Pages

Sunday, May 31, 2009

the future plan of Madinah CIty



p/s: from forwarded e-mail.

=)
.

Friday, May 29, 2009

Balang mayonis & 2 cawan kopi.

rasanya dah ramai penah baca kisah ni. ramai jugak yg belum kot. ada satu cerita yg sangat terkesan untuk aku. dulu penah baca kat blog Kak Sarah, tp bila cari nk share kt cni dah x jumpak sejak dia tukar blog baru. =) thanx KS knalkan crita ni.so, biasa la bantuan mr google digunakan. hehe.


Di dalam sebuah kelas falsafah, seorang profesor berdiri di hadapan dewan kuliah, meja di hadapannya terdapat beberapa barangan. Tanpa sepatah perkataan, kelas bermula dengan beliau mengambil sebuah balang mayonis yang besar dan mengisinya dengan bola golf.

Dia kemudian bertanya kepada para pelajarnya, adakah balang tersebut penuh, dan pelajarnya menjawab “ya!”

Profesor
kemudian mengambil sekotak batu kerikil halus dan menuangkannya ke dalam balang yang telah dipenuhi bola golf tadi, lantas menggoncang balang tersebut dengan lembut. Bebatu kerikil mengisi ruangan kosong di antara bola-bola golf. Sekali lagi dia bertanya akan pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh,

pelajarnya lantas menjawab “ya…”


Tanpa menjelaskan apa-apa kepada pelajarnya, profesor tersebut lantas mengambil pula sebuah kotak yang berisi pasir dan menuangkannya ke dalam balang tersebut. Pasir yang dituang mengisi ruangan diantara batu kelikir dan bola golf. Seperti tadi dia bertanya lagi kepada para pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh.

Dalam keadaan yang penuh persoalan, rata-rata pelajarnya menjawab “Ya..”

Sejurus selepas itu, profesor itu kemudiannya mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah mejanya dan menuangkan kedua-duanya ke dalam balang yang telah sedia ada diisi batugolf, batu kerikil dan pasir tersebut. Air kopi mengisi ruangan yang terdapat di antara pasir. Para pelajar mula ketawa dan tersenyum meihat tindakan professor tersebut.

“Sekarang… ” profesor mula bersuara apabila riuh rendah dan gelak ketawa pelajarnya berkurangan.

“Saya mahu anda semua menganggap balang ini sebagai kehidupan anda


Bola-bola golf mewakili perkara penting - Tuhan, keluarga anda, anak-anak, kesihatan anda, kawan-kawan dan semangat anda .


Jika anda kehilangan segalanya dan hanya perkara penting ini yang masih anda ada, hidup anda masih penuh.


Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara- perkara lain seperti kerja anda, rumah atau kereta anda, manakala pasir pula mewakili perkara-perkara lain, yakni perkara-perkara kecil.”

“Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu…”


“… anda tidak akan mempunyai ruang untuk batu kerikil dan bola golf.


Ini sama juga seperti kehidupan anda. Jika anda menghabiskan masa dan tenaga untuk perkara-perkara kecil, anda tidak akan mempunyai ruang untuk perkara yang sebenarnya lebih penting untuk diri anda.”


“Ambil perhatian untuk perkara yang kritikal untuk kebahagiaan anda.Luangkan masa gembira untuk anak-anak. Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan, bawa pasangan anda untuk makan malam, yang pasti, anda akan masih ada masa untuk membersihkan rumah atau urusan lain.

Sila ambil berat akan bola golf dahulu – iaitu perkara yang benar-benar penting.

Tetapkan keutamaan. Perkara lain cumalah pasir…”


Salah seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bertanya apakah pula yang diwakili oleh air kopi. Profesor tersebut tersenyum. “Saya gembira ada yang bertanya.


Ianya menunjukkan bahawa tidak kira bagaimana penuh pun kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang untuk secawan dua kopi bersama rakan-rakan walau pun anda sudah berada di kedudukan yang tinggi…”


Renungan untuk semua. Apabila kehidupan anda seakan terlalu penuh dan tampak sukar untuk diuruskan, apabila 24 jam sehari seperti tidak mencukupi, ingatlah kisah “Balang Mayonis dan 2 cawan kopi ini…


bila sampai masa sebok macam skarang, kadang2 mmg rasa letih sangat.minggu ni dalam 4 hari tdo 5 jam je. huh.tapi alhamdulillah bleh survive genki2 =D.sebab x kira macam mana pun kena abeskan jugak, on time! x salah korban kan benda2 sampingan dulu. x lama pun.

bila teringat kisah ni, rs cam insaf sket. ye la sesibuk mana pun kita, sebenarnya xdak masalah kalo kita pandai manage time. kadang-kadang tanpa sedar atau tak, kita slalu dulukan benda yang sampingan.aku, still blajar untuk bahagi masa sebaik mungkin, gunakan se optimum mungkin. kadang2 semangat tu rasa x cukup, tapi bila pikir2 kita dah sampai tahap ni, apa yg penting, teruskan usaha. 頑張るしかないなあ。

--trima kaseh senpai sbb blanja maguro yummy2! =D

p/s: utamakan yang utama.

=)

=)

Sunday, May 17, 2009

aduhai PC

balik baito semalam, terus bukak pc tapi malangnya dia tidak berfungsi.

waaa bengangnya!! semalam hari istimewa untuk aku. tapi hasrat aku x sampai. menangis la macam putus chenta kali pertama. mmg frust abes la. sampai mata bengkak2 &tertdoq x sedaq apa. macam mahu mengamuk pun ada. pc tu slalu betoi la wat hal. memangla aku nk beli si kembar untuknya tapi janganla wat hal lagi sampai bulan 8 nnt. tp camtu la asek2 kena cari pomen. dah tu sampai next week br bleh dibetulkan plak tu. memang dia soh aku lepak studio je pagi petang siang malam. T_____T

fyi, aku skang ni online dari library. mmg datang untuk study lah. esok kan ada test 鉄筋コンクリート a.k.a Reinforced Concrete. tapi rehat la jap tengah2 hari ni.

di kesempatan ini jugak, aku nak ambik kesempatan untuk membuat beberapa ucapan sempena ulangtahun mereka-mereka ini. walaupun dah ada yg terlambat, tp nak wish jugak. sebab x tau bila lagi bleh online.bulan 5 ni biasa la musim birthday bff dan jugak family.

Shariffah Syahidah - 7 May
Ida..happy belated birthday. kat cni saja wish belated birthday ok. kan kita dah celebrate hari tu. hehe. Ida ni, member sekelas aku sejak form 4 di SOKSEK lagi. dok meja sebelah lagi. jugak slalu menjadi sensei tidak rasmi, sejak dari Soksek dan AAJ. kat nippon ni jauhla , dah xbleh jadik sensei, lagipun major yg sangat berbeza. hehe. semua orang panggil dia ida. tapi di kalangan bebudak laki soksek /AAJ , nama glamer dia sharifah la. cikgu fizik aku suka panggil ida 'Sherry', ala2 menggoda gitu. haha.
ida, nnt balik kita ronda satu penang okeh!! sayang hang!
(tah la ida ni baca ke x ni..) huhu

Nur Aisha -18 May (esok la wei)
Happy 23rd birthday. thanx for being a very good friend of mine. sejak2 dia dapat bf orang Mie ni, slalu la dia datang cni, bagus la sekurang-kurangnya jadi peneman aku. hihi. sama2 mengalami masa2 susah bersama beberapa tahun dulu. alhamdulillah skang semuanya dah OK. Aisha skang tgh nak menanti anak buah yg first. mesti berdebaq-debaq gila tu. Hope everything goes well. aisha, sayang hang! nanti slalu-slalu la mai cni lagi...sayang hang !

Dayana- 19 May
Day cayang ,happy 23rd birthday jugak untuk hang! hehe. Day slalu naik honshu ni jugak walaupun dok jauh kat Okinawa sana. had a good time together last spring. day ni ore klate, tapi dia jugak bleh berbahasa utara mcm kami2 jugak. sebab x lama lagi dia nak jadi orang penang jugak. yea yea!!!

Adik - 20 May
Happy 18th birthday untuk adik bongsu tersayang. haha. skang tgh berhoneymoon lepas spm. bagus jugak jadi peneman mak skang. jaga mak elok2. jangan wat menda x elok. jangan nak meronda-ronda sakan sangat mentang2 la dah dapat lesen keta. =p

Mu'az - 27 May
Ini adik aku no 2. baru lepas konvo Politeknik JB jurusan Art & Graphic Design beberapa hari lepas. sekarang family aku semua ada kt KL, pas balik di JB, dok di KL beberapa hari la, bukan ada kerja pun kan. skang ni depa semua tgh berpicnic la kot ngan family maksu, makngah, paklang semua. adik aku ni dah berenti keja sebab malas nak keja dah kot, buat bisnes sendiri lagi baik lah. sementara tunggu offer nak sambung diploma kat poli balik. sementara dok kat umah ni, sila la jaga mak baik2 naaa...happy 21st birthday. (eh kejapnya dah 21?? )haha


Selamat menyambut ulangtahun ke 23 untuk sahabat-sahabat yg sangat comel dan di sayangi selalu. dah 23 ok hangpa semua!!! hahaha tinggal aku saja still 22. x lama lagi dah nak keja, dah bleh jadi bini orang dah. =D . hope this friendship remains forever. sayang kamu semua!

(aku nak letak gambaq, tapi x dapek la skang nampaknya...)

ok, need to pen-off now.

fightoooo oh!!!

study mode diaktifkan semula.

doakan saya ya! =)


till then~~

.

Friday, May 15, 2009

3.11pmkira abes la kelas untuk hari ni. haha. hari ni tunjuk progress drawing dengan sensei,disebabkan nama ada kt atas skali, so abes awal la. pastu p ushar2 orang lain punya drawing, kemudian terus bergerak ke studio, konon2 nak membetulkan drawing. tapi kemas2 meja jap, terus rs nak balik.haha.apa la nak jadi ni. walaupun sbnrnya kna duduk je kt kelas smpai petang2 nanti, aku mengambil keputusan balik la mengadap pc ni kejap.sensei mesti ingat aku lepak studio je kan. macam rajin je dia nk p check.huhu

tak boleh nak melepak lama2 di bilik. so hari ni amik kesempatan jap la. ;p .apatah lagi nak bercanda riang. masa berdating di alam maya jugak terpaksa dikurangkan tak tau berapa percent yang pastinya bukan jumlah yang sedikit. xpala, sacrifice sket, bukan nya lama pun kan.

seb baik la kerja aku tu x boleh wat kat bilik. kalo x, mesti asek nak bawak balik umah, pastu biar je ngadap pc ngan tv. =)

(^_^)v

orang dulu-dulu kata,
kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

kan?


.

Thursday, May 14, 2009

penin

jam : 4 pagi.

baru pulang dari itu studio. hari dan minggu yg sangat penat.kemungkinan besar jugak akan berlarutan 2-3 minggu lagi. sabaq je la.. dah nama pun student archi kan..
lagi 2 minggu kna submit drawing tp belum kettei betul2 pun, asyik la byk gila kena betulkan. memang aku rasa nak pecah pala la ni. td dah ngantuk gila sbb tu balik sebab pikirkan kelas pagi esok.walaupun dah beli kopi 2 tin tp ngantuk gak, memang x jalan la kopi ngan aku.
tapi tengok la, balik pun bukan nak tdoq terus pun. xpa la, lepak2 update kat sini sat.

panas gila la nihon skang ni. ini baru awal bulan 5 okeh. tidak terasa di manakah 'spring is in the air' ni...x dapat bayangkan camna bulan 8 nanti. kat studio tu mmg x tau la nk wat camna, kang aku bawak kipas sendiri kang, jakun sangat plak.over. nama je ada ekon, tapi x bleh pasang lagi. bln 6 baru berfungsi. kena beli kipas kecik kah? (ini baru panas dunia...insaf,insaf...)

pastu nak balik satu hal, skang ni cam makin penakut pulak. mmg berdebaq2 la balik, seb baik skang dah ada gencha@skuter comey lote tu bleh la merempit di malam dinihari sambil berzikir dan berselawat. sikit punya takut tu. hahaha.tapi takpa, bleh pecut 50km/j xdak polis nak tahan. dulu jalan kaki bleh plak survive,x la plak sepenakut ni. aiyoo..

mintak mahap la kat kawan2 yang YM mintak gambaq ka apa ka, bukan x mau layan@bagi, tapi masa online x sama la plak kan. kalau siang2 hangpa kat kenkyu xmau la plak kan? nak tunggu balik umah, aku plak x wujud kt umah skang waktu2 perdana nih.

Lately jugak sangat rindu dengan Malaysia, atau lebih specific nya my home sweet home la. rindu la sama emak dan adik-adik yang skang ada kat JB , ada konvo poli adik aku la. x smpat lak nak call hari ni. bila nak call je, dah nak tgh malam, mak mesti dah tdoq punya la. so, kita simpan hasrat murni tu ke esok hari. x sabaq nak balik tambahan pula sejak dah beli tiket promotion besar-besaran dari pihak Malaysia Airlines. harga runtuh cuma 29190 yen (RM 1081.36) okeh!!!ini ada lah murah sebanyak 3-4 kali ganda berbanding harga selalu.memang sangat mengterujakan hati. sudah dapat confirmation emel itinerary dari MAS. mari kita pulang!! oh, ada lagi 3 bulan lebih la..xpa, mari kita selesaikan hal2 di sini dulu(baca: belajar bersungguh-sungguh supaya tidak menghampakan harapan mak tercinta)

pengumuman awal:
saya akan berada di malaysia(pulau pinang)
20 Ogos-1 Oktober 2009
.

ni gamble saja beli ni. tah ada keja ke x masa cuti ni , ni bukan salah aku, ni salah MAS dia wat promotion awal2. hihi. tapi ok kot, sebab my fren ckp, kalo ada pun dlm 1 week after exam kena p site project baru.

eh, hari dah cerah laa..

kalau nak tengok gambar-gambar Golden Week , sila pergi ke facebook saya, kerana saya sangatla tiada kesempatan @malas nak membuat entry pasal pemergian berpoya-poya di bandar metropolitan tu.

oh, on da way balik from baito semalam, saja2 nak singgah Avail jap walaupun sbnrnya dah penat gila. (mmg penat tahap gaban, lunch sampai x termakan la bun seketul pun sebab dahaga sangat, abes la 3 botol air 500ml tu. 1 botol masa kyukei 3pm. gila. haha.cam kembung perut ngan ayaq saja) pastu konon-konon nak singgah sat saja, dah terbeli 4 baju la pulak. haha. sebab ada clearance sale, mcm ada 70% sale. apa lagi, beli lah. lagipun sangat lama la tidak mempunyai baju baru bukan? kalau ikutkan hati macam mahu berlama- lama lagi, tapi sedaq diri la, byk lagi keja kt studio tu menanti.

dah pukul 5, masa untuk tdoq sat. satgi ada kelas Japanese Archi History la. xkan nak menambahkan dos ubat tidoq dlm kelas sebegitu. dah la minggu lepas dah amik test tanpa study.huh. biasa la cuti minggu emas kan..

oh, hari Isnin ni jugak ada test Reinforced Concrete. kena cari masa untuk study ni jugak.
chaiyok chaiyok!!

dah dah. mari lelapkan mata sebentar.

di sini jugak saya nak wish SELAMAT HARI IBU buat emak tersayang yg berada jauh di mata dekat di hati. kakak saaaayang mak sangat2. nak balik nak balik nak balik nak balik nak balik!!!!!!!!!! nak balik tdoq ngan mak..huhu

T____T

ok.

panjang dah ni.

till then~~~

.
.