salam buat semua.
tahun baru datang lagi. pejam celik pejam celik memang cepat masa berlalu.apa je yang aku dah capai tahun ni? macam takde kejayaan besaq pun sebab semuanya macam biasa2 saja.semalam cuma ada aktiviti makan-makan. memula nak buat BBQ tapi takde arang sebab kedai2 banyak tutup sebab hari ni jepun raya. so bakar dalam rumah saja plus ada nasik beriyani. permulaan yang baik nampaknya. hehe.
tapi yang malangnya ialah aku dah siapkan entry ni sebenarnya semalam, masa tengah edit2 skali ada prob hilang semua. semalam tulis la balik tapi last2 tidoq je la. hari ni je sambung balik. dah tu aku tulis entry ni untuk kali kedua ni sambil berbaring. haha berselimut berlapikkan alas elektrik yang panas. ;)
so, mari kita tengok tahun 2009 serba sedikit.
# tahun ni agak mencabar la sebab dah masuk 3rd year. tambah2 lagi semester lepas yang memang penuh ngan subjek + studio lagi. tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar, dah ok . cuma yang tinggal semester ni je yang akan habis dalam masa 2 bulan lagi ni sebelum naik final year.
# aku rasa aku dapat tangani stress dengan bijak la tahun ni. semua orang stress tapi yang penting cara nak cope the stress.memang satu kemajuan untuk aku.sebab selalunya aku senang sangat rasa tertekan.hoyeaaahhh pachi pachi untuk diri sendiri! (walaupun yang ni macam syok sendiri tapi nak gak cakap)
# tahun paling kurang aktiviti luaran. travel apatah lagi, jangan cakapla.
# dapat berhari raya di tanah air buat kali kedua sejak merantau
# membuat kuih raya secara besar besaran. bisnes beb. ;p
# berjumpa 'buah hati pengarang jantung' buat kali pertama ;)
# tahun paling kurang shopping kot. less shopping more saving dikira agak berjaya untuk permulaan. walaupun asyik pakai baju yang sama je, tapi peduli apa.bukan ada boifren kat sini pun nak kuar dating tiap2 minggu. ada benda lagi penting nak buat. takpa bersabaq sikit, nanti boleh shopping gila. ;p
# apa lagi tah. semalam macam banyak. tapi dah lupa lak.
takpe lah, dah la tu sikit2 cerita benda yang lepas. ;p
semoga tahun ini lebih luar biasa dari biasa.
banyakkan ibadah, tingkatkan usaha.
tingkatkan prestasi dan kualiti, kurangkan kontroversi.
kotoshi mo gambarimasu yo
p/s: tahun baru = semakin hari semakin hampir dengan saat akhir kehidupan. bersediakah kita?