Pages

Sunday, July 11, 2010

The Finale

malam ni world cup final, walaupun GERMANY dah kalah dengan SPAIN hari tu, kakko yokatta yo. sekarang dapat nombor 3 pun jadilah. ;p. tp semalam tak tengok pun match Uruguay-Deutsch tu sebab bukak TV cam takdak pun. ye la alang2 dah tunggu sampai subuh pukul 3 kan, nak gak tengok. sekali takdak. taktau la kan, tapi dah semua channel dah bukak takdak gak. jangan cakap malam ni takdak sudah. malas aa nak streaming sebab tak best aa.

ok, kan dah cakap hari tu memana gi final aku tak kesah sebab 2-2 feveret, so sekarang mari menyokong SPAIN! come on Espana!

-google punya tema hari ni :) -


Sport Taikai

Hari ni join Sport Taikai sempena Mie University International Week. ada game badminton & soft-volleyball. tapi aku join volleyball saja la. untuk round 1, menang 2 dari 3 game, pastu round 2 dah kalah tipis dengan team Vietnam yang semuanya laki pulak tu. tapi orang Vietnam memang ramai jugak la, pastu badminton pun depa yang menang.

malas la nak tunggu sampai pukul 5 sebab dah tau tak dapat hadiah. zannen, sebab berharap jugak la dapat pingat sebab start tahun ni ada hadiah pingat, cam best aa. tapi kalah menang tu tak penting, yang penting dapat bersukan. best sebab dah lama sangat tak main kot :)

sorilah, malas nak upload gambar. ;p

updated: just read at my chinese friend(also my volley teammate)'s facebook status that she just win 10 KG of rice at the end of the sport taikai. ada lucky draw lepas game, tapi malas dah nak tunggu. tapi macam besar2 jugak hadiahnya ye.^^

Saturday, July 10, 2010

makin hari....

...makin pening.

semalam buat yoyaku nak guna printer untuk print final project ni, dan yg kosong hanyalah minggu ni sampai isnin depan. huwaahhh mana sempat. tu la dah lambat,sebelum ni aku pulak taktau pun kena book sebelum guna. +_+. naseb baik masa gi zemi semalam tu ada orang tanya book bila? aku macam blur je,"eh..kena book dulu ka?" aiyok. terus pi check rupanya2 dah full. 20-26 mmg full sampai tengah malam. sehari 6 orang je dapat guna, sebab sorang dia bagi masa 4 jam (dah tu 24 jam bahagi 4 jam, 6 orang la.) sempai cakap memang take time sebab kadang2 ada prob. ada 8 helai kena print, 30min untuk satu helai. kalau dapat habis cepat, ok la. tapi disebabkan takdak pilihan, yoyaku jugak isnin depan,walaupun rasa cam impossible sikit nak siap, sebab bajet nak print dalam 24hb camtu.

tapi untuk kertas yang 1000yen pasti la kosong lagi. yoyaku jugak untuk kertas yang mahal tu jugak kot2 tak sempat nak guna 19hb ni. yang printer full tu dia charge 1 helai 600yen. yang kertas elok sikit 1 helai 1000 yen. pergh. mau kopak pasni. kena kira jugak tu yang salah print ke apa.

Tuesday, July 6, 2010

FIFA World Cup

world cup sudah hampir ke kemuncak. memang panas betul la bahang world cup ni. menarik ah tengok pasukan-pasukan terhebat dunia benrentap ni. tapi tahun ni punya world cup macam unpredictable sikit la(banyak kot). tengok the football giants banyak awal-awal lagi dah terkeluar. huhu. finalist 2006 pun 2-2 lagi awal-awal dah terkeluaq.

Luckily my favourite Spain is still there. tapi Germany pun menjadi favourite jugak.
sudahhh.. habih esok Germany lawan Spain camna? tak kesah la memana pi final. ;)

masa tengok match spain itu hari, aku dah cakap dah dengan mr.K,"harap-harap spain menang, tapi kalau spain menang kena lawan ngan Deutschland, pening la camni..." :p . tapi untuk match esok rasanya aku lebih berat ke Germany. haha. (boleh pulak camtu kan? hakhak. suka hati la kan) sebab tengok Germany main better than Spain. kuat woh! hehe. dengan Argentina pun 4-0 dia bagi. sian ah supporters Argentina tak boleh tengok maradona berb*gel. LOL.

ok, Deutsch gambare !!!! ;p Waka Waka eh eh!

GERMANY vs SPAIN , 7 JULY 2010, 27:30 (Japan time)


Sunday, July 4, 2010

cokelat dan perasaan

lately rasa macam sangat sensitif pulak. (eh bukan sejak azali memang sensitif ka? hakhak) benda kecik punboleh terasa. tapi tu la, dah besar ni kena la pandai-pandai kontrol kan. tak boleh diikut sangat perasaan ni. orang dulu-dulu kata....ikut hati, mati. kalau nak hidup lagi kena ikut akal.

kalau boleh nak tulis semua yang aku rasa kat sini, tapi aku tak reti. tak reti nak share ngan
orang sangat pun. kadang-kadang aku try jugak,tapi mesti tak jadi. kalau tulis jugak, mesti tak sampai. orang mesti salah paham. sikit-sikit boleh la, tu pun benda-benda yang biasa-biasa. satu gi sebab aku tak berkebolehan menulis kot. memula buat blog dulu nak meluahkan perasaan masa frust2 dulu, tu pun tak open pun.ada je sampai sekarang, dah malas nak tengok pun. ;p

pastu buat yang ni dulu pun untuk diri sendiri je, tapi bila dah open untuk orang, aku delete la entry-entry yang aku tak selesa nak share. bukan semua benda kita boleh kongsi. kadang-kadang terlalu senang bercerita pun, terbuka pekung di dada pulak kan.(pekung tu apa benda pun aku taktau? ;p).senang cerita pendek kata,berpada-pada la.
.
.
.
.
tapi, sekarang aku memerlukan coklat untuk meneutralkan perasaan. hahaha.
sesapa baik hati nak bagi coklat tak? ^^' . ah, aku memang kaki cokelat tak boleh dinafikan lagi.

nanti balik malaysia nak belajar buat cokelat. ini memang dah termasuk dalam list-to-do. wahhh mesti best, tak sabaqnya nak balik for good. hehe. banyak benda perlu dan teringin nak buat.