Pages

Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Sunday, January 11, 2009

DI MANA PEDULI KITA?


Maksudnya:
Ya Allah ,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu
di batang-batang leher musuh-musuh kami
Dan kami berlindung dengan-Mu
daripada kejahatan mereka

Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,
pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka,
Goncangkan pendirian mereka
dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa
Wahai tuhan yang Maha menghukum
Wahai tuhan yang bersifat murka

YA ALLAH
YA ALLAH
YA ALLAH
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
wahai tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai tuhan yang mengalahkan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka
Kalahkan mereka
Kalahkan mereka
dan menangkan kami ke atas mereka

AMEEN

Sunday, October 12, 2008

Doa

Ketika aku mohon kekuatan,
ALLAH memberikan aku kesulitan sehingga aku kuat
Ketika aku mohon kebijaksanaan,
ALLAH memberikan aku masalah untuk aku pecahkan

Ketika aku mohon kesejahteraan,
ALLAH memberikan aku akal untuk berfikir

Ketika aku mohon keberanian,
ALLAH memberikan aku bahaya untuk aku atasi

Ketika aku memerlukan cinta,
ALLAH memberikan orang bermasalah untuk aku tolong

Ketika aku mohon bantuan,
ALLAH memberikan aku kesempatan

Ketika aku tidak pernah menerima apa yang aku minta,
aku menerima apa yang aku perlukan

-Imam Al-Ghazali-

Wednesday, July 30, 2008

live life to the fullest

Biar kepahitan itu pergi agar kemanisan mengisi

Biarlah kekecewaan berlalu agar kegembiraan mewarnai

Biarkan kegelisahan lenyap jangan kita hilang semangat

Biar penderitaan itu menyapa agar kekuatan kita jana semula

Biar rebah, jangan berubah,

Biar terbuang ,terus berjuang

Hidup ini indah jika segalanya kerana Allah

source:unknown

Saturday, July 26, 2008

KALAU TAK SUKA,PULANGKAN!

my senpai forwarded this story to me last few month.i cried everytime i read this. =(
it's a lil bit long but it worth a reading..

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah.Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj.
"Horey! Papa balik!!" Kelihatan anak-anakknya berlari mengiringi keretanya.
"Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya. Anak-anak termangu.Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
"Aimin bawa adik ke belakang" Arahnya pada anak yg sulung.
Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak.Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.
"Papa penat.Aimin bawa adik mandi dulu.Mama siapkan minum petang.Lepas minum Papa mesti nak main bola dgn kita", pujuk Laila.

Dia yg mendengar di ruang tamu hanya mendengus.Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi.Dia bangun

"Hah!! Main air.Bil bulan ni Papa kena bayar dekat seratus.Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!", sergahnya.Suara yg bergema mematikan tawa anak-anaknya.
"Asal saya balik rumah mesti bersepah.Kain baju berselerak.Apa awak makan tidur jer ke dok rumah?" Sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.
"Anak-anak Papa. Diorang yg main tu.Takpe nanti Mama kemas.Papa minum yer. Mama dah siapkan kat taman",Balas isterinya lembut.
"Fail saya kat depan tu mana?"
"Mama letak dalam bilik takut budak-budak alihkan"
"Boleh tak awak jgn usik barang2 saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Herdiknya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.

Suasana sepi kembali.Dia menarik nafas berat.Terasa begitu jauh berbeza.Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya.
Laila...Keluhnya,akhirnya dia terlena di sofa.

"Saya nak out station minggu depan."
"Lama?" Soal Laila
"Dalam seminggu."
"Cuti sekolah pun lama.Mama ikut boleh?"
"Budak-budak?" Tanyanya
"Ikut jugalah" jawab isterinya lembut.
"Tak payah! Susah nanti.Macam-macam diorang buat kat sana. Tengok masa kat Legacy dulu tu"
"Masa tu Amirul kecik lagi", balas Laila.
Wajahnya sayu.Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yg dibuat.Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku.Lagipun apa sangatlah harganya pinggan tu, malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi.
"Bolehlah Pa!Lama sangat kita tak ke mana-mana"
"Nak jalan sangat,Sabtu ni saya hantar awak balik kampung". Muktamad!

Demikianlah seperti kata-katanya.Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di perkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.
"Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi ke kamu!"
"Manalah saya ada masa" Jawabnya kelat.
"Takpe pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik", balas bapa mertuanya
Dia tersentak dari khayalannya. 'Kalau tak suka pulangkan balik!'
Kata-kata itu bergema difikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan¡Ä bukan tak suka, malah dia tetap sayangkan sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma...
"Mizi, makan!" Panggil ibunya yg datang menemaninya sejak seminggu lalu.
"Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah."

"Papa! Makan!"Jerit Aiman, anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya.
"Tak boleh panggil Papa elok-elok. Ingat Papa ni pekak ker?" Jerkahnya
Aiman menggaru kepalanya yg tak gatal. Pelik! Kenapa Papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.
"Awak masak apa?"tanyanya pada isterinya.
"Mama masak sup tulang dengan sambal udang!"jawab Amirul memotong sebelum sempat Mamanya membuka mulut.
"Takder benda lain ke awak boleh masak?Dah,saya tak nak makan.Hilang selera!"
"Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan.
"Keluar!"
"Mama dah masak Pa!"
"Awak saja makan!"
"Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah Ma!"
Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan.Sekadar memerhati langkah Papanya keluar dari ruang makan.
"Kenapa sekarang ni Papa selalu marah-marah Ma?"Soal Aimin sambil menarik pinggannya yg telah berisi nasi.
"Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan"
"Abang tak suka tengok Papa marah-marah"
"Adik pun sama. Bila Papa marah muka dia macam gorilla kan?"
Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yg lain. Laila menjeling. Hati kecilnya turut terguris. Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa dia? Laila sendiri bingung tak faham.
Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.

'Laila..'serunya perlahan.
"Sudahlah tu Mizi! Janagan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak tolak. Bawak-bawak beristighfar. Kalau terus macam ni, sakit kau nanti",kata ibunya yang muncul tiba-tiba.
"Sunyi pulak rumah ni mak"
"Lama-lama kau biasalah"
Airmatanya menitis laju. 'Kalau tak suka, pulangkan!' Dia rasa terhukum.
Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka, Kehilangan yang amat sangat.
"Papa beli apa untuk Aiman?"Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.
"Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu"
"Tak ada lah",balas Aiman
"Ingat Papa ni cop duit!!?" Keras suaranya¡Ä
Aiman termangu, dia berlalu mencari Mamanya di dapur.Seketika kemudian rumah kembali riuh dgn telatah anak-anak lelakinya yg bertiga itu mengiringi Mama mereka yg sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.
Wajah Laila direnungnya.Ada kelainan pada raut itu.
Riaknya tenang tapi ada sesuatu yg sukar ditafsirkannya.
"Awak tak sihat ker?"
Laila tersenyum.Tangannya pantas menuang air ke cawan.
"Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi", Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.
Shamizi tersenyum.Jemari isterinya digenggam erat.Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai.Aiman tercegat.
"Tengok! Apa saja yg kamu buat.Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!",Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan.
Baju Mamanya dipegang kejap.Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis.Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu.Laila cuba menahan tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi.Aiman dipukul lagi.Amirul menangis dan Aimin mendapatkan mamanya.
"Perangai macam beruk!Tak pernah buat orang senang!"
Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya.Airmata mereka bersatu.Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.
"Cukuplah Pa.Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan"Ujar Laila perlahan.
"Macammana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya?Tengok anak orang lain ada macam ni?Anak kak Long tu tak pulak macam ni.Panjat sana,kecah barang,gila ke apa??!!" Bebelnya kembali.

Shamizi meraut wajah.Bukan kepalang salahnya Aiman pada dia.Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya.Ada saja salah Aiman di matanya.Ada saja yg kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri.Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yg bukan-bukan terhadap mereka.

"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni" Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang.
Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah.
"Celaka betul!"Sumpahnya sambil menhempaskan akhbar ke meja.
"Abang!!!!!!" Jeritnya menyinga.
"Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!"Getusnya kasar.
Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti.Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja.Laila berubah.Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh.Tak ada lagi cerita Amirul di tadika.Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang dalam sukan di sekolahnya.Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.
Shamizi terasa puas hati.Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.
"Pak Ngah,Eddie nak balik!"Shamizi terpana.Dia menggangguk.
"Kak Long balik dulu Mizi.Sudahlah!Kamu muda lagi.Cari pengganti"alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu yang serupa seperti Laila.Laila tak ada yang kurang,cuma dia yang tak pernah puas hati.Laila tak pernah merungut.Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka,Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri.Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak utk mendapat gred yg lebih baik dari A.
"Laila" dipanggil isterinya.
"Papa nak ke mana hensem hensem gini?"
Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat.
"Wangi wangi lagi. Dating yer?"
"Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan makan untuk staff" ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.
"Ikut boleh?"tanya Laila lembut sekali
"Dia tak ajak family.Staff only!"terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain.Kali ini dia akan pergi ke jamuan tu dgn Helmi.Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina.Staff yang masih muda dan bujang.
"Dalam setahun Papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami"
"Leceh kalau ada budak-budak.Bukan tau duduk diam,lari sana sini,panjat itu ini"
"Papa pesanlah"
"Nantilah besar sikit"dalihnya
"Kalau tunggu besar takut takder peluang.Nanti diaorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun"
"Lagi senang.Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas jer."Laila terdiam
"Namanya budak-budak.Anak-anak Papa tu lelaki"
"Saya pergi kejap jer.Lepas tu terus balik"
"Mama nak tanya sikit boleh?"Dia mengangguk
"Bos tak pelawa atau Papa malu nak bawa Mama dan anak-anak?"
Mereka dia tinggalkan di rumah.Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama.Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal.Semeja hidangan utk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik tarik kain alasnya.
"Never mind.Budak-budak memang macam tu.Kalau tak lasak tak cerdik"ujar Mr Kwai,tuan rumah.
Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu.Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran.Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang mengata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila.
Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya.Bimbang jika dikatakan Laila tak sepadan dengan dirinya.Dia lulusan luar negara sedangkan Laila cuma perempuan kampung.Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain.Betullah jangkaan Laila, dia malu utk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada raka-rakan.

'Kalau tak suka, pulangkan!' Kata-kata itu semakin keras di fikirannya.

Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki hamun sebelum ke sekolah.Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja.Berangnya tiba-tiba menguasai diri.Kepala kedua-duanya dilagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dgn perkelahian.

"Kamu semua ni,kalau macam ni daripada ada, elok tak ada, meyusahkan!!!"

Laila merenungnya dalam.Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu.Laila juga tak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin kereta utk menghantar anak-anak ke sekolah.Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya.Dia terus menghadapi sarapannya.
Sejenak dia terpandang hidangan utk anak-anak yang tak bersentuh.Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah.Bekal di dalam bekas tidak diambil.Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa.

'Kalau tak suka, pulangkan!'

Kali ini dia benar-benar menangis.Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu.Hari-harinya tak lagi diganggu dgn gelagat anak-anak.
Rumah terus sunyi dan sepi,tetapi dia tak dapat tidur lena.Di halaman belakang hanya ada kenangan.Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan.Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak kedengaran lagi.Dia mula dihambat rindu.Hanya ada kesunyian di mana-mana.Hanya tinggal bola yg terselit di rumpun bunga.Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila...

Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.
Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah.Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju.Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal lahir dua bulan lagi
Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah pucat lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah.

Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu.Lapuk bagaimana pun di pandangan, harganya tak terbanding dan kerana keengganannya,Laila dipulangkan.

Monday, February 18, 2008

Arkitek Islam disaran tak taksub teknologi Barat (artikel asal)

ARKITEK dan jurutera Islam seluruh dunia diminta supaya tidak terlalu taksub dengan teknologi dan reka bentuk moden dari Barat dalam rekaan bangunan mereka kerana dibimbangi akan membantutkan perkembangan seni bina Islam.

Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Pembinaan, Universiti Al-Azhar, Prof Dr Usamah Al-Rawi, berkata perkembangan seni bina kontemporari di negara Islam terlalu dipengaruhi kesenian Barat sehinggakan seni bina Islam semakin terpinggir dan tenggelam.

"Bukan mahu menghalang terus kepakaran dan kesenian Barat, tetapi ia hendaklah digunakan secara sederhana dan tidak terkeluar daripada ciri Islam.

"Ini kerana timbul masalah di kalangan generasi baru apabila mereka tidak tahu asal-usul sehingga terlupa kegemilangan tamadun Islam yang pernah dikagumi dunia pada satu masa dulu kerana seni bina masa Islam kini semakin terpisah daripada syariat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja yang bertajuk Sumbangan Warisan Islam Terhadap Ketamadunan Islam, di sini semalam.

Lebih 1,000 ilmuan Islam menghadiri majlis empat hari bermula Khamis lalu sempena persidangan Multaqa Sedunia Alumni Az-Azhar 2008 yang bertema 'Pendekatan Islam Hadhari, Di Antara Warisan dan Cabaran Semasa' yang berlangsung empat hari yang akan berakhir hari ini.

Usamah berkata, generasi arkitek Islam pada masa dulu mendapat ilham daripada alam sekitar serta imaginasi berasaskan syariat Islam dan bijak dalam menggabungkan unsur Barat dan Islam pada rekaan mereka dengan tujuan menyerlahkan elemen Islam pada bangunan itu.

"Arkitek dan jurutera Islam juga perlu mengurangkan pergantungan kepada teknologi komputer ketika mereka cipta bangunan kerana kaedah itu dilihat dapat mengurangkan kehalusan dan keaslian ciri Islam pada sesuatu bangunan yang direka.

"Saya tidak menggalakkan penggunaan komputer dalam melukis pelan atau dalam bidang kejuruteraan, tetapi lebih suka menggunakan cara lama seperti zaman dulu untuk mendapatkan hasil seni reka yang kompleks dan halus," katanya. Beliau berkata, senario pergantungan kepada teknologi program komputer sekarang sangat menyedihkan kerana ia tidak dapat menzahirkan kesenian Islam sebenar.

Katanya, hakikatnya seni bina Islam turut menyumbang kepada kemajuan negara Barat kerana mereka juga mengkaji kehalusan dan keaslian struktur seni bina Islam yang berlandaskan kekuatan rohani dan jasmani masyarakat Islam ketika dulu yang terbukti mampu bertahan lama.


Friday, January 11, 2008

suka VS cinta

amik from buletin kat frenster =)

Di depan orang yang kamu "cinta", jantungmu akan berdebar-debar dengan cepat.
Di depan orang yang kamu "suka", kamu akan selalu bahagia. Di depan orang
yang kamu "cinta", musim dingin serasa musim semi.
Tetapi di depan orang yang kamu "suka" musim dingin sama saja dengan musim dingin yang indah.

Jika kamu melihat ke dalam mata orang yang kamu "cinta", maka kamu akan bertemu.
Tetapi jika kamu melihat ke dalam mata orang yang kamu "suka",maka kamu akan tersenyum. Di depan orang yang kamu "cinta", kamu tidak akan dapat mengungkapkan apa yang ada di
benakmu.
Tetapi di depan orang yang kamu "suka", kamu dapat mengungkapkannya.
Di depan orang yang kamu "cinta", kamu cenderung malu.
Tetapi di depan orang yang kamu "suka", kamu bisa menunjukkan diri kamu yang sebenarnya. Orang yang kamu "cinta", biasanya akan muncul di benakmu setiap 2 minit.
Kamu tidak akan dapat menatap langsung ke mata orang yang kamu cintai.
Tetapi kamu akan selalu tersenyum jika menatap mata orang yang kamu suka.

Ketika orang yang kamu cintai sedang menangis, kamu akan ikut menangis bersamanya.
Tetapi jika orang yang kamu sukai menangis,kamu akan mengakhirinya dengan kelegaan. Perasaan dari "cinta" dimulai dari tatapan mata.
Dan perasaan"suka" dimulai dari pendengaran telinga.
Jadi, jika kamu berhenti menyukai seseorang, yang harus kamu lakukan adalah menutup telingamu.

Tetapi jika kamu mencuba untuk menutup matamu, cinta akan berbalik menjadi
titisan air mata dan akan selalu berbekas di hatimu selamanya...

Wednesday, November 14, 2007

quote

ALLAH did not promise days without rain,
laughter without pain,
But,
HE did promise strength for the day ,
comfort for the tears
and light for the way

Thursday, November 1, 2007

senyumlah =)

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki , Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"