orang cakap tak sporting ah, cakap sikit nak nangis. tapi kalau orang tu dah bagi ayat makan dalam punya, sedikit sebanyak terjejas jugak perasaan/perlakuan nak jadi hipokrit tu.

kalau ikutkan sejak dok di Jepun ni banyak sangat orang buat aku terasa tapi macam biasa kena pura-pura bahagia. pura-pura gelak walaupun u don't mean it. hati kering la senang cerita. balik rumah luahkan perasaan sorang-sorang. loner. loser. pity me. wekkk. hahaha

tapi ni bukan la sesi luahkan perasaan apa yang terjadi lately. cuma secara general apa yang aku rasa selama ni kot. i always trying to be not too sensitive, and sometimes it works. sometimes sahaja ok. dulu pendamkan perasaan konon2 untuk jadi lebih kuat, tapi sejak bila tah macam tak tahan. memang takdak self confident ah.terfikir jugak,kenapa orang tak boleh terima kita seadanya? , padahal kita semua sama saja sebenarnya kan..

seseorang cakap pada aku benda yang dia tak patut cakap kat aku kot. benda yang aku kininaru selama ni, tapi gambatteru sorang2. tapi hasilnya tak nampak lagi. taktau la ada hasil ke tak kan. tapi sekali tu aku boleh tahan lagi, tapi bila kali kedua diterpa persoalan yang aku jadi meroyan gak . luckily i have my boyfriend who always there for me, lending his shoulder to cry on {di talian saja la.. :( }.

dia cakap, "yana kena ingat satu benda, macam mana elok pun kita, macam mana perfect pun kita (memangla nobody perfect kan), orang akan sentiasa cari kekurangan kita ". jadi diri sendiri itu point dia, kan.

erm betul kan, kalau kau cantik macam mana pun, tapi palsu tak guna jugak. takpa la, mungkin kekurangan kita jadi kelebihan untuk depa. apa boleh buat. just be yourself dan improve apa yang kurang. mungkin itu semua untuk lebih memotivasikan aku.

semalam ternampak status facebook kawan sekolah bunyinya 'If you fail, do cry..but then get up and face the challenge once again, Allah will be beside us, who always be patient and strong. InsyaAllah..'
rasa macam kena dengan aku ,walaupun bukan fail apa ke, tapi still ochikomu (down). it's ok to cry, tapi kena lebih kuat. aku tengah buat, aku harap nanti orang-orang tu nanti boleh bukak mata.

sebenarnya aku penat baru balik buat jikken (experiment) pasal acoustic. ukur reverberation, impulse bunyi semua tu di hall. tahla, bukan paham sangat , macam tolong research student tu punya jikken je pun, tapi macam tu la gambaran jikken aku nanti. so,sensei galakkan semua orang pi. hari ni dekat Harmony Hall, Annou Chou. setengah jam dari universiti aku kot. bukan penat buat jikken tapi penat sebab panas terik. eh ngada-ngada nya.

pagi macam sejuk, tengahari memang panas terik sangat. 2 hari lepas sejuk gila sebab angin kuat sangat kot, sampai malam pun aku tidoq bukak heater satu malam.sebab dok dalam comforter + pakai longsleeve pun macam sejuk je. gila jugak bukak heater masa musim panas ni. ke ngada-ngada lebih. padahal hari tu dah guna kipas. nasib baik toyu (minyak gas) heater still ada saki baki lagi. hehe. tapi still dalam mood pertukaran musim kot, tak stabil lagi. tapi rumah yang aku dok sekarang ni macam sejuk la sikit sebab rumah tradisional kot,pastu rumah ni macam terlindung sikit. macam sekarang kat luar panas gila, dok dalam rumah, tak bukak kipas pun. macam suzushi gitu.

macam sedikit sunyi la sekarang, family aku KL pastu johor ambik barang-barang adik yang dah habis diploma dia. (adik gua dah 2 kali keluaq masuk Poly tu, siap dah penah keja jugak), tapi aku masih di sini. heh. pastu mr.boyfriend pulak balik kampung. so macam kena tinggal pun ada jugak aku ni. macam la selama ni dok sekali kan. tapi macam tu la aku selalu rasa, kalau family aku pi mana-mana/ si dia pi mana-mana aku selalu rasa macam kena tinggal. huhu.
emosi sangat :|

yosh! semoga ada sinar buatku di hari esok.
riyana chan, gambatte ne!

mari mari take a break aku mau habiskan layanan terhadap the vampire diaries musim pertama.
addicted pulak.cet, ni yang malas start layan cerita bersiri ni.

Thursday, May 27, 2010

The Earth is bleeding so bad

apa kamu rasa kalau jadi itik,burung-burung, dolphin atau jellyfish ni..macam sangat sengsara kan. bukan macam. memang kot. sedih tengok gambar-gambar macam ni... gambar dan caption gambar semua amik dari yahoo news je tadi bukak2 tetiba ternampak. just wanna share it here :( . ni kesan dari satu oil rig di Gulf Of Mexico (Golfo de Mexico) yang meletup bulan lepas. sangat menyayat hati lah gambar dia. grrrr



An oil-soaked bird struggles against the side of an Iron Horse supply vessel at the site of the oil spill off Louisiana on May 9. (AP Photo/Gerald Herbert)
A dead jellyfish floats amid oil May 6 in the Gulf of Mexico, southwest of the Southwest Pass of the Mississippi River on the coast of Louisiana. (AP Photo/Patrick Semansky)
A pod of bottlenose dolphins swims in the oily water of Chandeleur Sound on May 6. Five days later, six dead dolphins were found along the Gulf Coast. Officials were investigating oil's role in the deaths. (AP Photo/Alex Brandon)
Oil swirls in the Gulf of Mexico currents May 6. (AP Photo/Dave Martin)
Pelicans fly past a nest of eggs apparently stained with oil on a Louisiana island May 22. The island is home to hundreds of brown pelican nests as well as terns, gulls and roseated spoonbills. (AP Photo/Gerald Herbert)
A glob of oil thought to be from the massive oil spill in the Gulf of Mexico sits on a reed on a beach in Southwest Pass, La., on May 15. (Reuters/Lee Celano)
A Greenpeace worker collects samples of oil May 19 that washed up along the mouth of the Mississippi River near Venice, La. (AP Photo/Charlie Riedel
An oil-covered dragonfly, stuck to marsh grass, tries to clean itself May 18 in Garden Island Bay near Venice. (AP Photo/Gerald Herbert)
Birds fly over oil on the water April 29 near Breton Sound Island, on the southernmost tip of the Chandeleur Islands. (Reuters/Sean Gardner/Greenpeace/Handout)
An aerial view of the northern Chandeleur barrier islands, 20 miles from the main Louisiana coastline, shows sheens of oil reaching land May 6. (AP Photo/David Quinn)

Sunday, May 23, 2010

jatuh cinta lagi

hari ni hujan sehari. mungkin sampai 2-3 hari kot. sejuk ah. semalam ada BBQ kat pantai belakang Mie Dai ni, tapi aku malas nak upload gambaq sebab xdak satu pun gambaq aku. T__T. biasa la sekarang asyik tangkap gambar orang je..dah takde orang nak amik gambar aku. so, takde masa nak tayang muka la. bosan.

disebabkan takdak pi mana hari ni, dating la bersua muka dengan si buah hati.tapi di skype sajala. mana ada chance nak dating-dating keluar gi taman ke tasik ke theme park ke. rindu woo. si dia ada game bowling pagi tadi. balik-balik, berwebcam ah sekejap. hehe. suka ah hari ni sebab dia main gitar + nyanyi untuk aku. oh mannn aku jatuh cinta lagi! seriously cair ;p

suka aa dengan lelaki boleh main gitar, macam cool je. walaupun ramai je kan. hehe.
kalau dia main gitar malam-malam sebelum tidur, selalu teringat arwah ayah...dulu masa sebelum sakit, ayah selalu dok kat luar rumah atas buaian main gitar malam-malam.masa ni aku kecik lagi la. suka sangat.


eh, ni first time ke letak gambar buah hati kat sini. ouch! 
ok, ini lah wajah kesayangan hamba. kesayangan selain family la.
kakko yokunai? ;)

jatuh cinta lagi...lagi-lagi ku jatuh cinta...