Pages

Sunday, January 31, 2010

getto!

ini cerita Jumaat lepas. 29 Januari 2010
ALHAMDULILLAH.

akhirnya dapat jugak lesen ni. bukan senang nak lulus. 3 kali ni amik test, lepas jugak sebab JPJ yang test kali ke-3 ni baik sikit kot. dia bagi 4 orang lepas out of 7. 2 kali sebelumnya semua orang failed, xdak pun yang lulus.pastu 2 minggu berturut-turut (2 kali Jumaat) jumpak muka yang sama je amik test. ok, blame the JPJ. ;p (padahal diri sendiri yg salah)haha. agaknya JPJ yang sebelumnya tu MC kot hari Jumaat lepas.

ingat nak amik sebelum habis tahun 2009, tapi hujung2 tahun dah penuh, memang paling awal bulan 1. memang la tinggal lagi setahun lebih nak dok nihon, tapi penting ada lesen ni. takde la aku nak cuak2 dah macam masa pi baito kat post office hari tu naik skuter xde lesen sebab international license memang mati betul2 sebelum start baito. bulan 12. pastu on the way pi keja, selalu pulak ternampak polis yang tengah tunggu mangsa je tepi jalan. mau tak ketaq lutut.

sebab aku ni selalu tak bernasib baik kot. heh. contoh paling aku takbleh lupa, masa bulan 3 tahun lepas, aku naik skuter ni pi baito jauh jugak la, 30-40 minit. Malam sebelumnya tinggal skuter tu kat rumah kawan, tapi pagi tu tengok2 side mirror dua-dua belah hilang. tapi kena naik jugak la sebab dah lewat nak pi keja. nak dijadikan cerita,time balik keja tu, kena tahan polis sebab aku bawak skuter 48km/j. mana la aku penah tau had laju dia cuma 30km/j je.(pelan gila okeh,rasanya bawak basikal lagi laju).Maybe sebab skuter ni 50cc je kot. time ni nasib baik aku guna international license je, so aku bagi alasan aku taktau had laju skuter kat jepun ni.

pastu satu lagi sebab, skuter aku takdak side mirror. tengok, baru semalam tu hilang, hari ni aku dah kena tahan polis. hari tu macam kurang bernasib baik la. cuba bayangkan kalau time tu takdak lesen mesti dan-dan tu dah kena saman.

tapi yang penting sekarang dah ada lesen. hoyeahhhh. lesen ada, tapi kereta nya takdak. merempit je la dulu. ;p

Monday, January 25, 2010

11th years

25 Januari datang lagi.

11 tahun lepas, mungkin masa ni aku tengah menangis homesick first time masuk asrama,mungkin tengah dengar ceramah, mungkin tengah kalut2 lari2 nak ke sana ke sini kalau lambat kena denda dengan senior yang cengei gila.

tapi hari ni aku memang gelak gila teringat zaman2 tu.
masa tu semua orang naif lagi, innocent je muka sorang-sorang.
mengingat kisah lama di facebook, macam2 kenangan la dibangkitkan oleh kawan-kawan. haha.tak sangka ramai lagi yang ingat kenangan musim orientasi. detail pulak tu.

haih..time flies sooo fast. macam baru semalam kenal depa,
tapi rupanya dah 11 tahun tu..
masa tu umoq baru 13 tahun, tetiba je tahun ni umoq 24 (aku baru 23) ;p
serious cepat sungguh.

tempat jatuh lagikan dikenang... inikan pula SOKSEK

SEKOLAH MENENGAH SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN
aku suka tempat ni.
tempat aku mula buat kerja dengan sendiri.
tempat yang kenalkan aku erti persahabatan.
kenal siapa kawan, siapa lawan.
tempat yang buat aku tahu erti kehidupan.
tempat aku jatuh & bangun.
tempat aku menangis & ketawa.
tempat yang menjadikan aku kuat.
tempat yang jadi tapak permulaan kehidupan aku hari ni.

setinggi mana pun kita berada, jangan lupa pandang ke bawah,
sebab dari bawah la kita naik ke tahap yang kita ada sekarang.

malas nak tulis banyak-banyak, nanti mesti sama je ngan lepas-lepas.

Sunday, January 24, 2010

aku rindu


cintaku yang tertinggal di malaysia

Saturday, January 23, 2010

takdak masa?

aku tertarik tengok status kawan sekolah kat facebook, yang sekarang ni jadi penulis buku2 motivasi & pakar motivasi (kot). status dia macam ni:

'Hanya orang busy saja ada masa'

kalau pikir secara directnya, mungkin tak. ye la bila busy, mesti kita asyik cakap takdak masa la, sebok la,tak dan nak buat tu , tak sempat nak buat ni, nak cuti panjang la blablabla.

bila pikir2 balik aku rasa betul gak apa dia ni cakap. ok, sebab apa kita sibuk? mesti la sebab banyak kerja. so kita buat kerja yang banyak tu sebabkan kita sibuk kejar dateline.
kalau banyak kerja tapi tak buat pun, tak sibuk jugak kan?
sebab dari fikiran aku, bila seseorang tu sibuk, dia akan guna masa dia semaksimum mungkin, buat sepantas mungkin, bagi tumpuan sepenuh mungkin. dan bila sibuk jugak
seseorang akan lebih menghargai masa yang ada.kalau lapang sangat , kita banyak buang masa, menjurus kepada buat benda tak berfaedah pastu macam malas2 je keja. bila buang masa, sama je la ngan takdak masa. bukan ke?

lapang=> buang masa=> takdak masa

ni pendapat aku la. kalau salah, abaikan saja.

huh, tetiba je nak cakap pasal sebok2 ni. sikit2 aku rasa macam rindu jugak nak sibuk2. bengong. haha. sebab rasa macam banyak masa terbuang. 7 kelas tu bukannya sikit, tapi sebab aku penuhkan semua dalam 3 hari, so kelas 3 hari seminggu. lagi 2 hari tu apa ja aku buat. rasa macam takdak hasil. setakat nak tengok movie / beli barang2 dapur, tiap2 hari pun boleh.bila sibuk macam-macam teringin nak buat, konon2 nak try masak ni, buat experiment kat dapur la, nak jalan2 amik gambar la, nak beli mesin jahit la kembali blajaq menjahit, nak buat tu nak buat ni, tapi bila tak sibuk, tak buat pun.tambah2 fulus tak mengizinkan. hampeh.
tu tak bersyukur la tu namanya. (sedaq pun diri. ;p) ok, ni untuk diri sendiri. kamu jangan terasa. aku tulis untuk muhasabah diri. huhu. sebab tengah nak memanaskan diri dengan shiken benkyou.

sebab masa yang tak sibuk sangat ni terjadi masa winter, memang la jadi satu alasan tak mau buat aktiviti luar. sejuk sangat nak keluar. kalau summer, boleh tiap2 hari morning walk pegi pantai ke, ambik2 gambar , jogging gurai. tapi bila dah cuaca macam ni kalau boleh 24/7 nak dok dalam selimut je la.

Tapi sekarang dah kena jadi busy. lagi 2 minggu nak final exam.
bila dah last2 ni biasala report pun banyak, nak kena study lagi.
so, tak boleh nak berperangai macam tak sibuk.
kena jadi sibuk sebab hanya orang sibuk punya masa!

jumbi kena mantap untuk masuk studio balik april nanti. ;p
baca: hisshou = determine to win


p/s: hisshou mode suta-to. yosh, ganbarou!!

gambaran: aku tengah pakai headband 'hisshou' ni macam dalam anime. tapi dok ngadap laptop.bleh blah. ;p

GANBARU ZO! MAKENAI ZO!




updated.

Tuesday, January 19, 2010

takdak tajuk

banyak nya benda kena settle semenjak dua menjak ni.
tapi memang kalau boleh nak settle kan cepat2 semua skali.
malas-malas kang tertangguh-tangguh pulak.

ok, report nak hantar esok tak siap lagik. yabaisssss