Pages

Saturday, January 9, 2010

bus/bath?

what do you think?

span cuci bas?


.
.
.


tapi sebenarnya.
...
...
...

span cuci bathroom / bathtub la..



eheh.


Thursday, January 7, 2010

kenkyu - Lab

hari ni result lab dah keluar. sejak bulan 11 hari tu kena pilih, aku memang hentam saja. sebab tak tau apa pun pasal lab ni. lagipun bukan nak sambung master kat sini, asalkan boleh grad je.

Kenkyu (research) kat faculty aku terbahagi 3 :
Design &Planning, Environmental Engineering(environmental&equipment), Structural
Engineering.

oh, FYI, kat sini Architecture course macam gabungan Architecture + civil engineering la.
sebab tu dia terletak dalam faculty Engineering.

tengah2 pening nak pilih, memang kena pi semua sensei punya open seminar la. kena gak dapat gambaran awal mana kita nak pi kan. tapi takdak la pi semua, macam structure tu sah2 aku tak pi sebab aku tiada keminatan ke arah structure. sebenarnya aku pun taktau aku nak apa. nak masuk lab design susah siap ada interview, lagipun aku tak cukup syarat sebab tak amik studio sem ni. last2 ada environment je. tapi nak pi kat sensei mana pulak jadik masalah.

last2 aku pilih sensei yang paling yasashi(baik hati). ;p lagipun dah pi dengar semua, macam berat ke arah sensei ni je. dan alhamdulillah dapat. Lab Architectural Acoustics and Urban Environment. 建築音響 & 都市環境

makanya tahun ni aku akan menjadi lebih eco-friendly sebab masuk lab environment.
hehe. bagus kan? ;)

masuk lab nya kouki nanti, sebab zenki kena wat final project. tapi esok dah ada
perjumpaan. hampeh betul la kena cancel acara penting hari esok sebab baru tengok notis tadi.

selingan:


aku still macam tak percaya budak ni dah masuk darjah satu. aishh rasa macam kecik lagi...
ye la sedar x sedar dah nak masuk 4 tahun dah dok nippon ni. huhu. how fast time flies... +_+

(ni anak buah aku,harap maklum. ;p)

p/s: sorosoro 4 nen sei da yo! =) sila paham aku tak sabar gila nak grad ok. =_=
tapi cuak final exam dah dekat. lagi sebulan lebih. start study la wei!

Wednesday, January 6, 2010

aku mahu


backpacking through Europe.
perhaps with the beloved one ^^.

dan

aku yakin satu hari nanti tercapai jugak impian ni.
=)

Sunday, January 3, 2010

no more winter without snow

lokasi: Yonezawa,Yamagata
tarikh: 18-23 Disember 2009

winter break kali ni naik ke utara jepun. Yamagata Ken. jauh. ikut jarak, lebih kurang 700km. untuk masa 15 jam++ . 15 jam sebab naik tren biasa la. jangan la tanya shinkansen ke apa sebab aku bimbou ryokou.nak jimat tapi nak jalan gak. memang sanggup meredah 15 jam sorang2 dalam tren. sampai mati kutu taktau nak watpa. hehe. seb baik ada bebudak comel2 yang rajin melayan aku ngan sms. thanx day, thanx wannur. tak lupa jugak kekasih hati.

tapi ok gak naik tren sebab dapat tengok permandangan yang cantik2.especially bila lalu Shizouka. memang cantik sangat...tambah2 lalu dekat Atsumi yang lalu tepi pantai yang biru sangat. pastu nampak Mt.Fuji yang cantik sangat jugak.sebab hari tu sangat cerah.tapi tu la, time tu ok lagi sebab tengahari lagi.bila dah lepas tokyo memang la taktau nak tengok apa sebab dah malam+ penat dah.sampai Yonezawa pkl 10 pm. memang kedatanganku disambut salji yang tengah turun dengan lebat nya!fuhhh.memang putih sepanjang jalan. jakun gila ok. selama ni mana ada macam tu selain kalau pi tempat ski/snowboard je.ni kiri kanan depan belakang memutih bak salju.

esoknya pi snowboarding kat Tengendai.
hari ahad berusrah bersama Aar.
hari isnin malam gi makan sushi ngan aiskrim tofu ngan ida sebab nadia ada happyou.
hari selasa pulak gi dai depa ngan nadia sebab ida ada happyou pulak.
haha. kesimpulannya, aku pi salah time.
sian depa..huhu

tapi tetap best. thanx ida&kekasih, thanx nadia. thanx semua di yamagata atas layanan yang hangat.

ida,nadia.. aku rindu hampa...
sedih gila bila nak balik sebab pasni dah x jumpak sampai aku grad kot. serius sedih.
pi kobe hari tu aku x sedih pun sebab rasa akan jumpak lagi pasni. insyaAllah.

ok la, mari biarkan gambar bercerita.

ngan ida
ngan nadia dan keretanya
love this!
soksek's reunion
sungai beku


Friday, January 1, 2010

2010

salam buat semua.

tahun baru datang lagi. pejam celik pejam celik memang cepat masa berlalu.apa je yang aku dah capai tahun ni? macam takde kejayaan besaq pun sebab semuanya macam biasa2 saja.semalam cuma ada aktiviti makan-makan. memula nak buat BBQ tapi takde arang sebab kedai2 banyak tutup sebab hari ni jepun raya. so bakar dalam rumah saja plus ada nasik beriyani. permulaan yang baik nampaknya. hehe.

tapi yang malangnya ialah aku dah siapkan entry ni sebenarnya semalam, masa tengah edit2 skali ada prob hilang semua. semalam tulis la balik tapi last2 tidoq je la. hari ni je sambung balik. dah tu aku tulis entry ni untuk kali kedua ni sambil berbaring. haha berselimut berlapikkan alas elektrik yang panas. ;)

so, mari kita tengok tahun 2009 serba sedikit.

# tahun ni agak mencabar la sebab dah masuk 3rd year. tambah2 lagi semester lepas yang memang penuh ngan subjek + studio lagi. tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar, dah ok . cuma yang tinggal semester ni je yang akan habis dalam masa 2 bulan lagi ni sebelum naik final year.

# aku rasa aku dapat tangani stress dengan bijak la tahun ni. semua orang stress tapi yang penting cara nak cope the stress.memang satu kemajuan untuk aku.sebab selalunya aku senang sangat rasa tertekan.hoyeaaahhh pachi pachi untuk diri sendiri! (walaupun yang ni macam syok sendiri tapi nak gak cakap)

# tahun paling kurang aktiviti luaran. travel apatah lagi, jangan cakapla.

# dapat berhari raya di tanah air buat kali kedua sejak merantau

# membuat kuih raya secara besar besaran. bisnes beb. ;p

# berjumpa 'buah hati pengarang jantung' buat kali pertama ;)
Photobucket
# tahun paling kurang shopping kot. less shopping more saving dikira agak berjaya untuk permulaan. walaupun asyik pakai baju yang sama je, tapi peduli apa.bukan ada boifren kat sini pun nak kuar dating tiap2 minggu. ada benda lagi penting nak buat. takpa bersabaq sikit, nanti boleh shopping gila. ;p

# apa lagi tah. semalam macam banyak. tapi dah lupa lak.

takpe lah, dah la tu sikit2 cerita benda yang lepas. ;p

semoga tahun ini lebih luar biasa dari biasa.
banyakkan ibadah, tingkatkan usaha.
tingkatkan prestasi dan kualiti, kurangkan kontroversi.

kotoshi mo gambarimasu yo
Photobucket

p/s: tahun baru = semakin hari semakin hampir dengan saat akhir kehidupan. bersediakah kita?