aku tertarik tengok status kawan sekolah kat facebook, yang sekarang ni jadi penulis buku2 motivasi & pakar motivasi (kot). status dia macam ni:
'Hanya orang busy saja ada masa'
kalau pikir secara directnya, mungkin tak. ye la bila busy, mesti kita asyik cakap takdak masa la, sebok la,tak dan nak buat tu , tak sempat nak buat ni, nak cuti panjang la blablabla.
bila pikir2 balik aku rasa betul gak apa dia ni cakap. ok, sebab apa kita sibuk? mesti la sebab banyak kerja. so kita buat kerja yang banyak tu sebabkan kita sibuk kejar dateline.
kalau banyak kerja tapi tak buat pun, tak sibuk jugak kan?

sebab dari fikiran aku, bila seseorang tu sibuk, dia akan guna masa dia semaksimum mungkin, buat sepantas mungkin, bagi tumpuan sepenuh mungkin. dan bila sibuk jugak
seseorang akan lebih menghargai masa yang ada.kalau lapang sangat , kita banyak buang masa, menjurus kepada buat benda tak berfaedah pastu macam malas2 je keja. bila buang masa, sama je la ngan takdak masa. bukan ke?
lapang=> buang masa=> takdak masa
ni pendapat aku la. kalau salah, abaikan saja.
huh, tetiba je nak cakap pasal sebok2 ni. sikit2 aku rasa macam rindu jugak nak sibuk2. bengong. haha. sebab rasa macam banyak masa terbuang. 7 kelas tu bukannya sikit, tapi sebab aku penuhkan semua dalam 3 hari, so kelas 3 hari seminggu. lagi 2 hari tu apa ja aku buat. rasa macam takdak hasil. setakat nak tengok movie / beli barang2 dapur, tiap2 hari pun boleh.bila sibuk macam-macam teringin nak buat, konon2 nak try masak ni, buat experiment kat dapur la, nak jalan2 amik gambar la, nak beli mesin jahit la kembali blajaq menjahit, nak buat tu nak buat ni, tapi bila tak sibuk, tak buat pun.tambah2 fulus tak mengizinkan. hampeh.
tu tak bersyukur la tu namanya. (sedaq pun diri. ;p) ok, ni untuk diri sendiri. kamu jangan terasa. aku tulis untuk muhasabah diri. huhu. sebab tengah nak memanaskan diri dengan shiken benkyou.
sebab masa yang tak sibuk sangat ni terjadi masa winter, memang la jadi satu alasan tak mau buat aktiviti luar. sejuk sangat nak keluar. kalau summer, boleh tiap2 hari morning walk pegi pantai ke, ambik2 gambar , jogging gurai. tapi bila dah cuaca macam ni kalau boleh 24/7 nak dok dalam selimut je la.
Tapi sekarang dah kena jadi busy. lagi 2 minggu nak final exam.
bila dah last2 ni biasala report pun banyak, nak kena study lagi.
so, tak boleh nak berperangai macam tak sibuk.
kena jadi sibuk sebab hanya orang sibuk punya masa!
jumbi kena mantap untuk masuk studio balik april nanti. ;p

baca: hisshou = determine to win
p/s: hisshou mode suta-to. yosh, ganbarou!!
gambaran: aku tengah pakai headband 'hisshou' ni macam dalam anime. tapi dok ngadap laptop.bleh blah. ;p
GANBARU ZO! MAKENAI ZO!
updated.

2 komen:
ermmm...
betul juga kan...hanya org busy ada masa....
tak terpikir la plak sebelum nie...
ye la, org da busy, selalu sebut, "sorry, takde masa..." hee
tu la kan, tapi bila bizi byk keja bleh buat. ehhe
Post a Comment