Pages

Sunday, November 29, 2009

my very first 1st protected entry



kalau nak baca entry rahsia kat atas ni, mintak passwordnya kat saya ok. =)

maaf sbb tulisan kat protected entry tidak boleh diperenggankan, atau dimeriahkan. juling mata sket la , tapi asalkan sampai apa yg nak disampaikan, itu sudah cukup. at least saya boleh tulis apa yg saya rasa.

thanx kepada tuan blog ini atas tutorial. saya jumpak time saya benar2 memerlukan ia. thanx again!

kamu jugak boleh cuba di sini ! =) pasni boleh tulis secara bebasnya.

Friday, November 27, 2009

Eid al-adha 1430h


SALAM AIDIL ADHA 1430H

sama-samalah kita menghayati erti pengorbanan.
semoga kita menjadi insan yang lebih baik dari hari semalam.


salam dari perantauan,
nurliyana muhammad

.



Thursday, November 26, 2009

petang sebelum raya

setelah sekian lamanya x bangun bengkak mata, pagi tadi telah terbangun dgn mata yg bengkak dan pedih. huuuu. tah pape lak rasa, teringat zaman dulu2 hari2 terbangun asekla camtu. ;p haha. biasa la asam garam dalam hidup ni. orang kata, langit tak selalu cerah. sungai pun tak selalu tenang. kadang2 terlepas laku, terlanjur bicara, termakan hati, terkecik jugak hati yang sememangnya kecik ni. kalau tak kena masa, mmg la akan ada yg terasa hati. memang setiap masa kalau boleh nak jaga hati orang, tapi kadang2 kalau hati sendiri pun tak terjaga memang hati orang pun tak terjaga la. well, semua yang berlaku ada hikmahnya, ada pengajarannya.
nasib baik ada tukang bagi sejuk hati :) walaupun x pandai pujuk, tapi cukup cepat bg aku cool & gelak balik . hehe

=============================================

petang tadi call rumah, cakap ngan mak yang tengah bersiang ayam untuk rendang katanya. terbayang-bayang la kesibukkan nak raya kat rumah tu. ermmmm...sabar saja lah. nasib lah, raya di perantauan. tapi, syukur alhamdulillah, still ada kesempatan nak raya tahun ni.

pastu cakap pulak ngan budak kecik 2 beradik ni,

aku : hello hihi,
hihi(fatihi): hello nana, selamat hari raya aidilfitri.
aku : bukan aidilfitri la..
hihi : aidil adha (ckp slps dibetulkan adik aku)
aku : hihi watpa tu?
hihi: :ok nana dengaq ni..cuba teka hihi wat apa

pastu dia bg la dengar satu bunyi..

aku: ala tau dah. betoi ka hihi buat?
hihi: betoi la

tau dia watpa?






.
.
.
.
.
.
.
.
jeng jeng jeng..




gambar curi dr facebook kak min yg diupload kelmarin. :)

ni la pembantu mak aku kat dapur. dia tengah kukoq nyok(parut kelapa). sejak dulu lagi mmg dia dah pandai wat menda ni. mmg senang la. haha. sbb kalau dia ada dia je akan buat. apa maknanya? (aku boleh goyang kaki tgk tv jap) :D kat rumah, yang rajin parut kelapa selain mak ni, adik aku yg laki tu ngan hihi ni la. 2 orang laki yang suka masuk dapur. =D

pastu cakap ngan abang dia pulak.

ali: long yana awat x balik.
aku: x cuti la camna nak balik
ali: haa???! x cuti? kami cuti.
aku: ye la sini jepun mana ada cuti raya.
ali: oooo...

agaknya apa la yg dia pikiaq kan? ermmm

hehe.

btw, gambar tu yang depan fatihi (hihi). yang belakang fadzli (ali). harusla yang depan tu yang adik nya. hahaha. 2 kali abang tu. (ini anak2 sepupu).

=============================================

malam ni malam raya haji.
x de rasa raya pun, macam biasa je. esok pas semayang raya baru rasa kot. =)
si dia jugak balik kampung, xdak sapa nak teman malam ni.

so apa aku buat?

bukak youtube.
dengar takbir raya.

T_________________T

salam aidiladha semua!

.

Wednesday, November 25, 2009

whatever~~

..........
.........

entah lah.

..........

Tuesday, November 24, 2009

cakap tak serupa bikin

macam-macam jenis orang la wujud kat dunia ni. macam-macam perangai manusia kita boleh jumpa setiap hari. dalam kelompok yang kecik pun boleh pening kepala, apatah lagi kalau dalam kumpulan yang ramai.

tapi aku cukup tak suka orang cakap lain, buat lain. mungkin sebenarnya dia cakap lain dengan kita sebab dia nak jaga hati kita, dan buat lain dengan orang lain sebab nak bagi nampak hebat dengan orang lain. mungkin jugak dia sebenarnya mmg berperangai begitu,tapi cakap lain dengan kita sebab nak cover sesuatu. dan mungkin jugak tu mmg habit dia.

kadangkala kita cakap kita tak suka sesuatu benda ni, dan kita tak suka nak buat. tapi satu hari nanti kita 'ter'buat benda tu atas sebab persekitaran, atau keadaan sekeliling atau pengaruh kawan-kawan atau terpaksa. yang tu lain cerita la.contohnya kalau bercakap pasal masa depan memang la tak boleh diramal.misalannya,hari ni aku cakap aku nak jadi arkitek yang hebat, tapi satu hari nanti aku tak jadi arkitek, aku ter jadi misi pulak ka(???)..bukan macam ni maksud aku cakap x serupa bikin ni.bukan.

(ala, kau pun paham tapi suka nak buat2 tak paham)

senang cerita camni la. kita tgk contoh.

CONTOH 1:
kau bukan main kutuk orang tu, kau konon nya tak boleh terima apa yang orang tu buat. skali aku tengok kau pun sama saja. haha
tapi takpalah, aku maafkan. itu mungkin perlakuan bawah sedar.

CONTOH 2:
(kes yang bukan baru dan bukan sedikit)

kau canang kat semua orang supaya memboikot puak2 amerika dan barang2 keluarannya dan sekutu-sekutunya. tulis la kat blog, update la kat facebook , jom kita boikot ini ,kita boikot itu.

tapi sebenarnya kau la peminat no 1 McD ,Burger King segala, kau puaskan nafsu tekak yang dahaga dengan starbucks, kau mandi dengan sabun johnson n johnson,losyen pun sama, x termasuk lagi pencuci muka clinique,tak kira lagi peralatan solek yang kau guna lagi. breakfast makan nestum konon2 sihat, minuman waktu nak stay up minum nescafe 3 in 1 konon2 nak bagi mata terbentang luas.

itu CONTOH saja. bagi senang paham. kalau tulis menda complicated nanti bukan je korang tak paham, ngan aku aku pun tak paham. huh. tak dinafikan la aku pun makan nestum, aku pun minum nescafe jugak.(ah sudah....kau nak kata aku pun cakap x serupa bikin la jugak. huhu ;p)

tapi ni bukan point nya. point dia kat sini ialah CAKAP TAK SERUPA BIKIN.
senang je sebenarnya, sebelum kau tulis something, ada baiknya kau pikir dulu. jangan
semberono je ikut orang. orang tulis blog pasal boikot, kau pun nak tulis konon2 tak nak dikata ketinggalan isu semasa. aku serius rasa kelakar. sekarang banyak orang ada blog nak luahkan pemikiran, luahkan perasaan. tapi kena diingat kalau kau tahu blog kau ada readers, dan kadang2/selalunya diorang akan ingat (tak banyak, sikit) apa yang kau tulis.

sebab tu aku tak selalu panjang2.takut jugak terjadi orang cakap tak serupa bikin ni.(mungkin terjadi jugak di bawah kawalan). sebab aku tak reti. aku tak reti nak tulis something yang boleh bagi input yang baik kat orang. aku jugak x reti nak pura-pura baik nasihat macam-macam tapi aku tak terbuat sangat. tapi macam semua orang, aku jugak sentiasa nak jadi lebih baik dari hari ini dan hari2 sebelumnya.

p/s : tidak ada kaitan dengan yang belum mati atau sudah mati. hanya ditulis secara rambang. sapa terasa nasib lah ya.

ginkakuji, kyoto2009

.