Pages

Monday, March 31, 2008

また会いましょうね!

27 Mac 2008-Kansai

setelah beberapa hari tolong cik2 abang ni kemas barang nak balik,
sampai gak masa berpisah akhirnya..

pegi Kansai hantar kurau ngan baban balik Malaysia..

huwaa sedihnya! tp biasa la setiap pertemuan ada perpisahan kan.

sedih gile la sbb diorang la slalu menceriakan Mie nih.=(

2年間本当にお世話になりました。いろいろありがとうね!=)

Soubetsukai-Sotsugyou

20Mac 2008 Thursday
Soubetsukai
Caprichosa,Sun Valley

we had a simple yet memorable farewell party to our beloved senpais.
thanx for every single thing.
may all the happiness n success will be yours.
Thanx to the luvly Mie Family sbb buat sy rasa cam ada abang2 ngan kakak2 yg sangat best!
muahhxxx (^_^!)


25 Mac 2008,Tuesday
卒業生の皆さん、

卒業おめでとうございます!



Tuesday, March 18, 2008

KYUSHU TRIP

haru yasumi hajimatta yo! (^-^)v

25-02
bertolak ke Kagoshima ngan cik ida ngan flight. sampai sana, jakim ngan motex amik kat stesen bas. mlm tu just makan sushi ngan karaoke sbb mimi tachi blom sampai lagik dr okinawa.

26-02
Mimi,Adil, Dayah,Amir ngan Amirul sampai dr Okinawa. hari ni jalan2 town dia, makan2 udon ngan dessert shirokuma(tokuchou kat cni ni..)hehe.hari ni hujan so x best sgt nk jalan2. tp town dia cantek gak, cam bandar lama ngan bangunan2 yg cantek. mlm tu lepak2 umah, layanan kat kagoshima mmg tip top ah, ada hidangan nasik beriyani lagik. hihi thanx!


27-02
dah sewa satu van besar, kitorang gi Sata Misaki (tempat paling selatan kat Jepun) ngan Sakurajima. I really love the view. sangat cantek!! Subhanallah. nak pegi Sata Misato tu naik feri, pastu lalu di tepi2 pantai yg sangat biru dengan hari yang cerah. Kat Sakurajima pun cantik gile! tp xde la naik sakurajima tu, just tgk dr bwh je. Mlm tu gi makan maguro ramen.ni la fes time mkn ramen kt nihon nih. hehe cam megi lak mee dia rupanya. then, gi men2 kat Round 1.natsukashi ne main2 bola. n not to forget that was my first time roller blading.heee.. really enjoy that moment. .
sata misaki
sakurajima


28-02
kitorang gerak ke Kumamoto ngan shinkansen. nape naik shinkansen? sbb kalau naik tren biasa pun kurang brape je pun ngan lama lak masanya. naik tren biasa dah dlm 4sen lebih, naik shinkansen lak dalam 5sen gurai je. sampai je Adilah dah masak lunch.thanx adilah! Hari fes kat Kumamoto just jalan2 sendiri kat Shimotori ngan Kamitori. dinner mkn indo ryouri kat kamitori tu.

29-02
Hari ni gi Aso. kalau pegi kumamoto tp x gi Aso x sah la kata orang. Aso ni satu gunung berapi ngan lubang api dia terbesar kt dunia. (世界一の火口)lava kat tengah tu kaler hijau datte. tapi x dapat lak tgk sebab asap byk sangat hr tu. sejuk gile naik atas tu sebab stil ada yuki lagik. View kat kawasan ni pun cantik sangat. pastu gi Aso Milk Farm kat bwh2 nih. cheese kek kat c2 sedap tp x beli pun just gi merasa2. huhu. bila balik, makan Indo ryouri (また?) yg nikman susume.hihi. pastu ikut senpai tu gi kumamoto dai. thanx to nikman sbb jadiktourist guide yg baik. pasni jadik la dak Mie lak ye!;p
not forget to say, dlm byk tempat gi kyushu ni, Kumamoto sejuk gile, malam sampai x leh tdo wpun dah bukak danbou sebab sejuk sgt! im stil wondering that amirul leh lak jalan2 pakai short semalam. hohoho.

01-03
Hari ni gerak dari Kumamoto ke Nagasaki ngan feri.Atas feri tu kejap je pun, bebudak ni dok wat taisou atas feri. (bagus2. huhu) sampai nagasaki eki, Dera bawak makan Indo ryouri gak. kat Nagasaki ni byk church sbb kristian cam kuat kat cni. naruhodo dia nye omiyage cam byk mende2 church. pastu gi Nagasaki Atomic Bomb Museum(amik gambar kat luar je pun. hihik), then jalan lagik gi tempat yg kena bomb dulu tu. ikut yg tertulis kat situ, tempat tu kena bomb 09/08/1945 pkl 11:02. masa perang dunia kedua dulu. aktiviti apa lagik kat cni, amik gambar je byk2. hehe.pastu dekat2 tu ada Heiwa Kouen,lepak2 situ je sebelum gi men bowling. =)

02-03 kitorang pegi Huis Ten Bosch, lagi tempat menarik kat Nagasaki ni. luckily, tulip matsuri dah start semalam. kena ngan namanya, tempat ni ala2 kat Holland sebab ada byk kincir angin. dapat tgk tulip yg mcm2 kaler tu, sgt cantek!! tgk bunga2 br rs cam spring. huhu. dera x ikut sama sbb dia kena masakkan untuk soubet senpai dia mlm ni. pastu balik dr Huis ten Bosch gi soubets Nagasaki. segan gile, tapi rezki jgn ditolak. hoho. sangat kandou ngan org2 nagasaki sbb layanan yg sangat baik. time kasih byk2.. pas soubet tu, gi Inasayama. Dari atas bukit tu bleh tgk satu bdr Nagasaki. cantik tgk lampu2 dr atas tu!

03-03
gerak dari Nagasaki ke Saga. Saga ni just pegi singgah je la lebih kurang. sampai tghr tu Hatim bwk gi makan indo ryouri pastu gi Saga Jyou. then lepak2 umah dia je,sementara tunggu densya pkl 8 ke Fukuoka. omg! Hatim so kakkoi la skang. kuat gosip gak nampaknya bdk ni. dulu cam pemalu je..haha. sweet je ngan Dera. tren pkl 8, sampai fukuoka si fiq ngan senpai dia amik kat eki pastu kitorang makan kt Joyfull.=)mlm ni tumpang tdo umah senpai fukuoka ni. besar gile ngan yachin nya 3000 je sebulan. umah luas gile ada 3 bilik dok sorang, tapi toilet, chotto..scary!

04-03 Hari ni jalan2 kat Fukuoka Tower ngan Fukouka Yahoo Dome,Hard Rock Cafe Fukuoka. hari hujan, x best nak jalan2, gambar pun sket je. sorry my dear frens, i wasn't in good mood that day. maaf sangat sian diorang risau2 pasal aku tp aku x pedulikan pun diorang. huhu. gomenne. warukatta. tp siyesly ms tu xde mood sgt, rs nak balik mie je terus..
mlm tu yuki turun banyak gak.

05-03
hari ni abes la trip ke Kyushu. gerak ke honshu lak. sampai kat Simonoseki(bahagian paling selatan kat Honshu), berpisah ngan dayah, amir ngan amirul. aku , mimi, ida ngan adil teruskan perjalanan kitorang ke Tottori. lama gile dlm densya. naik 18 kippu lak tu. mak aiii penat gilo. pkl 9 lebih br sampai Tottori. cik hudda yg jemput pastu dia masakkan mee goreng. hehe thanx hudda..sedap gile!

06-03
kat Tottori mestila nak gi Tottori sakkyu. kat nihon pun ada padang pasir tau! luas gak la..naikbukit pasir tu, turun je ada pantai! cantik!! hudda ckp kat sabaku ni masa natsu ada aktiviti luncur atas pasir. ala, cam snowboard tu la, tp main atas pasir, ngan board dia lagik pendek. kat laut kt situ gak org surfing. ombak kuat kot..katanya, pasir2 kat c2 dibawak angin dari China, lama2 dia berkumpul kat situ, jadila padang pasir cam hari nih. siap ada oasis lagik,unta pun ada..tp nak naik / gambar kena bayar mahal gila! petang tu pkl 6 kitorang gerak naik bas ke Okayama. Okayama cam bandar gak..cam sebok je kt eki tu..mlm tu ammar masakkan ayam masak merah as for our dinner. thanx for the delicious dinner n sorry gak sbb dah kotorkan karpet umah diorang ngan air kunyit. haha. gomenne..

07-03
hari ni jalan2 Okayama Kourakuen, ada Jyou gak kat situ. sakura kat sini dah start nak kuar bunga dah. hehe suka nya! pastu gi makan buffet kat satu kedai india-thai nih. murah 800 yen je!

08-03 balik Mie!

kesimpulan yg dapat dibuat..
-kyushu to ieba..Indo Ryouri??? hohoho
-orang2 kat kyushu sangat lah baik hati ngan peramah compare to orang2 kat honshu nih.
-yang pasti nya, sy sgt suka jalan2 ngan kawan2 sy yg sangat lah best. hehe.
dan pastinya sy akan rindu kamu semua! muahh
- 良い旅だったね。。。いい記念になりました。。





Monday, February 18, 2008

Arkitek Islam disaran tak taksub teknologi Barat (artikel asal)

ARKITEK dan jurutera Islam seluruh dunia diminta supaya tidak terlalu taksub dengan teknologi dan reka bentuk moden dari Barat dalam rekaan bangunan mereka kerana dibimbangi akan membantutkan perkembangan seni bina Islam.

Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Pembinaan, Universiti Al-Azhar, Prof Dr Usamah Al-Rawi, berkata perkembangan seni bina kontemporari di negara Islam terlalu dipengaruhi kesenian Barat sehinggakan seni bina Islam semakin terpinggir dan tenggelam.

"Bukan mahu menghalang terus kepakaran dan kesenian Barat, tetapi ia hendaklah digunakan secara sederhana dan tidak terkeluar daripada ciri Islam.

"Ini kerana timbul masalah di kalangan generasi baru apabila mereka tidak tahu asal-usul sehingga terlupa kegemilangan tamadun Islam yang pernah dikagumi dunia pada satu masa dulu kerana seni bina masa Islam kini semakin terpisah daripada syariat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja yang bertajuk Sumbangan Warisan Islam Terhadap Ketamadunan Islam, di sini semalam.

Lebih 1,000 ilmuan Islam menghadiri majlis empat hari bermula Khamis lalu sempena persidangan Multaqa Sedunia Alumni Az-Azhar 2008 yang bertema 'Pendekatan Islam Hadhari, Di Antara Warisan dan Cabaran Semasa' yang berlangsung empat hari yang akan berakhir hari ini.

Usamah berkata, generasi arkitek Islam pada masa dulu mendapat ilham daripada alam sekitar serta imaginasi berasaskan syariat Islam dan bijak dalam menggabungkan unsur Barat dan Islam pada rekaan mereka dengan tujuan menyerlahkan elemen Islam pada bangunan itu.

"Arkitek dan jurutera Islam juga perlu mengurangkan pergantungan kepada teknologi komputer ketika mereka cipta bangunan kerana kaedah itu dilihat dapat mengurangkan kehalusan dan keaslian ciri Islam pada sesuatu bangunan yang direka.

"Saya tidak menggalakkan penggunaan komputer dalam melukis pelan atau dalam bidang kejuruteraan, tetapi lebih suka menggunakan cara lama seperti zaman dulu untuk mendapatkan hasil seni reka yang kompleks dan halus," katanya. Beliau berkata, senario pergantungan kepada teknologi program komputer sekarang sangat menyedihkan kerana ia tidak dapat menzahirkan kesenian Islam sebenar.

Katanya, hakikatnya seni bina Islam turut menyumbang kepada kemajuan negara Barat kerana mereka juga mengkaji kehalusan dan keaslian struktur seni bina Islam yang berlandaskan kekuatan rohani dan jasmani masyarakat Islam ketika dulu yang terbukti mampu bertahan lama.


Thursday, February 14, 2008

bila pening pk examS

1.Apakah nama kamu?
liyana

2 . Manakah anda belajar semasa tingkatan 3?
SMSTSSS

3. Tahun apakah anda belajar di
tingkatan 3?
2001

4. Siapakah guru bahasa inggeris kamu?
eh ni soklan2 form 3 ke aa.puan shorga kalo x salah. cam byk je cikgu english nih.
yg form 4-5 stil ingat mr tawfet,miss jam,cik latifah,cik rosmawani. wahh byk gile cikgu, tp x pandai pun english. huahuahua

5 . Siapakah guru bahasa melayu kamu?
puan jamilah(miss her)

6. Siapakah guru pendidikan moral kamu?
xde

7. Siapakah guru matematik kamu??
puan chan bee yong

8. Siapakah guru bahasa arab kmu??
ustaz aziz

9 . Siapakah guru geografi kamu?
cikgu md anis

10. Siapakah guru sains kamu??
cik afizah

11. Siapakah guru pendidikan islam kamu??
ustazah norhana

12. Siapakah guru sejarah kamu?
puan maznah

13. Anda pernah dimarah semasa
perhimpunan?
xpenah kot, sy kan budak baik. =P

14. Pernah menyanyi lagu sekolah?
sapa yg x penah?

15. Luaskah sekolah anda?
luas kat padang je kot. tp bleh la nak jalan2 amik angin..

16. Pukul berapakah anda selalu tiba di sekolah?
beberapa minit sblm ke perhimpunan

17. Hari manakah yang anda paling suka?
hari sabtu, bleh outing balik umah. =P

18. Tandas sekolah anda bersih kah?
kadang2 bersih, kadang2 x bersih. huh

19. Pernah dipukul oleh pengetua sekolah?
mestilah tidak! hehe

20. Anda suka subjek PJK kah?
suka. tp leceh sbb kna salin2 baju pastu ada kls pastu.

21. Apakah kelas anda semasa tingkatan 3?
Intelek

22. Bersihkah sekolah anda?
ok la gak

23. Tempat manakah yang anda duduk dalam kelas?
masa form 3 jadik guard pintu.

24. Adakah anda rindu kepada kawan anda dalam kelas?
sangat2

25. Apakah perasaan anda sekarang?
sedih.down.stress sbb exam. bila wat survey ni, ingat kat SOKSEK!!!

26. Nasihat anda kepada mereka yang masih bersekolah?
jgn ketegaq