SURAH AL-QADAR (97:1-5)
Maksudnya:1.Sesungguhnya kami telah turunkannya (al Qur’an) pada malam al qadr.
Surely we have revealed the Qur'an on the Night of Al-Qadr
2.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
And what will make you know what the Night of Decree is?
3.Malam al qadr itu lebih baik daripada seribu bulan
The Night of Al-Qadr is better than a thousand months
4.Turun malaikat2 dan malaikat Jibril padanya(malam al qadr) dengan izin Tuhan mereka membawa segala urusan.
The Angels and the Spirit (Jibrael) Descend in it by their Lords' permission, with every decree
5.Selamat sejahteralah ia(malam al qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh).
Peace it is, until the break of Dawn
Daripada Aishah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari. "Carilah sedaya-upaya kamu Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam ganjil pada akhir Ramadan."
Di dalam Sahih diriwayatkan bahawa Nabi bersabda :"Barangsiapa yang bersolat Isya' berjemaah, seolah-olah ia berqiam di separuh malam, dan barangsiapa yang bersolat subuh berjemaah, seolah-olah ia bersolat disepanjang malam tersebut.
(Riwayat Ahmad, Muslim dan lafaznya, dari hadis Osman, Sahih Jami' Saghir - 6341).
"Sebaik-baik malam ialah Malam Al-Qadr, kerana baginda s.a.w bersabda :'Barangsiapa yang berqiyam pada Malam Al-Qadr (berjaya mendapatkannya) dengan keimanan dan pengharapan, telah diampunkan dosa-dosa yang telah lalu'
[Hadith riwayat kedua Sheikh dari hadith Abu Hurairah, Ahmad 5/318].
Semoga kita dipertemukan Lailatul Qadr,satu malam yg penuh rahmat,penuh misteri.
Semoga pahala amalam dilipatganda dan dikira sebagai amal2 soleh. Amin..

0 komen:
Post a Comment