Pages

Friday, February 12, 2010

Final Exam is in front of the door

esok secara rasmi start la final exam untuk semester ni.


untuk berjaya, berusaha + berdoa +bertawakkal
.

tapi mesti la berusaha dan berdoa bersungguh-sungguh dulu. tak boleh bertawakkal sebelum usaha.itu macam salah konsep. mintak pada Allah supaya diterangkan hati, dikuatkan akal fikiran, tak mudah lupa, yakin diri, hilang rasa was-was yg datang dari syaitan tu, kurang perasaaan berdebar-debar..

cakap pasal berdebar-debar ni, aku macam nak share satu doa ni yang dulu aku terjumpa masa tengah cuak2 nak buat presentation dulu. pertolongan dari Allah.

doa ni aku rasa untuk berdebar-debar yang macam tak sedap hati, hati tak keruan..tapi apa salahnya kita aplikasikan dalam situasi kita ni kan.
bagus untuk amalan kita sebenarnya. untuk sesapa yang tengah nak final happyou tu, mungkin membantu. InsyaAllah ,dengan izinNya.

sebenarnya aku dah hilang fokus, tengah sakit perut. sungguh tak cool bila PMS time nak start exam ni.sebab tu tetiba aku macam tertulis kat sini.tapi tak pa, sakit2 ni kalau dilayan dia menjadi mengada-ngada.(aku je la kot)

ok, renung-renungkan dan selamat beramal. =)

Wednesday, February 10, 2010

makizushi

salam.

mari menambah entry pasal makanan. haha. akibat kemalasan, tapi nak makan jugak.
so semalam, buat la makizushi ni. makizushi ni rolled sushi, dibalut dengan seaweed.
sebab tak payah nak pi dapoq nak masak2.tapi aku tak guna pun buluh penggulung sushi tu pun, just gulung terus ja, nasib baik menjadi. hehe. tapi dalamnya cuma timun dan furikake. tak menarik langsung.
tapi ok la, setakat nak makan sendiri, apa nak kisah ;) .
pastu aku tak malu nak tayang kat sini hasil yang comot dan hodoh ni.
tapi alhamdulillah, rezeki....
pastu satu roll mana cukup, amik nasik bulat kecik2 golek dalam furikake. senang boleh terus ngap. dah cukup rasa sebab furikake aku beli ada perisa ikan, telur, sayur etc. so, all in 1 la kiranya ni. ;p
ok tu saja penambahan terhadap entry makanan. dah nak jadi blog makanan, resipi je takdak nak cukupkan syarat.


nurliyana: aku nak exam jumaat ni. yeay!! (??) .mari menunaikan tanggungjawab!

--> feel good dapat bercakap ngan aisha chan. =) hilang tensi jap untuk hari ni. tenkiu dear! genki de ne..

Monday, February 8, 2010

Nattou

sekarang macam nak try macam-macam, termasukla makanan yang dulu aku rasa aku TAKKAN makan.
NATTOU.

Nattou ialah kacang soya yang diperap.(untuk lebih informasi sila google sendiri plis) . Nattou dah dimakan di Jepun lebih dari 1000 tahun, disebabkan ia kacang soya, khasiatnya takyah cakap la, mesti la kaya dengan protein. sangat bagus untuk kesihatan i tell you. cuma rupa dan bau dia yang buat orang susah nak makan. tapi takyah la cium2 dekat2, makan saja.

jadi hari selasa lepas, aku first time nak try makan nattou ni. nak gak rasa macam mana.boleh jawab dengan pengalaman sendiri bila orang tanya. taktau la camna tetiba aku boleh rasa nak makan nattou ni. agaknya asyik tengok kakak kat hostel ni, tiap2 hari makan nattou kot. ;p

so, untuk kesan psikologi, pilih packaging paling comel skali kat supa tu. kadang-kadang kena menghakimi buku dari luarannya jugak.

sebelum melihat isinya, lihatlah kecomelan watak disney ini


haa ni la nattou.
campur shouyu (japanese soy sauce) dan kacau sampai bercampur macam ni.
amacam? haha. lendir yang agak menggelikan.

tapi nak jugak try, so makan dengan nasik macam japanese selalu makan masa breakfast.
esoknya pulak, buat goreng tepung. masukkan nattou tu dalam freezer pastu goreng.
rasa sebijik macam tempe goreng tu. ye la dah memang sama kan asal usul dia.

buat juadah berbuka puasa dengan puding roti ni.

kesimpulannya, rasa nattou untuk aku tak la seteruk rupa dia. nak kata sedap, biasa2 je kot. boleh je makan. baru first time makan kan. kalau nanti malas sangat nak masak, tapi nak makan jugak, tapi nak diet jugak, makan je nattou ni.

lately semua entry bercirikan makanan. tak masuk lagi la orang belanja makan buffet, BBQ rusa semua lagi. haha. pasni agaknya blog peribadi bertukar menjadi blog makanan. -_-

ok, hari jumaat ni final exam. aja aja fighting!

Monday, February 1, 2010

Nasi Lemak

nasik lemak untuk berbuka hari ni.
dah lama nak buat tapi tak terbuat-buat.
pastu kehabisan beras sejak sekian lama.
so, hari ni beli beras, terus buat nasik lemak.
dah dapat scholar kan, takkan nak makan megi lagi kot.
makan la makanan berkhasiat dan penuh lemak ni.

papadom tu goreng jugak sebab siang tadi upload gambar makan kat IndoMura tu,
so macam tergugat.rupanya tinggal 2 keping je.

indianfoods

dah 4 tahun bermastautin kat Mie, ni baru first time pi makan kat kedai ni.
takpe la, xde orang nak bawak pi kan.
so, alang2 dah keluar, aku ngan kak baity pun pi la berusaha cari jalan pi kedai ni. ;)
cam biasa kalau pi kedai india, mesti ada kari +nan
tandoori +kabab
nan cheese yang besar macam piza saiz L tapi 500yen je
jangan dilupa PAPADOM. tak feel india aa x makan. haha

ini share 2 orang makan sampai kenyang gile.
Deluxe course dia mmg banyak. nampak sikit, tapi bila makan kenyang gila.
ada lagi gambar satu roti nan biasa, salad,chicken soup & dessert lupa nak amik gambar.

hari ni puasa tapi macam saja nak upload gambar makanan lazat,
cuba menguji kesabaran la kononnya.