Pages

Sunday, January 17, 2010

Great Hanshin Earthquake

hari ni genap 15 tahun sejak Great Hanshin Earthquake / Kobe Earthquake.
so kat tv banyak la yang brcakap pasal ni. semalam aku tengok pasal experience Kobe Shinbun ( Kobe Newspaper) yang bersusah payah nak keluarkan surat khabar sebab nak bagi infomation kat orang. tapi sebab bangunan Kobe Shimbun terkena jugak, depa ni terpaksa la pi Kyoto Shinbun dengan keadaan cedera nya semua. memang tengok dengan emotional sekali. huhuk.

dia banyak bercerita pengalaman cameraman yang terpaksa ambik gambar kerosakan gempa bumi. ye la, orang dah teruk2 hilang family,hilang rumah semua dok sedih2, boleh lak dia nak kena amik gambar semua. sambil nangis2 nak tekan butang kamera tu. sedih tengok pengalaman orang2 yang kena masa tu masa tengah pergi nak ambik gambar. ada budak tengah cari tulang mak dia yang dah rentung sama sekali. ada 3 beradik yang kehilangan mak tapi kakaknya yang sulung masih gigih study untuk jyuken (exam kemasukan sekolah/universiti). macam-macam la.
highway yang terbalik
hari ni pun ada lagi cerita pasal earthquake ni. segalanya runtuh, terbakar , highway yang terbalik sepanjang 650m, hilang segalanya, trauma. gempa ni berskala M7.2.
dah la jadi pagi2 time sejuk-sejuk, serius tak dapat bayangkan keadaan time tu.
sebab aku yang biasa terasa yang sikit2 ni pun dah rasa gegar gila.

sebagai student Architecture aku memang selalu la 'disuapkan' tengok kesan-kesan kobe jishin ni. bangunan2 semua runtuh, jalan pun jadi berombak2 pastu terbalik, macam-macam la. sejak dari Kobe Jishin banyak law dan syarat-syarat berkenaan structure bangunan diubah.

sekarang kebanyakkan bangunan besar-besar dah ada struktur menyerap/mengurangkan gempa. kalau bangunan baru dilengkapkan dengan menshin kouzou, lebih kurang macam absorber la. kalau ada gempa kuat, kau akan terasa bangunan tu bergerak ke kanan ke kiri macam atas rel tren la. masa pegi lawatan tahun lepas sempat jugak merasa tempat experiment/simulasi untuk gegaran ni. banyak beza bangunan biasa dengan bangunan yang ada menshin kouzou ni. just boleh rasa 1/10 dari kesan gempa. tapi ye la kalau nak jadi, jadi jugak kan. kita usaha je la.
ni menshin kouzou
(gambar masa lawatan ke site satu kondo kat nagoya)

bangunan-bangunan lama yang perlu dijaga macam Tokyo Eki(Tokyo Station) pun memang dah lengkap dengan sistem ni. ni untuk persediaan Tokai Jishin/Nankai jishin?(x sure sangat namanya) pulak kot yang diramalkan berlaku kat Shizouka. gempa yang jadi setiap 100-130 tahun sekali tu dah lepas tarikh ramalan dia. memang bila-bila masa boleh jadi. dah la tak jauh sangat dari Mie ni. kalau terasa gegar2 tu aku memang cuak la dan doa jangan la gempa yang besar2.

ok dah, mari lihat Kobe sekarang.

the busiest port in Kansai
ni kesan yang masih ada di Kobe Port

notakaki: gambar ihsan pakcik google

3 komen:

udda said...

sedih ar tgk cite pasal reporter tue....yg amik gmbr anak tgh cari tulang mak dia..
lagi satu pakcik reporter bila tau otousan dia mati...sedih sgt...

Anonymous said...

tu la hudda kan. sedih gila.. sebak sampai bergenang air mata gak la tgk tv T_T huhu.

zinnia-lyana said...

tu la hudda kan. sedih gila.. sebak sampai bergenang air mata gak la tgk tv T_T huhu.

(ter anonymous plak td)