ini cerita Jumaat lepas. 29 Januari 2010
ALHAMDULILLAH.
akhirnya dapat jugak lesen ni. bukan senang nak lulus. 3 kali ni amik test, lepas jugak sebab JPJ yang test kali ke-3 ni baik sikit kot. dia bagi 4 orang lepas out of 7. 2 kali sebelumnya semua orang failed, xdak pun yang lulus.pastu 2 minggu berturut-turut (2 kali Jumaat) jumpak muka yang sama je amik test. ok, blame the JPJ. ;p (padahal diri sendiri yg salah)haha. agaknya JPJ yang sebelumnya tu MC kot hari Jumaat lepas.
ingat nak amik sebelum habis tahun 2009, tapi hujung2 tahun dah penuh, memang paling awal bulan 1. memang la tinggal lagi setahun lebih nak dok nihon, tapi penting ada lesen ni. takde la aku nak cuak2 dah macam masa pi baito kat post office hari tu naik skuter xde lesen sebab international license memang mati betul2 sebelum start baito. bulan 12. pastu on the way pi keja, selalu pulak ternampak polis yang tengah tunggu mangsa je tepi jalan. mau tak ketaq lutut.
sebab aku ni selalu tak bernasib baik kot. heh. contoh paling aku takbleh lupa, masa bulan 3 tahun lepas, aku naik skuter ni pi baito jauh jugak la, 30-40 minit. Malam sebelumnya tinggal skuter tu kat rumah kawan, tapi pagi tu tengok2 side mirror dua-dua belah hilang. tapi kena naik jugak la sebab dah lewat nak pi keja. nak dijadikan cerita,time balik keja tu, kena tahan polis sebab aku bawak skuter 48km/j. mana la aku penah tau had laju dia cuma 30km/j je.(pelan gila okeh,rasanya bawak basikal lagi laju).Maybe sebab skuter ni 50cc je kot. time ni nasib baik aku guna international license je, so aku bagi alasan aku taktau had laju skuter kat jepun ni.
pastu satu lagi sebab, skuter aku takdak side mirror. tengok, baru semalam tu hilang, hari ni aku dah kena tahan polis. hari tu macam kurang bernasib baik la. cuba bayangkan kalau time tu takdak lesen mesti dan-dan tu dah kena saman.
tapi yang penting sekarang dah ada lesen. hoyeahhhh. lesen ada, tapi kereta nya takdak. merempit je la dulu. ;p



