Pages

Saturday, May 29, 2010

sick of pretending

lumrah manusia kan. orang selalu tengok dari luar, orang tak pernah nak paham apa kita rasa, orang jarang hargai apa kita dah buat. kadang-kadang, aku penat nak berpura-pura. bukan nak jadi hipokrit, tapi lebih kepada takdak perasaan kot. berpura-pura takdak perasaan padahal aku ni sorang yang penuh emosi. penat. serius penat. tapi kalau cepat sangat emosi, nanti orang cakap tak sporting ah, cakap sikit nak nangis. tapi kalau orang tu dah bagi ayat makan dalam punya, sedikit sebanyak terjejas jugak perasaan/perlakuan nak jadi hipokrit tu.

kalau ikutkan sejak dok di Jepun ni banyak sangat orang buat aku terasa tapi macam biasa kena pura-pura bahagia. pura-pura gelak walaupun u don't mean it. hati kering la senang cerita. balik rumah luahkan perasaan sorang-sorang. loner. loser. pity me. wekkk. hahaha

tapi ni bukan la sesi luahkan perasaan apa yang terjadi lately. cuma secara general apa yang aku rasa selama ni kot. i always trying to be not too sensitive, and sometimes it works. sometimes sahaja ok. dulu pendamkan perasaan konon2 untuk jadi lebih kuat, tapi sejak bila tah macam tak tahan. memang takdak self confident ah.terfikir jugak,kenapa orang tak boleh terima kita seadanya? , padahal kita semua sama saja sebenarnya kan..

seseorang cakap pada aku benda yang dia tak patut cakap kat aku kot. benda yang aku kininaru selama ni, tapi gambatteru sorang2. tapi hasilnya tak nampak lagi. taktau la ada hasil ke tak kan. tapi sekali tu aku boleh tahan lagi, tapi bila kali kedua diterpa persoalan yang aku jadi meroyan gak . luckily i have my boyfriend who always there for me, lending his shoulder to cry on {di talian saja la.. :( }.

dia cakap, "yana kena ingat satu benda, macam mana elok pun kita, macam mana perfect pun kita (memangla nobody perfect kan), orang akan sentiasa cari kekurangan kita ". jadi diri sendiri itu point dia, kan.

erm betul kan, kalau kau cantik macam mana pun, tapi palsu tak guna jugak. takpa la, mungkin kekurangan kita jadi kelebihan untuk depa. apa boleh buat. just be yourself dan improve apa yang kurang. mungkin itu semua untuk lebih memotivasikan aku.

semalam ternampak status facebook kawan sekolah bunyinya 'If you fail, do cry..but then get up and face the challenge once again, Allah will be beside us, who always be patient and strong. InsyaAllah..'
rasa macam kena dengan aku ,walaupun bukan fail apa ke, tapi still ochikomu (down). it's ok to cry, tapi kena lebih kuat. aku tengah buat, aku harap nanti orang-orang tu nanti boleh bukak mata.

sebenarnya aku penat baru balik buat jikken (experiment) pasal acoustic. ukur reverberation, impulse bunyi semua tu di hall. tahla, bukan paham sangat , macam tolong research student tu punya jikken je pun, tapi macam tu la gambaran jikken aku nanti. so,sensei galakkan semua orang pi. hari ni dekat Harmony Hall, Annou Chou. setengah jam dari universiti aku kot. bukan penat buat jikken tapi penat sebab panas terik. eh ngada-ngada nya.

pagi macam sejuk, tengahari memang panas terik sangat. 2 hari lepas sejuk gila sebab angin kuat sangat kot, sampai malam pun aku tidoq bukak heater satu malam.sebab dok dalam comforter + pakai longsleeve pun macam sejuk je. gila jugak bukak heater masa musim panas ni. ke ngada-ngada lebih. padahal hari tu dah guna kipas. nasib baik toyu (minyak gas) heater still ada saki baki lagi. hehe. tapi still dalam mood pertukaran musim kot, tak stabil lagi. tapi rumah yang aku dok sekarang ni macam sejuk la sikit sebab rumah tradisional kot,pastu rumah ni macam terlindung sikit. macam sekarang kat luar panas gila, dok dalam rumah, tak bukak kipas pun. macam suzushi gitu.

macam sedikit sunyi la sekarang, family aku KL pastu johor ambik barang-barang adik yang dah habis diploma dia. (adik gua dah 2 kali keluaq masuk Poly tu, siap dah penah keja jugak), tapi aku masih di sini. heh. pastu mr.boyfriend pulak balik kampung. so macam kena tinggal pun ada jugak aku ni. macam la selama ni dok sekali kan. tapi macam tu la aku selalu rasa, kalau family aku pi mana-mana/ si dia pi mana-mana aku selalu rasa macam kena tinggal. huhu.
emosi sangat :|

yosh! semoga ada sinar buatku di hari esok.
riyana chan, gambatte ne!

mari mari take a break aku mau habiskan layanan terhadap the vampire diaries musim pertama.
addicted pulak.cet, ni yang malas start layan cerita bersiri ni.

2 komen:

nano_khalid said...

Ganbate nee!!
Be strong!!
All your best!!
;->

zinnia-lyana said...

thanx khalid! thanx for always be there for me,thanx for loving me. :)