setakat ni hari ni paling panas, kat laptop tulis suhu hari ni 36 C tapi kat TV cakap 37.8 C di Tsu City ni.Tsu (location aku sekarang) tempat ke-9 paling panas hari ni dalam japan, tapi bandar2 yang panas ni kebanyakan bandar-bandar di Tokai..kat Tajimi City, Gifu sampai 39.4 C. tahun ni macam awal sikit kot panas nya. selalunya bulan 7 tak sepanas ni rasanya..tah la tak ingat sangat. tapi summer tahun lepas tak sepanas 2 tahun lepas dan tahun ni. pagi pukul 7 tu pun dah panas , kalau pukul 8-9 tu memang dah macam tengahari dah panas nya.
masa tsuyu (musim hujan) 2minggu lepas-minggu lepas, hujan lebat sampai banjir-banjir jepun ni haa... lepas tu terus panas gila. asyik rasa nak mandi ja..kalau boleh nak berendam lama-lama dalam air sejuk..tapi masa mencemburui daku. sekali mandi pun dah lama sekarang.
kat jepun ni panas lain macam sikit. panas yang kering, sangat terik dan bahangnya memang terasa. rasa terbakaq jugak la bila keluaq. tapi nasib baik rumah aku ni terlindung sikit, so redup je la..tu pun macam berkuap jugak, kena bukak semua tingkap yang ada..so far, aku cuba bertahan dari guna air-cond sebab sep. lagi satu sebab awal lagi, kang kalau dah bukak ekon asyik la rasa nak bukak je 24/7. (dah ada experience la kan. hehe).
sebab panas jugak aku selesa nak buat kerja kat rumah saja. bila tengok luar , malas nak keluar,terik sangat. walaupun kat studio tu ada air-cond tapi tak la sejuk sangat melainkan kalau dok bawah air-cond tu.tera nak pi studio tu pun dah berpeluh2 macam lari pecut 100 m. buat keja kat rumah selesa sikit la sebab boleh pakai macam mana pun yang nak, dan boleh mandi sekerap mana yang nak. ;)
tapi yang bagus nya sejak panas-panas ni memang minum banyak gila air. sehari bleh sampai 3 jag lebih. dah dasar minum banyak kan, kalau panas-panas camni lagi la. bagus sebab panas-panas ni senang nak dapat flu, batuk-batuk dan demam kalau orang yang jenis cepat dapat penyakit-penyakit ni.
so, di tengah-tengah cuaca panas ni minum la ayaq banyak-banyak. tapi jangan nak melanggah ayaq berais pulak. nanti badan terkezut demam pulak kan, sekali sekala ok, jangan tiap-tiap masa nak minum air ais.Nak air sejuk jugak, cukup la air yang disejukkan dalam peti ais tu.
mari minum air banyak-banyak, mari mandi banyak-banyak , mari sama-sama meningkatkan bil air ;p
pastu tengah panas-panas teringat aku ada benda ni. cooler. dapat free masa gi lawatan ke daiwa House tahun lepas,dapat sebab nak masuk dalam kilang, kan panas... tapi aku tak guna pun la. akhirnya berguna jugak hari ni. benda ni bila ketuk dia,dia akan jadi sejuk dan mencari macam ada air dalam dia. dia tulis boleh tahan 9-10 jam , tapi aku pakai sekejap je pun dah jadi tak sejuk sangat. jadi biasa saja...maybe jugak sebab dah lama kot. lepas tu masukkan dalam freezer supaya boleh pakai lagi.hehe. benda ni letak je la kat mana-mana bahagian badan kita nak sejukkan. sama macam letak ais ketul kat badan la. hehe.
rasa nak mandi sungai/waterfall pun ada sekarang.
ok guys, take care ya!
---> batabata no seikatsu hayaku owaritai naaaa..