orang kita sebut hubungan jarak jauh. omputih sebut long distance relationship.entah la napa sejak dari dulu memang ditakdirkan cerita cinta aku berupa macam ni kot.tapi aku tak kisah, terbiasa dah pun. mungkin banyak hikmahnya. mungkin kalau aku dok dekat kang, banyak cerita pulak jadi, so aku fikir mungkin ini yang terbaik untuk aku. lagipun bila dok jauh boleh berindu-rinduan. tiap2 hari pun rindu. tiap-tiap hari pun sayang. makin rindu makin sayang. kalau dok jumpak selalu macam mana nak rindu. tak best ah. best woo rindu tu, aku suka perasaan tu. kalau dah jumpak hari-hari susah la nak rindu kan. tak sempat nak rindu,dah terpacul depan mata. (sedapkan hati sendiri.heh.)
sebab tu ada qoute absence makes the heart grow fonder.
tapi sekarang ni jauh bukan halangan lagi. ini zaman semuanya di hujung jari anda.teknologi untuk digunakan. semuanya boleh dibuat di atas talian (ini dari bacaan suratkabar ok, nak translate 'online'). bukan setakat membeli belah di atas talian, malah boleh berdating di atas talian jugak. tengok movie pun boleh bersama2 di atas talian . macam-macam boleh bergayut di atas tali. eh.
erm... kadang-kadang terlintas jugak keinginan nak dating macam orang lain. boleh jalan-jalan tengok movie, boleh jalan-jalan pi taman bunga, boleh tengok sunset sama2,boleh berpiknik, boleh makan-makan sama-sama. tapi, boleh berangan je la. sebab takdirku berdating di atas talian saja. ;p
"baik dok jauh, hang tau kalau dok dekat ni buat tambah dosa ja, asyik dok jumpak ja"nak makan pun sama, nak pi mana pun sama2. tu kawan aku cakap bila aku cakap syoknya dia boleh lunch ngan boipren hari2. hehe. bila aku cakap, aku tak dapat pun jumpak, tengok pun sekali sekala ja. tapi betul jugak apa dia kata tu. kita ni manusia biasa, iman senipis kulit bawang. aku ni lagi2 la.
tapi sebab manusia biasa jugak la aku teringin nak kuaq sama2 jugak. takpa la, dating lepas kahwin lagi masyuk kot rasanya. hakhak. takdak sapa nak marah. kan.

bila cakap kat dia, jeles la tengok gambar orang dating etc. dia cakap, ini jalan yang kita sendiri pilih dan ni jalan yang diaturkan untuk kita. lain orang lain caranya. kita pilih, kita lalu.
ok, betul. tapi aku kan ketegaq. nak jugak jeles. tambah-tambah bila kena mood yang tak seronok ,kena pulak time bulan mengambang, aku tengok gambar orang dating2 pun aku boleh nangis. macam hari ni .eh macam terlanjur kata pulak. sebab hari ni aku macam terasa jauh sebab dia pi outstation. padahal sama ja dia dok umah ka, dia pi mana pun aku still tak boleh jumpak pun. haha. kadang2 rasa macam tah apa-apa.
aku tetap aku lah.
apa-apa pun, jarak jauh atau dekat, masing-masing ada pro & kontra. terpulang pada hati masing-masing. cinta dan setia itu yang penting. tapi kena beringat, jangan terlalu taksub dengan cinta sesama manusia sampai melebihi cinta kepada yang paling utama. cinta pada Allah.
nak sambung nangish ke tak ni? huh. titon lagi best kot.
salam. oyasumi. daaa~~~

2 komen:
'dating lepas kahwin lagi masyuk'
stuju2...haha...like 1000X
i dah tak sabaq ni nadia. hahaha.
Post a Comment