Pages

Thursday, April 30, 2009

wah SOKSEK masuk paper la!! huhu

i found this link at my classmate, Shahz's facebook wall. it's a news article about my former school which is suddenly the 100 students had the high fever since yesterday

BUKIT MERTAJAM - Asrama Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin (SMSTSSS) di sini umpama wad kuarantin sejak kelmarin apabila ramai pelajarnya tiba-tiba jatuh sakit.

Seramai 100 pelajarnya dipercayai demam dan batuk dengan 50 orang telah dirujuk ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) selepas suhu badan meningkat sehingga lebih 40 darjah celsius.

Dua daripada mereka terpaksa dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.

Mereka yang tidak dimasukkan ke wad, kini dikuarantin dalam asrama sekolah bagi mengelak lebih ramai dijangkiti.

Perintah kuarantin itu dilakukan sebaik sahaja pegawai dari Jabatan Kesihatan HBM membuat pemeriksaan lanjut kelmarin.

Pengarah Pelajaran Pulau Pinang, Ibrahim Mohamad ketika dihubungi malam tadi mengesahkan pihaknya ada menerima laporan 100 pelajar sekolah itu mengalami demam panas tetapi pihak jabatan sendiri masih tertanya-tanya mengenai apa sebenarnya yang berlaku.

"Maklumat awal mendapati ia kes biasa tetapi kita tunggu laporan penuh kerana ingin tahu kenapa begitu ramai boleh demam serentak," katanya.

Beliau bagaimanapun meminta ibu bapa supaya tidak risau kerana keadaan terkawal.

Namun bukan itu halnya kepada sesetengah ibu bapa yang kecewa dan marah apabila tidak dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan.


p/s : bleh la bercuti beramai-ramai

: xde menda nk tulis, ni pun jadila.



2 komen:

che' pa said...

Pengarah Pelajaran Pulau Pinang, Ibrahim Mohamad ---> ni kan pengetua zaman kita...ahahahaha

zinnia-lyana said...

ya ya betoi2. hahaha. ala slalu ja dia kuaq paper la ni. besa la, dah jadi orang besaq. haha