MYSELF=DIRI SAYA
saya bernama Nurliyana binti Muhammad. saya merupakan anak sulung kepada En.Muhammad bin Embi dan Pn Norhayati bt. Yaacob dan merupakan kakak kepada seorang adik lelaki(Mu'az) berumur 21 tahun dan adik perempuan(Farhah) 18 tahun. Saya dilahirkan di Kangaq,perlis tapi menetap di Sbrg Perai (atau lebih specificnya di Pokok Tampang dimana terletaknya rumah family aku sekarang) sejak baby lagi dan tidak pernah berpindah.huhu penting ke ni? ah,sukati aku la nk tulis apa pun kan. kata pasal diri sendiri kan. ;pSepanjang hidup saya,saya hanya mempunyai 4 institusi pengajian utama iaitu SK Tasek Gelugor,SMS Tun Syed Sheh Shahabudin aka soksek, Ambang Asuhan Jepun,UM dan Mie University. Sekolah memandu dan sekolah menjahit x payah la sebok2 masuk list.
sepanjang saya hidup selama 22 tahun 5 bulan ni, saya tidak pernah memotong rambut di salon/kedai gunting rambut sebab mak akan bertindak sebagai penggunting rambutku. mak pernah amik kursus seni gunting rambut dan solekan ok.bukan aku saja, rambut ayah dulu pun mak yg potong. hehe.
saya kurang berbakat tidak seperti adik2 saya yg cintakan bidang seni yg diwarisi dr arwah ayah mungkin. Mu'az amik course Art&Design exactly like ayah & adik pulak pandai bermain piano. jugak sama macam ayah yg pandai bermain musical instrument. aku? suka jugak melukis kdg2 tp x byk idea.bermain alat music jgn cakap lah. 0 ok! xdak talent jadi artist kot.hehe
mungkin lebih mengikut mak bermain alat2 mekap dan menggunting rambut. aku gunting rambut mak, juga pernah jadi penggunting rambut di soksek untuk beberapa kawan dulu.haha.
tp skang, ngak lagi. Apa yang pasti seni itu ada di mana2, dan setiap orang itu mempunyai perspektif seni yg berlainan.
saya sekarang mengambil jurusan architecture di Mie Uni ini. i like this!
tapi xtau lagi nk amik major apa.
saya menyukai kaler hijau dan purple . brownish colors pun suka gak.
saya suka akan accesories especially bracelets. rs x lengkap bila kuar jalan2 x pakai bracelet.
saya suka melakukan aktiviti yg mencabar ketahanan(mental dan fizikal). (awat saikin ayat2 cam skema aa. huhu) sbb tu kat skolah saya masuk Kadet remaja Sekolah. walaupun asek sunburn sbb berkawad, tapi sangat suka bila pergi bercamping,berhiking,berkayak, berabseiling etc. teringin nak naik Mt.Kinabalu satu hari nanti jika ada sesiapa yg sudi meneman. tp kna mantap dr segi mental dan fizikal ni. tp insyaAllah x pancit tgh jalan.hehe.(ala macam kaya karin ngan laki dia celebrate new year kt kinabalu tu:))mungkin bleh juga mencuba bungee jumping di mana2 lagi.first time dulu agak takut2 sbb rs cam nk bunuh diri je rupanya. jugak rasa nak naik roller coaster tp kna tunggu si wannur balik dr europe paksa dia dtg sini supaya ada geng. hehe.x fun la nk menjerit sorang2.=Dsaya x pandai berenang.
saya juga suka ber'travel' melihat keindahan alam dan budaya orang. owh, cuti ini sangat x senang duduk sebab hanya terperap di Mie ni. ~_~.
saya jugak sukakan pantai. zannen kat nihon xdak pantai secantik pulau2 di Malaysia. kena p Okinawa kot satu hari nanti.cikgu american aku hr tu dia suggest Ishigakijima.
waktu natsu bleh la melayan perasaan kt pantai blakang skola membuang masa dan merilekskan otak. huhu.saya berimpian untuk travel satu europe ngan orang tersayang satu hari nanti. =D. ni dah masuk list selepas grad
saya suka berkaraoke dan jugak membelibelah. tp sudah sangat lama x melakukan terapi membeli belah ni. sangat bagus untuk wang sebenarnya, tp tidak bagus untuk diri sendiri. huhu
Seorang yg
Sangat susah memulakan perbualan ngan org yg baru kenal. mungkin first impression untuk aku sombong/ pendiam/ garang. lantak la. nk wat camna.isk x reti la. so, kalo rs nk berkenalan ngan aku sila la jadi seorang yg peramah supaya aku bleh ikut rentak anda. haha.
Seorang yg sangat sensetif. selalu merajuk. tp skarang dah jarang kot sbb xtau nk majuk2 ngan sapa. huhu. masa kt soksek slalu majuk ngan anis yg dok satu dorm tu ngan amal yg slalu ngusik tu. pastu anis ni slalu terasa sbb aku majuk ngan emo ngan dia. hoho.
saya ada rabun yg teruk kerana cermin mata berpower (+900) untuk setiap sebelah. jarang sekali memakai contact lens. mungkin untuk function tertentu sahaja.
saya jugak sukakan sport yg melibatkan bola. permainan seperti badminton agak kurang digemari. teringat main handball kt soksek ngan netball kt AAJ. haha. (oh,kenangan yg sangat menceriakan)
panjang lah sudah meng'elaborate' pasal diri sendiri.
sebagai penutup,last but not least, i'm very da hepi with my life now di samping buah hati pengarang jantung(jantung pun kena dikarang. isk sapa la wat ayat ni), beloved family, dan jugak kawan2 tersayang yang sentiasa berada di kala suka dan duka. =D
hahaha.ni dah lebih 10 things ni. xpa, ini my space..so x kesah la kan brapa aku nk tulih.anggap je la ni entry aku memperkenalkan diri sendiri. so,ini lah karangan saya bertajuk DIRI SAYA.
sekian, terima kasih.

3 komen:
xpasan lak i slama nieh accesories u sebyk tuh!!!! wahhhh, sedekah cnie skettt!! ekekekek
ishigakijima ikitaina~
salam perkenalan Nurliyana..hiks..norq..n3 ni kna ltk ms 1st n3 dlu..cm ice breking lak...tahniah!karangan y mantap sbb aku leh bc smpi 'sekian, terima kasih'..=P
aisha: jom ishigakijima. menarik kan? golden week cam menarik. haha tp tokyo mungkin?
wan: 1st entry dulu takdak sapa baca kot wan. haha.
Post a Comment