Pages

Friday, April 30, 2010

sedih

hari ni hari lahir arwah ayah.
rinduuuuu.
T_T



sedihnya hari ni..

Thursday, April 29, 2010

musim mengawan

lately banyak orang sekeliling dan kawan2 nak naik pelamin. bagus la kan, nak membina masjid, jangan tunggu lama2. hujung minggu ni je kawan di Gifu Amir & Hidayah punya kenduri , pastu senpaiku di Mie ni dulu Bosap ngan K.Farah tu pun weekend ni jugak.

bulan 5 ni banyak jugak la wedding. tu tak termasuk lagi Germ senpai + K.Ilah next week, Fatin Gifu pun hujung bulan 5 ni. kad kawen on the way kot sebab dia dah mintak address kan. ;p (prasan orang jemput). tu tak termasuk lagi yang 'kawan lama' yang tak sudi nak jemput. takpa la tu hak masing-masing. agaknya dia pikir kalau jemput pun aku tak buleh pi pun...agaknya la. tapi kalau jemput pun ada aku nak pi?.. hehe.
takpa la, jangan jadi hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. hihi
kad jemputan kahwin Amir & Dayah, A.Faisal & Farah

sejak 2 tahun lepas asyik dapat kad kawen je.. kena terima hakikat umur dah 24 tahun ni semua orang pun mau kawen. huuu tapi setakat ni mampu buat koleksi kad jemputan je dulu. nak bagi kad jemputan belum mampu lagi.

majlis bertunang jangan cakap la. lastweek tengok2 ada gambar kawan sekelas kat SOKSEK bertunang. memang ramai tengah tunggu turn je la. maklumlah kawan2 kat Malaysia rata-rata dah kerja. tengah nak membina hidup la. gua saja yang tak habih lagi ni. takpa2 insyaAllah kurang setahun lagi daku pulang ke tanah air.

Apa-apapun SELAMAT PENGANTIN BARU untuk kawan-kawan yang akan naik pelamin ya. semoga berbahagia hingga ke akhirnya. =)


--> tengah tunggu si dia balik main futsal. bizi sungguh ;)

puding

pukul 3 satgi ada jemputan birthday party kat rumah kak Ina.
so buat la puding sikit untuk bawak pi
baru je lepas habis buat ni
agar-agar cocktailpuding marble

belang dia tak jadi sebab bekas tu leper sikit tak boleh nak senget lebih2, last2 tuang je la dapat la hasil dia yang tak cantik ni. takpa la janji dapat makan ;)

-->gambar guna camera henpon :p

Wednesday, April 28, 2010

Bila Engkau Jauh

tiba-tiba rasa nak dengar lagu yang comel ni. teringat pulak kat wannur sama2 suka lagu ni dulu. gila la jap kat lagu ni . haha. ni gara-gara tengok montage pre-wedding kat bawah ni kat youtube ngan aisha & wannur. ok, ni cerita tahun 2008 :)
comelllll sangat...rasa nak kawen ah bila tengok video2 orang kawen ni. hehehe ;p



Lirik Lagu - Bila Engkau Jauh (OST Filem Cinta)

Shannon Shah

Sedapnya hati tidak jemu
Tak sabar bermanja
Hanya sehari tak bertemu
Macam selamanya
Rindukan tawamu
Yang menyegarkanku

c/o
Aku tersiksa dengan sendu
Bila engkau jauh
Bila terasa sentuhanmu
Aku terus sembuh

Aku bermimpi
Riang terbang
Pagi sampai senja
Cinta dihati
Sudah kembang
Untuk engkau saja
Tidur atau jaga
Rindu sentiasa

c/o
Aku tersiksa dengan sendu
Bila engkau jauh
Bila terasa sentuhanmu
Aku terus sembuh

Aku tak pernah bercinta
Sampai terbalik seluruh duniaku
Hanya satu yang kupinta
Jangan tinggalkan daku

Aku merayu oh kekasih
Belailah hatiku
Bilaku layu lagi sedih
Curahlah kasihmu
Kau dakaplah aku
Sembuhkan piluku

c/o
Aku tersiksa dengan sendu
Bila engkau jauh
Bila terasa sentuhanmu
Aku terus sembuh

Jika kau rasa sepertiku
Bila aku jauh
Biarlah dua jadi satu
Bersama selalu
Hanya kau dan aku

best kan, lirik dia pun meaningful. =D

Tuesday, April 27, 2010

Hujan di hari selasa

hari ni hujan seharian. sedap je dok dalam bilik.. tapi tadi dah keluar jugak sebab k.ina ajak keluar ajak teman gi beli hadiah birthday untuk anak dia. so, alang-alang keluar, ajak la dia pegi kedai buah limau sebab macam dah lama sangat tak makan buah. macam ada yang kureng je rasanya.kat kedai tu dijual timbang. dari harga yang paling murah sampai yang mahal. harga 80yen sekilo pun ada. tapi yang besar-besar la, nampak cam tak best. limau yang besar2 selalu nya kering sikit isinya. tak juicy gitu. ;p (eh pandai pulak komplen eh) so, lepas rasa-rasa ambik la buah limau yang kecik sikit harga 350 yen /kilo. tu yang paling murah kot dalam jenis2 limau yang seangkatan dengannya.gambar: google

esok ada esquisse (baca: eskis). first untuk kadai design kali ni. oh,esquisse tu maksud dia lebih kurang sketching / rough design la. perkataan france ke italy tak ingat dah. tapi macam takdak idea sangat la. ilham tak sampai lagi kot. ;p hari ni at least kena dah ada benda nak prepare untuk tunjukkan dengan sensei esok.

gambarimasu!!